Saturday 29 April 2023

Hari Raya Dengan Shaklee

Hari Raya merupakan satu perayaan yang paling dinanti-nantikan oleh masyarakat Malaysia setiap tahun. Ia adalah masa untuk berkumpul dengan keluarga dan sahabat handai sambil menikmati makanan yang lazat dan menyeronokkan. Contoh seperti ayam masak merah, rendang daging. kari daging, lemang. ketupat dan lain-lain lagi la juadah enak menjelang syawal.

Tak salah pun untuk kita makan semua juadah tersebut dah nama pun hari raya kan jadi kita nikmati sahaja setiap masa bersama keluarga dan sanak saudara tercinta.Tapi dalam masa yang sama kena la jaga kesihatan kita jugak tau.

Bagi menjaga kesihatan dan kecergasan semasa perayaan Hari Raya, anda boleh mempertimbangkan produk-produk dari Shaklee yang terkenal dengan keberkesanannya. Terdapat pelbagai produk yang boleh membantu anda dalam menjaga kesihatan dan kecergasan seperti Set Kurus Shaklee, Set Bersalin Shaklee, serta Set Kesihatan Wanita Shaklee.

Pada masa yang sama, kita tentulah nak nampak cantik dan menawan di Hari Raya dengan shaklee. Jadi penting kita jaga kesihatan kulit dari dalaman dan luaran sepanjang masa. 

Dalam entry kalini, saya nak share dengan anda, bagaimana kita boleh kekal SIHAT, KURUS DAN CANTIK DI HARI RAYA DENGAN SHAKLEE.



OMEGA GUARD

• Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak omega 3 yang disarankan bagi membantu menyingkirkan kolestrol yang tidak diperlukan dalam darah
• Ia bukan mengandungi sahaja asid lemak omega 3 malah EPA dan DHA
• Omega 3 menurunkan paras trigliserida, LDL (kolestrol jahat) dan menaikkan paras HDL (kolestrol baik)

LECITHIN

• Lecithin membantu memecahkan lemak dalam badan menjadi molekul kecik dan lebih mudah untuk disingkirkan
• Ia berbentuk softgel dan mudah untuk ditelan
• Lecithin juga merupakan sumber utama kolina iaitu salah satu komponen pengutus saraf asetilkolina yang terlibat dalam menghantar mesej ke dalam otak dan juga sel saraf

ALFALFA

• Alfalfa membantu proses pembuangan lemak yang dah dipecahkan oleh lecithin
• Ia juga dapat membantu mengatasi masalah perut kembung akibat makan berlebihan jadi perut akan merasa lebih selesa

HERBLAX

• Ada orang akan mengalami masalah sukar membuang air besar atau sembelit ketika hari perayaan
• Herblax sangat membantu untuk melancarkan pembuangan setelah menikmati pelbagai makanan ketika hari raya

Selain itu, Shaklee juga menawarkan produk-produk penjagaan diri seperti pencuci muka, serum, dan krim yang dapat membantu menjaga kulit anda tetap cantik dan sihat semasa perayaan Hari Raya.

Set Skincare Youth membantu membersih, menyihatkan, menyegar, melindungi dan memperbaiki kulit kita dari luaran. 

Jadi sebelum keluar berhari raya, pastikan kita guna Set Skincare Youth untuk melindungi kulit dari sinaran UV matahari yang bahaya, dan juga dari kotoran seperti pencemaran dan habuk. 

Sebelum tidur juga penting kita gunakan Set Skincare untuk membersihkan kembali kulit wajah dan memperbaiki kulit semasa kita tidur. Barulah kulit kita sentiasa sihat dan cantik secara semulajadi. 

Tak payah dah membazir beli make-up dan pakai tebal-tebal untuk sembunyikan masalah kulit kan. 

Jadi, sambutlah Hari Raya dengan shaklee gembira dan sihat bersama keluarga dan sahabat handai dengan menggunakan produk Shaklee yang terbaik bagi kesihatan anda. Selamat Hari Raya!

Haa. Nak beraya dengan Shaklee jugak? 
Jangan malu, jangan segan..Boleh Whatsapp imah di sini😍

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan

Wednesday 19 April 2023

Insentif Shaklee Malaysia

Insentif Shaklee Malaysia merujuk kepada pelbagai ganjaran dan faedah yang ditawarkan oleh Shaklee Corporation untuk para ahli perniagaannya di Malaysia.

Antara insentif shaklee yang ditawarkan ialah bonus jualan, bonus pengurusan dan bonus pembangunan pasukan. Selain itu, Shaklee juga menyediakan peluang untuk menaiktaraf pangkat, menjemput ahli untuk menghadiri majlis khas dan memberikan pengiktirafan kepada individu atau pasukan yang mencapai prestasi yang cemerlang.

Selain daripada insentif kewangan, Shaklee juga memberikan peluang untuk mendapat latihan dan pembangunan kerjaya yang berterusan. Ini termasuklah program latihan secara dalam talian, bengkel dan seminar bersemuka serta sokongan dari pasukan pemimpin dan penyelia.

Dalam Shaklee ada 3C. Apa itu 3 C. 3 C itu adalah Cash Bonus (Bonus Tunai), Car Bonus (Bonus Kereta) dan Convention Bonus (Bonus Percutian). Menarik kan. Meh saya ceritakan dengan lebih details setiap satu kelebihan C tersebut

GANJARAN 3C DALAM SHAKLEE YANG ANDA MESTI GRAB

Awak kena baca entry ni sampai habis. Ganjaran 3C yang Shaklee janjikan ini sangat lumayan dan menguntungkan.

1. CASH

Normallah kan, bila kita sebut pasal bisnes kita akan fikir pasal untung. Paling biasa kita tahu ialah untung runcit. Untung yang kita dapat hasil daripada penjualan produk. Kita dapatkan produk dengan harga A, kemudian kita boleh jual dengan harga B. Jadi kita dapat untung runcit daripada perbezaan harga B dengan harga A.

