Thursday 9 February 2023

Pernah Dengar Mengenai Intermittent Fasting? Apa itu intermittent fasting?


Intermittent Fasting (IF) adalah kombinasi berpuasa dan diselang-selikan dengan rutin pemakanan anda yang biasa. Namun begitu, puasa yang dimaksudkan di sini adalah puasa makan sahaja, anda masih boleh minum. IF ini berbeza daripada puasa-puasa religi yang sedia ada dan kaedah ini juga tidak sama seperti kaedah-kaedah diet yang lain. Ianya tidak tertumpu kepada what to eat malahan lebih fokus kepada when to eat.


Kebaikan Intermittent Fasting

Menurut kajian, antara kelebihan mengamalkan IF adalah seperti berikut:

1.Mengurangkan risiko kanser
2.Meningkatkan kesihatan jantung
3.Mengurangkan peratusan lemak dalam badan
4.Mengurangkan selera makan dan menggalakkan penurunan berat badan
5.Mengekalkan struktur otot dalam proses penguraian
6.Memperbaiki kandungan gula dalam darah
7.Meningkatkan fungsi kognitif


Terdapat 3 cara anda boleh amalkan dalam “Intermittent Fasting” ini:


1. Daily Intermittent Fasting (16/8)

Dalam tempoh 24 jam, 16 jam anda gunakan untuk berpuasa, manakala 8 jam lagi adalah masa untuk anda makan.

Sebagai contoh, jika hari ini anda makan malam jam 8, maka selepas makan anda perlu berpuasa sehingga jam 12 tengahari keesokan harinya.

Jadi bermula jam 12 tengahari pada Selasa, anda boleh makan sehingga 8 malam hari tersebut, kemudian anda perlu berpuasa lagi pada hari berikutnya.

2. Weekly Intermittent Fasting (Eat-stop-eat)

Ini lebih mudah untuk anda fahami, anda hanya perlu makan hari ini dan esok malam baru anda makan lagi.

Kaedah ini anda boleh lakukan 2 kali seminggu.

3. Alternate Day Intermittent Fasting

Kaedah ini membenarkan anda makan seperti biasa selama 4 hari, dan 3 hari lagi anda perlu berpuasa dalam tempoh 24 jam.

Sekiranya anda amalkan salah satu kaedah ini, secara normalnya jumlah kalori yang anda makan dalam tempoh seminggu akan berkurang.

Ini bermakna apabila jumlah kalori anda berkurang, maka berat badan anda juga akan berkurangan.

Daripada tiga kaedah di atas ini, ramai yang mengamalkan kaedah 16/8 kerana ialah lebih mudah untuk di amalkan dan ia juga paling popular.



Cara diet yang lebih sihat dan berkesan

Sekarang, anda sudah tahu serba sedikit tentang intermittent fasting. Jika dilakukan dengan betul, cara diet ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan dengan lebih sihat dan berkesan.

Selain itu, ada beberapa informasi tambahan yang mungkin dapat membantu jika anda berminat untuk melakukan intermittent fasting:

1.Elakkan pengambilan makanan bergula. Sebaiknya, makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.

2.Biarkan badan anda membakar lemak di antara dua masa makan. Jangan sesekali makan snek. Jika anda ingin membakar lemak dengan lebih pantas, lakukan senaman dan kekal aktif sepanjang hari.

3.Tidak perlu berpuasa secara ekstrem. Jangan berlebihan jika ingin berpuasa. Sebagai manusia, kita perlu makan untuk kekal bertenaga. Intermittent fasting akan jadi lebih berkesan jika anda mula berpuasa pada awal pagi (7 pagi – 3 petang).

4.Elakkan makan snek pada waktu malam.


Pengalaman IF Saya

Saya mula IF dengan lakukan jadual 16:8 dan hari ini saya lakukan warrior diet pada kebanyakan hari.

Saya telah turunkan berat badan daripada 69kg ke 60kg dalam masa 3 bulan. Paling penting, berat saya tidak naik semula.

Saya rasa bertenaga, lebih fokus dalam bisness shaklee dan bekerja.




Kesimpulan

Sekarang anda sudah mengetahui apa itu intermittent fasting. Bagi menjadikan kaedah diet ini lebih berkesan, anda masih perlu melakukan senaman atau aktiviti fizikal.

Anda juga perlu mengikuti atau mematuhi kaedah diet yang anda pilih jika mahukan keberkesanannya.




Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | Call/SMS/WhatsApp :019 766 2580
  

Saya juga aktif berkongsi di media sosial yang lain,jemput klik dan link dibawah :

FB PAGE : Alimah

INSTAGRAM : imah5580.beauty



#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#blogmegashakle
#pengedarshakleelabuan

5 comments:

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee!

Anda ingin turunkan berat badan?? Anda tercari-cari set kurus yang selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serta bahan kimia yang merbaha...