Tapi!

Dengan bisnes Shaklee, awak boleh dapat lebih daripada untung runcit. Awak ada peluang untuk dapat

PERSONAL BONUS
NET PERSONAL BONUS
LEADERSHIP BONUS
COORDINATOR BONUS

Personal bonus untuk ganjaran jualan peribadi pengedar. Sudahlah dapat untung runcit, dapat bonus atas pencapaian jualan peribadi pula tu. Tak cukup dengan jualan peribadi, awak buat jualan secara berkumpulan, awak dapat bonus atas pencapaian jualan kumpulan. Untuk pengedar yang sudah melepasi syarat menjadi pemimpin perniagaan (business leader) dan melahirkan pula business leaders di bawah kumpulan awak, awak terima bonus istimewa sebagai seorang leader. Buat business leader yang berpangkat Coordinator dan keatas, awak dapat insentif istemewa Coordinator. Semua bonus yang imah sebutkan ni akan diberi dalam bentuk tunai (cash).


2. CAR

C kedua adalah Car. Program subsidi kereta yang Shaklee tawarkan ini ekslusif untuk pengadar Shaklee yang dah rank up business leader. Uniknya program ni daripada syarikat-syarikat multi level lain, program ini menawarkan subsidi kereta dalam bentuk tunai (cash).

Ya dalam bentuk tunai dan yang paling penting, tunai yang diterima boleh juga digunakan untuk tujuan lain dan tidak terhad untuk tujuan pembayaran kenderaan semata-mata. Awak boleh gunakan insentif kereta ni untuk bayar ansuran rumah, belanja duit dapur, dan nak guna untuk pergi melancong pun boleh sangat.

3. CONVENTION

Ganjaran C terakhir tentunya convention. Ganjaran pakej pelancongan dalam dan luar negara serta seluruh dunia bertaraf 5 bintang secara percuma! Tawaran ini terbuka kepada semua pengedar Shaklee berpangkat business leader yang berjaya melepasi point minimum yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat. Business Leader yang layak melepasi point ditetapkan juga boleh memilih untuk membawa ahli keluarga untuk menyertai trip percuma yang Shaklee hadiahkan.

Selama bertahun-tahun, kami berbangga dengan Shaklee Malaysia yang telah membantu beribu-ribu rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa, agama dan fahaman politik, untuk menikmati pendapatan dan kehidupan yang lebih baik, bukan sahaja meningkatkan taraf mereka dan keluarga mereka tetapi menyumbang balik kepada masyarakat. Melalui perniagaan Shaklee, kami menawarkan Pengedar Muslim kami peluang untuk menunaikan Umrah, tidak sekadar untuk diri sendiri dan keluarga, bahkan bersama ibu bapa mereka, diatur dan dibayar oleh Shaklee melalui program lawatan insentif tahunan kami.


4.Insentif Shaklee Tawaran Duit Tambahan

Satu lagi insentif menarik yang Shaklee Malaysia buat tahun ini bermula cycle baru 2023/2024. Sesiapa yang rank up supervisor dan senior supervisor dan kekal efektif 3 bulan berturut akan dapat duit tambahan!

Untuk yang naik rank supervisor baru atau lama bakal dapat duit bonus dalam Rm5000-Rm6000 untuk 3 bulan berturut. Yang penting bila dah rank up terus kekal efektif boleh dapat duit cash.

Banyak kan duit bonus tu? Kiranya dalam sebulan boleh dapat dalam Rm2000. Best kan? Dah macam orang kerja jugak ni. Siapa nak bagi duit banyak tu pada kita? Lagi-lagi suri rumah ni kena ada juga buat ‘side income’ untuk tambah mana yang perlu atau buat belanja sendiri.


Join Keahlian Shaklee Hari ini

Macam mana dengan kesemua tawaran yang Shaklee bagi ? Anda tertarik dengan insentif Shaklee yang bermula pada bulan April ini. Nak tunggu apa lagi ?

Jom daftar untuk jadi ahli Shaklee hari ini dan rebut peluang yang ada untuk melayakkan diri anda dalam Insentif Shaklee


Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan

Friday 14 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat



Biasanya, banyak tips kurus hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kurus dengan cepat badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.

Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.

LELAKI VS PEREMPUAN

Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.

Entry kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus dengan cepat secara keseluruhannya.

1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tips kurus dengan cepat badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.

Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang.

Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh.

Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.

2. Setkan Berat Badan Ideal Yang Ingin Dicapai

Berapa kurus anda ingin kurus? Berapa kilogram anda ingin kurangkan? Setkan target ini terlebih dahulu.

Kemudian, tulis pada kertas dan tampal dalam bilik ditempat yang anda akan lihat setiap hari. Kerta itu sepatutnya berbunyi..

“AKU NAK BERAT BADAN ___ KG PADA ___”

Cth : Aku nak berat badan 60KG pada 31/12/2018

Target perlu spesifik & realistik. Tak guna kita setkan target yang tidak realistik dan akhirnya kita tak rasa kita boleh capai. Ia akan merendahkan motivasi kita untuk capai target tersebut.

3. Kurangkan pengambilan kalori harian

Antara salah satu cara untuk kurus dalam masa seminggu yang paling berkesan adalah dengan langkah mengurangkan pengambilan kalori harian.

Semakin berkurang kalori yang diambil setiap hari, maka semakin mudahlah berat anda untuk menurun.

Berikut adalah antara cara untuk kurus dengan cepat melalui pengiraan pengambilan kalori harian:

Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang anda makan

Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa anda sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam anda

Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap

Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berkanji

Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula

4. Kurangkan kekerapan memasukkan makanan ke dalam mulut

Percaya atau tidak kalau saya kata, perut kita ada memori? Perut kita akan ingat habit makan kita.

Kalau kita kerap memasukkan sesuatu ke dalam mulut, perut akan cepat lapar dan sentiasa minta diisi setiap masa.

Cuba renungkan, kenapa bulan puasa kita boleh sabar tak makan waktu siang? Sebab kita train perut untuk tidak rasa lapar dan pada akhir-akhir sebelum raya, kita memang tidak rasa lapar walaupun hari sudah petang.

Jadi saya sarankan, jika tuan puan serius untuk kuruskan badan, cuba elak masukkan apa-apa ke dalam mulut dalam sela masa 6 jam sekali. Jadikan ianya satu habit yang berterusan.

5. Kurangkan minuman bergula

Ini ialah tips yang sangat mudah untuk diamalkan. Minuman bergula sebenarnya adalah penyumbang kalori yang besar yang kita tidak sedar. Dalam masa yang ia juga sesuatu yang paling mudah untuk dielakkan.

Amalkan bila kita makan di kedai makan, kita order air kosong. Atau setidak-tidaknya minuman kurang manis.

Saya syorkan paling banyak hanya ambil 1 gelas minuman bergula setiap hari.

6. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan

Apabila kita kurangkan pengambilan kalori, ada kebarangkalian keseimbangan dan kualiti diet kita akan berkurang. Jadi untuk menjaga keseimbangannya, saya cadangkan kita makan lebih banyak buah-buahan tempatan yang rendah kalori seperti tembikai, tembikai susu atau jambu batu. Kita juga digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang berwarna hijau didalam diet harian kita seperti daun pegaga, bayam, tomato dan timun jepun. Daun pegaga membantu untuk sesiapa yang inginkan kelihatan awet muda sentiasa kerana kandungan anti-oxidantnya tinggi.

Selain membekalkan nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

7. Banyakkan Minum Air Masak

Tahukan anda, otak kita sebenarnya tidak tahu adakah perut kita sedang lapar atau dahaga. Tapi pada kebayakkan masa, kita mentafsir signal tersebut sebagai lapar dan untuk menyelesaikan, kita makan.

Padahal sebenarnya kita cuma dahaga dan hanya perlu minum segelas air untuk hilangkan rasa “lapar” tadi.

Saya syorkan anda minum sekurang-kurang 8 gelas air sehari.

8. Mulakan rutin bersenam dan bersukan

Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, anda masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif.

Ubah gaya hidup anda kepada cara hidup yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

Jika pejabat anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan tangga berbanding lif.

Jika anda berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah.

9. Intermittent Fasting

Semua mesti agak kenal atau pernah dengar tentang Intermittent Fasting (IF) ini. Diet jenis ini semakin popular untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Hal ini kerana ianya sedikit lebih senang dan kurang ketat berbanding dengan kaedah pengawalan kalori makanan yang diambil (pembatasan kalori). 

IF merupakan kaedah senang untuk diamalkan. Kita boleh mengambil makanan secara normal tanpa sekatan. Hanya pada-waktu-waktu tertentu sahaja kita dilarang mengambil makanan, tetapi tempoh tersebut tidaklah lama. Contohnya makanan hanya dimakan di dalam masa yang ditentukan dalam sehari atau minggu

Secara umumnya, terdapat dua jenis asas diet IF. Pelbagai banyak variasi dan paling popular adalah: 16/8, 18/6 dan 20/4. Nombor-nombor ini mewakili tempoh masa sekatan makanan dan masa pengambilan makanan. Contohnya, jika anda memilih 16: 8, masa ini terdiri 16 jam tanpa makanan dan kemudian 8 jam tempoh masa untuk makanan. Jadi anda boleh setkan masa tersebut. Contohnya untuk tidak makan antara 8 malam sehinggalah 12 tengah hari esoknya.  Waktu makanan anda adalah dari waktu 12 tengah hari sehinggalah 8 malam. Jika anda ingin lebih ketat lagi, mungkin mengurangkan masa pemakanan kepada 6 jam taupun 4 jam sahaja. 

Banyak hasil kajian sains telah menunjukkan keberkesanan diet IF ini. IF juga terbukti dapat mengurangkan tekanan darh tinggi menurut kajian oleh Malinowski et. al (2019).

10. Tidur yang Cukup

Percaya tak kalau kami kata, orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?


Rumusan

Dengan pengambilan kalori yang kurang keperluan badan disertakan dengan aktiviti membakar kalori yang intensif, saya yakin anda akan dapatkan turunkan berat badan anda tanpa gagal.

Nak tahu lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee boleh klik entry seterusnya.

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

Wednesday 12 April 2023

Business Online Sambil Bekerja

Sebenarnya business online Shaklee ni paling mudah nak buat. Saya buat Shaklee ni sejak masih bekerja tahun 2018 dulu lagi. Tahun 2023 saya Baru mula ada blog,blog ni jadi kedai online saya.

Pengalaman saya, memang syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat. 

Kalau orang Shaklee, bonus Shaklee masuk tengah bulan. Gaji masuk hujung bulan. Memanglah best. Tapi, ada tapi bagi anda yang nak berniaga secara part time.

Tak salah nak buat bisnes part time, tapi anda perlu tahu yang anda perlu cekap dan jangan sampai mengabaikan tugas hakiki atau kerja full time anda. Ada sesetengah tempat kerja sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.

Ada sesetengah syarikat pula, memang bagi support. Tapi dengan syarat tertentu. Contoh macam syarikat saya bekerja, memang support kalau staff nak buat bisnes. Tapi, bukan di dalam waktu bekerja.

Di luar waktu bekerja takpe. Buatlah bisnes apa pun. Sebab syarikat pun tahu, zaman sekarang ni, tinggal di bandar memang tak cukup kalau harapkan gaji semata-mata. Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara ni, ramai orang terpaksa berbisnes sambil bekerja.

Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bekerja full time, dan bisnes secara part time. Walaupun buat bisnes part time, dengan income yang masyukkkk, tapi berjaya perform di tempat kerja. Masih berjaya kekalkan prestasi kerja.

Saya kongsikan dengan anda 7 Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.

7 Tips Business Online Sambil Bekerja

1. Pilih Bisnes Yang Tidak Ganggu Kerja Hakiki

Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan bisnes yang mudah-mudah dulu.

Contohnya kalau teringin nak buat Grab, kena fikir buat Grab akan libatkan masa, tenaga dan waktu tidur. Jadi kalau waktu tidur terganggu, adakah akan effect waktu kerja hakiki kita. Kena pertimbangkan macam tu.

Saya memilih business online Shaklee sebab modal kecil tapi untung besar. Tak perlu keluarkan duit beribu-ribu untuk mulakan bisnes Shaklee. Modal tak sampai RM100 kot! Masa saya daftar dulu FREE aje. And then boleh buat secara part time. 

Hanya dari rumah dan buat secara online. 

Alhamdulillah, waktu kerja saya kerja. Waktu lapang saya akan berbisnes. 

Imah kena kekalkan profesionalisme. Kena asingkan kerja hakiki dan kerja sendiri. 

2. Sanggup Korbankan Masa

Semua orang ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada.

Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.
Imah mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah Saya akan busy buat persediaan untuk bisnes part time saya.

Macam saya yang berniaga online, waktu malam lah waktu yang sesuai untuk cek balik order dan pertanyaan yang saya terima pada waktu siang.

Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti. Kita nak kan setiap wang yang kita dapat tu mendapat keberkatan. Baru lah bisnes boleh maju.

3. Rancang Masa Untuk Posting Marketing 

Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya. 

Bila buat bisnes, kena buat marketing. Bila kita buat posting, ia ibarat kita buka kedai. 

Kalau tak ada posting, kedai tutup.

Ada macam maca cara yang dia buat. Ikut mana yang sempat.

Biasanya dia tulis blog dan di FB.

Anda memang WAJIBKAN diri, setiap hari mesti tulis sharing di FB untuk kongsi apa yang boleh dikongsikan dengan sahabat FB. 

Since benda ni perlu KOMITMEN, dia memang dah set dan "allocate" masa untuk buat semua ni.

Busy? Sampai bila pun busy. Jadi, konsisten sharing setiap hari. Itu kata kunci. 

Orang tak beli hari ni, dia percaya orang akan beli pada hari lain. 

Macam saya, posting saya adalah sebelum mula kerja, tengahari waktu lunch hour, petang lepas kerja dan waktu malam. Ini dululah waktu saya masih bekerja.

Sebab kami bisnes secara berjemaah, kami selalu share idea-idea untuk posting dalam group whatsapp. So, kami boleh gunakan semua material yang group kami contribute untuk buat posting di FB dan juga blog.

4. Lantik Pembantu

Anda juga boleh lantik saudara mara, atau kenalan untuk bantu jadi admin page anda. So pada waktu anda bekerja pembantu anda ini boleh tolong layan PM, WhatsApp, Telegram, DM dan segala bentuk komunikasi di media sosial.

Taklah anda risaukan pelanggan akan lari bila anda hanya boleh layan mereka pada waktu malam sahaja. Macam saya, saya ada template tertentu untuk saya reply pada customer. Ayat biasa saya reply, saya akan bagitau saya masih bekerja dan saya akan reply pada waktu tengahari atau lepas waktu kerja.

Untuk elak customer tertunggu-tunggu, biasanya saya akan bagi link blog saya untuk diorang baca. Ni pun strategi namanya. Sebab sibuk lah saya kene selalu update blog sebab ia adalah platform dan tempat saya berkongsi ilmu.

5. Hire Runner 

Untuk produk Shaklee, biasanya bila customer order. Memang dia akan order secara online je. Then Shaklee yang poskan.

Tapi ada kes, customer yang dekat dekat nak. Jika customer tak boleh nak pick up, dia akan guna runner.

Sekarang dah banyak ada servis runner. Guna jer. 

Dan customer kalau dah urgent, memang tak kisah nak bayar. 

Nak pos barang just in case needed, dia akan guna easyparcel. Memang mereka akan pick up barang di rumah untuk pos. Kan senang. 

Macam saya, buat business online Shaklee. Bila customer order, kita klik klik saja Shopping di www.shaklee2u.com.my. Shaklee yang akan poskan barang terus ke depan pintu rumah customer. Saya tak perlu susah-susah ke pejabat pos lagi dah. Banyak jimat masa.

Boleh juga buat sedikit stock di rumah. Sebab kalau ada customer yang tinggal berdekatan nak Cash On Delivery, boleh terus hantar selepas waktu kerja.

Jangan kata orang yang bekerja je boleh buat, suri rumah yang sangat sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga juga boleh buat tau. Student pun ramai yang dah join bisnes Shaklee dan menjana pendapatan hingga 4 angka sebulan.

6. Jadualkan Masa Untuk Belajar dan Coaching Agent

Banyak perniagaan ditimpa masalah bila peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tak turunkan ilmu kepada stokis, agen dan dropship. Ramai juga peniaga yang gagal untuk meluangkan masa untuk berhubung dengan stokis, agent dan dropship.

Inilah akan jadi punca stokis, agent dan dropship anda lari kepada bisnes lain. Saya tak luangkan masa untuk bersama dan mendidik mereka.

Oleh kerana Saya masih lagi bekerja, Saya kena pandai bahagikan masa, mungkin beberapa kali seminggu untuk berhubung dengan mereka.

Jangan lupa, anda juga perlu cari masa untuk upgrade ilmu anda sendiri.
Group saya sendiri ada kelas-kelas online yang kami buat untuk anak-anak buah downline semua belajar tentang ilmu produk Shaklee, kelas Nutrisi, kelas bisnes, coaching. Semua kami buat secara online dan waktu adalah di luar waktu kerja atau weekend.



Kami selalu buat cross coaching. Setiap orang contribute untuk memberi dan berkongsi. Mentor akan buat jadual dan assign task bergilir-gilir kepada setiap orang.

Kena put extra effort untuk sediakan material. Material juga kena buat di luar waktu kerja. Buat sedikit demi sedikit sampai siap. Tak siap harini, sambung esok. Kene pandai manage masa.


7. Jangan Salah Guna Waktu Bekerja

Kesalahan utama bagi orang berbisnes sambil bekerja ialah mengabaikan tugas di tempat kerja sebab nak berniaga. Jadi anda perlu bijak nak settlekan urusan kerja tanpa mengabaikan perniagaan anda.

Jika anda betul-betul berminat untuk berniaga dan anda rasa perniagaan anda boleh pergi jauh, set satu target bila anda mahu berniaga sepenuh masa.

Pastikan simpanan anda cukup dan yang penting pastikan anda ada cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan, memasarkan perniagaan dan menguruskannya dengan lebih sistematik.

Kenapa Saya Buat Business Online Walaupun Ada Kerja Tetap?


Alhamdulillah, saya masih lagi berjaya kekalkan prestasi saya. Bos pun takde masalah dengan kita. Bila bos nampak kita perform, diorang siap bagi support lagi bisnes part time kita. Almost semua bos saya beli suplemen dari saya.

Sebab bisnes part time saya adalah benda yang membantu semua orang dapatkan kesihatan yang lebih baik. Bila staff sihat, of cause boleh bekerja dengan lebih baik, jarang sakit, jarang MC. So at the same time membantu syarikat juga. 
 
Ingat, kita berniaga bukan setakat untuk cari wang dapur tetapi untuk lebih memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekitar. Jika berlaku pertembungan, dahulukan kerja hakiki. Keberkatan amat penting untuk kebahagiaan berpanjangan.

Apa pun, selalu mohon pada Allah permudahkan segala urusan kerja hakiki dan juga bisnes part time kita. Kita rancang sebaiknya, betulkan niat kerana Allah, Allah pasti akan uruskan selebihnya. 

Let's do the best, Allah will do the rest!

Saya doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang buat bisnes dan dalam masa yang sama, berjaya di dalam kerjaya masing-masing.

Belajar sesuatu? 

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

Sunday 9 April 2023

Set Kecantikan kulit Shaklee Untuk Wajah Cantik Dan Berseri.

Assalammualaikum .

Kulit cantik memang sudah tentu menjadi idaman dan dambaan setiap manusia lagi lagi yang bergelar wanita .Kulit yang gebu dan mulus sememangnya menjadi harapan mereka .Lagi lagi yang sudah berkahwin , sudah tentu anda inginkan kulit yang cantik untuk suami anda kan ?Ingat !Kita cantik untuk suami kan ??Muahahaa.

Disini saya menyarankan beberapa produk Shaklee yang sesuai untuk mencantikkan kulit. Produk-produk tersebut adalah ESP, B Complex, Sustained Release Vita-C Plus dan Vita-E Complex untuk kesan yang lebih optimum. Mari kita lihat bagaimana ESP dan Vitamin Set Kecantikan kulit Shaklee dapat membantu wajah cantik dan semakin putih berseri. 

Energizing Soy Protein (ESP)
• Sangat penting untuk membentuk kolagen pada kulit
• Berperanan mempercepatkan proses pemulihan pada kulit dan mencerahkan kulit
• Melindungi sel-sel dari kerosakan, mengecilkan pori-pori muka
• Bertindak sebagai anti oksida, menggantikan sel-sel kulit yang baru

Vitamin E
Vitamin E penting untuk kecantikan kulit
Bertindak sebagai anti penuaan dan anti oksida, menyerikan wajah yang kusam.
• Melindungi dan mencegah kerosakan sel, menghaluskan dan mencerahkan kulit 
• Membantu penyerapan oksigen dengan lebih baik.
• Mempercepatkan proses pemulihan kulit, bagus untuk mereka yang mengalami kulit yang kering
• Berupaya mengawal kandungan minyak dalam kulit
• Berupaya mengurangkan kesan jeragat yang ada pada kulit, menghilangkan parut-parut, mengecilkan pori-pori muka
Awet muda

Sustained Release Vitamin C 
• Antikoksidan yang berfungsi untuk melindungi antioksidan lain
• Melambatkan proses kerosakan oleh radikal bebas yang menjadi punca kemusnahan kolagen serta masalah kulit kering, kedut serta garis penuaan.
• Melindungi dan membaiki kulit. 
Bahan utama dalam sintesis kolagen.
• Memberi kesan kulit yang sekata, cerah dan lembab.
• Melindungi daripada jangkitan dan selesema, serta meningkatkan imuniti tubuh.

B-Complex 
• Menstabilkan hormon & mengurangkan stress yang boleh menganggu kulit dan menyebabkan jerawat.
• B for Beuty! Kekurangan B-complex boleh menyebabkan kulit  wajah kusam.
• Bagus untuk kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut dan kulit kering.
• Kulit yang bermasalah , dan ketara tidak sihat mungkin disebabkan kekurangan Vitamin B Complex 
• Kandungan Vitamin B12 berfungsi untuk mengeluarkan dan mengatur lokasi pigmen kulit dan mengelakkan hiperpigmentasi(kulit gelap di kawasan tertentu tubuh badan)
• Kandungan Vitamin B5 berfungsi untuk memecahkan triglyceride dan kolestrol di dalam saluran darah sekaligus membantu melancarkan peredaran darah yang menjadikan kulit lebih sihat
• Vitamin B3 dan B5 membantu untuk melambatkan penuaan dan juga untuk mengekalkan kelembapan kulit.
• Vitamin B Complex juga membantu merawat masalah pencernaan dan penghadaman yang turut menjadi faktor berlakunya jerawat dan jeragat.

Haa...Ini lah kisah mereka yang menggunakan Vitamin SET CANTIK KULIT SHAKLEE

Jangan down lagi. Tingkatkan semula keyakinan diri kita mulai sekarang. Hapuskan jerawat, jeragat, kulit kusam tidak sekata dengan ESP dan set kecantikan kulit Shaklee sekarang! Pilihan di tangan kita! Jangan zalimi diri kita. Berikan yang terbaik untuk diri kita. Nikmatilah hidup kita!

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

Saturday 8 April 2023

Kulit Cantik Bebas Jerawat Dari Shaklee

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, terutama kaum wanita. Kulit yang kusam, berparut jerawat, muncul bintik-bintik hitam dan pori-pori luas memang akan melanda kita apabila meningkat usia. Kita boleh mengatasi masalah ini dengan penjagaan kulit supaya wajah tampak cantik berseri. Kecantikan sememangnya hak milik setiap insan.

Di sini Saya Cadangan Set Vitamin Jerawat dari Shaklee ini boleh dipanggil Set Cantik. Cadangan set cantik (basic) untuk kulit cantik tanpa jerawat adalah gabungan Vitamin C dan ESP Shaklee.

Vitamin C

Vitamin C adalah penting untuk membantu pembentukan kolagen dan juga memberi nutrient berkaitan kesihatan kulit. Tetapi, badan kita tidak dapat menghasilkan Vitamin C dengan sendirinya. Jadi, kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari.



1 tablet Vitamin C Shaklee adalah bersamaan dengan 500mg Vitamin C. Vitamin C Shaklee lain dari produk Vitamin C yang lain kerana ia menggunakan teknologi ‘Sustained Release Delivery System’. ‘Sustained Release Delivery System’ bermaksud 100mg vitamin C akan dilepaskan setiap jam selama 5jam untuk meningkatkan penyerapan dan mengurangkan pembaziran. Selain itu, ia juga diperkaya dengan 120mg Bioflavonoid Citrus untuk meningkatkan kadar penyerapan.

Kebiasaan Vitamin C di pasaran diperbuat dari oren/limau, tetapi diantara kelebihan lain Vitamin C Shaklee adalah ianya daripada sumber ekstrak jagung. Jadi, ia sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif ataupun gastrik.

FUNGSI Sustained Release Vita-C Plus:

✅ 1) Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
✅ 2) Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
✅ 3) Membantu mengatasi masalah jerawat
✅ 4) Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
✅ 5) Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
✅ 6) Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
✅ 7) Bertindak sebagai anti-radang.
✅ 8) Mengecilkan pori muka


Esp

Sementara itu, Protein ESP Shaklee dapat membantu menghaluskan dan mencerahkan kulit wajah. Protein ESP Shaklee merupakan protein berasaskan kacang soya, dimana protein soya ini lebih mudah dihadam, terutamanya di kalangan warga tua. Ia berasaskan tumbuhan, bebas daripada lemak tepu dan transfat. Jadi, ia memberikan anda protein tanpa lemak berlebihan.

ESP juga sifar kolestrol dan dari sumber non-GMO. GMO ini ialah tumbuhan, haiwan atau organisma lain yang genetiknya telah diubahsuai menggunakan pengubahsuaian genetik atau teknik kejuruteraan, dimana GMO ni telah dikaitkan dengan pelbagai risiko kesihatan. Oleh itu, ESP ini adalah dari sumber semulajadi, bukan dari sumber pengubahsuaian genetic atau teknik kejuruteraan. 

ESP sesuai untuk di minum around-the-clock. Anda boleh jadikan ESP sebagai minuman sarapan pagi yang lazat, untuk yang rajin bersenam, boleh minum ESP ni 30 minutes before bersenam untuk memberi tenaga, sebagai minum petang, dan juga sebagai ganti makan malam.

FUNGSI ESP PROTEIN:

✅ 1) Memberi tenaga berterusan
✅ 2) Bantu turun berat badan yang berlebihan
✅ 3) Beri rasa kenyang lebih lama, sesuai untuk mereka yang berpuasa dan dalam on diet.
✅ 4) Menguatkan otot rahim dan mengelakkan keguguran
✅ 5) Membantu mengatasi gastrik
✅ 6) Membantu meningkatkan penghasilan susu bagi ibu yang menyusukan
✅ 7) Menyokong pertumbuhan bayi di dalam rahim
✅ 8) Menghaluskan dan mencerahkan kulit
✅ 9) Mencantikkan kulit dan kuku
✅ 10) Membantu mempercepatkan penyembuhan luka


Since Kerajaan Malaysia memperkenalkan Set Menu Rahmah, Shaklee pun dengan berbesar hati introduce Set Vitamin Rahmah untuk awak alami sendiri pengalaman kulit cantik dan semakin sihat pada harga rahmah. 

Healthy Rahmah - Set A 

1 Protein ESP
1 Sustained Release Vitamin C
Free keahlian Shaklee

Dapatkan Set A Healthy Rahmah pada harga RM99 sahaja. Awak jimat sehingga RM189.75 dengan belian set ni. 

Healthy Rahmah - Set B

2 Proein ESP
2 Sustained Release Vitamin C
Free keahlian Shaklee
Free postage

Nikmati penjimatan sehingga RM389.50 dengan belian Healthy Rahmah Set B. Miliki set ini pada harga RM188 sahaja. 

13 Hari lagi menjelang Hari Raya akan tiba pastinya ramai yang ingin kelihatan Cantik dan berseri dipagi Raya.So, yang mana berminat nak beli Set Vitamin Kulit Sihat & Cantik or mana-mana suplemen Shaklee dari saya, boleh contact number di bawah ye!

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#NextlevelBlogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
#pengedarshakleelabuan

Friday 7 April 2023

Vitamin Kulit Cantik Harga Rahmah

Ramai sebenarnya diluar sana mengalami masalah kulit wajah yang menyebabkan hilang keyakinan diri, antaranya masalah jerawat batu, jerawat berpasir, kulit kusam, kulit jeragat, kulit berminyak dan bermacam-macam masalah kulit yang dihadapi. Tahukah anda, masalah-masalah kulit ini boleh menyebabkan anda jadi stress, kurang positif dan kurang keyakinan untuk berhadapan dengan orang lain. Jangan ingat perempuan je yg bole consume, lelaki pun boleh tau !

Vitamin Kulit Cantik Shaklee. Siapa yang taknak kulit cantik kan? Kalau boleh semua nak kulit putih, gebu, tak berjerawat, sekata, halus tulus dan mulus macam kulit baby…kan? Haaa…jom kita tengok Vitamin Kulit Shaklee yang manakah yang boleh membantu . dapatkan kulit cantik idaman kita. Dah semestinyalah set kecantikan kulit Shaklee.

Kebaikan protein ESP Shaklee untuk kulit cantik

Esp
– ESP adalah pelengkap untuk kecantikan kulit kerana ianya mempunyai kandungan protein yang tinggi. Tahukah anda, protein membantu menghasilkan collagen dalam badan dan seterusnya membantu memastikan kesihatan dan kecantikan kulit sentiasa terjamin.

1) Kulit Nampak lebih muda
ESP Shaklee mengandungi isoflavone secara semulajadi untuk menghalang proses degradasi kolagen dan elastin. Pengambilan protein soya berterusan dapat mengurangkan kehadiran, perubahan warna kulit dan memperbaiki keseluruhan penampilan kulit

2) Kulit Jadi Lembap
Protein merangsang pengeluaran asid hialuronik untuk mengikat dan mengekalkan air dalam sel-sel kulit. Memastikan penghidratan dan kelembapan ke dalam kulit.

3) Kulit Licin dan Tona Kulit Sekata
Protein bermanfaat dalam meningkatkan tesktur kulit. Kulit jadi lembut dan gebu.
4) Mengembalikan Keserian Kulit
5) Menganjalkan Kulit dan Meningkatkan Penghasilan Kolagen
6) Mengecutkan Jerawat
7) Memudarkan Kesan Parut
8) Mengurangkan Kedutan, Garis Halus dan Kesan Tua
9) Agen anti-penuaan
10) Mencerahkan Kulit
11) Mengurangkan Pigmentasi Dan Jeragat
12) Mengatasi Masalah Kulit Berminyak


Kebaikan Vitamin C Shaklee untuk kulit cantik

Vitamin C
– Membantu menghasilkan kolagen semulajadi dari dalam badan. Penghasilan kolagen dari badan yang berterusan dan pembaikan sel kulit setiap hari inilah yang membantu mendapatkan kulit yang lebih berseri, licin dan tona yang lebih sekata. 

Tahukah anda 1biji vitaC Shaklee bersamaan 7.5 biji buah oren. Amalkan sustained release ini utk memenuhi keperluan vitamin c seharian kita. Sebotol Vitamin C Shaklee tahan sehingga 6 bulan.Dengan pengambilan Vitamin C yang mencukupi, ia boleh menyumbang dan memberi kesan positif kepada kecantikan luaran.

1) Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.
2) Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.
3) Membantu mengatasi masalah jerawat
4) Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.
5) Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.
6) Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.
7) Bertindak sebagai anti-radang.

Set Rahmah Shaklee Paling Murah Dan Berbaloiiii

Vitamin untuk kulit cantik kali ini didatangkan dalam pakej Set Rahmah Shaklee. Ada dua set iaitu Set A dan set B.Jom kita tengok vitamin apa yang ada dalam set rahmah ni.

Set A : ESP + Vitamin C

Beli set ini pada hanya RM99. Anda layak dapat :

PERCUMA keahlian Shaklee bagi yang belum mendaftar ( jimat RM35 )
Harga asal set ini adalah RM 288.00 ( ESP RM173 , Vitamin C RM115 ). Bila promosi set rahmah, dua-dua ini hanya RM99. Murah sangat kan 😊


Set B : 2 ESP + 2 Vitamin C

Beli set B ini dengan HANYA RM188. Dapat :
> FREE keahlian +
> FREE postage jugak

Keistimewaan Vitamin Kulit Cantik Shaklee Rahmah

✓ Membantu mendapatkan kulit yang sihat tanpa cela
✓ Membantu mengembalikan keserian wajah
✓ Mengembalikan keremajaan kulit wajah
Terbukti berkesan 
✓ Produk melangkaui organik
✓ Halal, selamat dan berkesan
✓ Harga yang sangat berpatutan

Set Rahmah Shaklee ini juga sesuai untuk:

Lelaki
• Pekerja
• Yang ada sakit perut gastrik
• Ibu hamil
• Ibu menyusu anak
• Warga emas
• Yang nak jaga kesihatan
• Yang nak berpuasa cergas bertenaga
Pelajar

Kesimpulannya, kulit yang cantik bermula dari kulit yang sihat 😁

Berminat nak dapatkan Promosi Set Rahmah Shaklee untuk tampil cantik dan menawan di hari raya? Boleh hubungi dengan klik sini 😊

Untuk lebih penjimatan, boleh daftar sendiri sebagai ahli Shaklee dengan klik sini


Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#NextlevelBlogging
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#SetRahmahShaklee2023
#pengedarshakleelabuan

Saturday 1 April 2023

Idea Menu Sahur Sihat

Menu Sahur adalah masa makan pertama sebelum anda memulakan aktiviti anda untuk masa yang lama semasa berpuasa. Oleh itu, makanan yang anda makan pada waktu subuh dijangka memenuhi keperluan tenaga anda sehari. Oleh itu, pilih makanan yang baik dan sihat apabila anda fajar.

Selain mendapat ganjaran pahala yang besar, bersahur sangat penting untuk membantu memberikan tenaga dalam mengerjakan ibadat puasa pada siang hari. Buat wanita dan mak-mak yang pasang impian nak turunkan berat badan dan dapat berat ideal ketika raya nanti boleh cuba amalkan menu sahur diet sihat

Apakah jenis makanan yang perlu di menu sahur anda?

Makanan yang sihat ketika subuh diperlukan untuk memberi tenaga yang cukup pada waktu puasa. Beberapa makanan yang anda perlu makan pada waktu subuh adalah:

Buah-buahan dan sayur-sayuran
Kedua-dua kumpulan makanan ini menyediakan banyak serat. Serat berguna untuk membantu anda merasa lebih lama semasa berpuasa, jadi anda tidak merasa lapar dengan cepat. Serat juga boleh menghalang anda daripada sembelit. Di samping itu, buah-buahan dan sayur-sayuran juga menyediakan cukup vitamin dan mineral untuk mengekalkan kesihatan anda.

Sumber karbohidrat
Nasi, roti, mi dan kentang adalah beberapa sumber karbohidrat yang boleh anda makan pada waktu subuh. Sumber karbohidrat makanan ini membantu anda memberikan tenaga yang cukup untuk menjalankan aktiviti sepanjang hari.

Pilih sumber karbohidrat dengan jenis karbohidrat kompleks yang mempunyai kandungan serat yang tinggi, seperti beras perang dan roti gandum. Makanan ini boleh membantu anda mengekalkan tenaga lebih lama kerana memerlukan lebih lama untuk mencerna.

Sumber protein
Daging, ayam, ikan, telur dan susu adalah sumber protein yang harus anda berikan pada waktu subuh. Protein membantu membaiki dan membina tisu badan anda, dan boleh meningkatkan sistem imun anda.

Beberapa idea menu sahur tetapi sihat :

1.Nasi lemak dengan telur rebus dan sayur-sayuran segar seperti timun, kobis dan kacang panjang. Gunakan santan rendah lemak dan kurangkan jumlah nasi untuk mengurangkan kandungan kalori.

2.Roti gandum dengan kacang dan buah-buahan seperti epal atau pisang. Tambahkan susu rendah lemak atau yoghurt dan madu sebagai pemanis semula jadi.

3.Sup sayur-sayuran dengan potongan ayam atau daging lembu. Anda juga boleh menambahkan kepingan roti gandum untuk membuatnya lebih mengenyangkan.

4.Smoothie dengan campuran buah-buahan dan sayur-sayuran seperti bayam, pisang, dan buah-buahan beri. Tambahkan susu almond atau kacang untuk memberikan kekayaan protein.

5.Oatmeal dengan telur rebus, kepingan kentang manis, dan kepingan salmon asap. Oatmeal yang dimasak dengan susu rendah lemak dan sedikit madu akan menambah rasa manis semula jadi.

6.Protien shake
Masukkan 1 scoop esp ke dalam shaker Bersama 1 scoop cinch shake coklat.Gongcang shaker sampai esp + cinch larut.sedia Untuk diminum bertenaga sepanjang hari.

7. Kurma
Kebaikan makanan sunnah ini tidak perlu diperkenalkan lagi.

Dengan rasa manis semulajadi, buah kurma bukan sahaja sunnah untuk dimakan sewaktu berbuka, namun digalakkan juga untuk dimakan ketika bersahur.

Khasiat seratnya yang tinggi membantu untuk anda kekal rasa kenyang lebih lama serta baik untuk penghadaman. 

Ingatlah bahawa makanan sahur seharusnya mengandungi nutrien yang mencukupi untuk memberi tenaga sepanjang hari dan sepatutnya tidak terlalu berat atau terlalu ringan. Jangan lupa untuk minum air yang mencukupi sepanjang waktu berpuasa.

Sahur 5 Minit Bersama Set Sahur Shaklee

Berpuasa dengan set sahur shaklee dari Set Puasa Shaklee cepat siap senang nak buat.Bukan itu sahaja,ia jugak lengkap untuk memenuhi nutrisi harian anda sepanjang berpuasa.

Selain itu antara manfaat yang lain anda boleh dapatkan Set Puasa Shaklee ini adalah :

• Membantu masalah jerawat dan parut       
   jerawat
• Mencerahkan kulit
• Samaratakan tona kulit
• Membantu turunkan berat badan
• Memberikan rasa kenyang lebih lama
• Membantu sebagai milkbooster ibu         menyusu yang Puasa
• Memberikan tenaga sepanjang      
   berpuasa
• Membantu masalah Gastrik
• Membantu kawalan gula dalam darah
• Membantu mengurangkan masalah   
   kolestrol

Semoga perkongsian ini bermanhfaat!. Buat wanita yang nak turunkan dan dapat berat badan ideal sewaktu raya nanti, bolehlah amalkan menu diet sihat ketika bersahur ini. Cukup mengenyangkan, kekal bertenaga sepanjang hari malah boleh dapat berat badan yang diimpikan jika diamalkan secara konsisten!

Anda berminat dengan set puasa shaklee? Boleh dapatkan hari ini dengan Imah klik di sini untuk whatsapp bagi maklumat lanjut.


Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA πŸ‘‡
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee!

Anda ingin turunkan berat badan?? Anda tercari-cari set kurus yang selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serta bahan kimia yang merbaha...