Friday 14 April 2023

Tips Kurus Dengan Cepat



Biasanya, banyak tips kurus hanya menjurus kepada, bagaimana untuk kurus dengan cepat badan sahaja. Banyak tips kuruskan badan secara semulajadi yang kita baca, namun semunya kita abaikan. Jarang kita lihat ada yang memberi tips untuk kuruskan peha, lengan dan pipi. Tentu anda terfikir, kenapa spesifik kepada peha, lengan dan pipi? Bukan mudah untuk kekal cantik dan langsing.

Ini kerana anggota inilah yang menjadi kegusaran pada wanita. Sekarang, cuba pegang lengan anda. Besar tak? Sekarang, pandang bawah. Lihat paha anda pula, rasa besar tak? Jika sudah, belek cermin pula, ada nampak dagu berlapis (double chin) atau tidak? Kebiasaannya, bila dagu berlapis, pipi mesti tembam juga.

LELAKI VS PEREMPUAN

Kalau lelaki, beratnya lebih terarah pada bahagian perut. Sebaliknya, lemak perempuan akan terkumpul di bahagian paha dan lengan. Anda tahu paha anda besar jika seluar ‘jeans’ yang dipakai tampak haus di bahagian kelengkang. Ini kerana bahagian paha bergesel sesama sendiri.

Entry kali ini tidak akan memberikan tips yang spesifik untuk setiap anggota tersebut. Ia lebih kepada kombinasi atau gabungan cara untuk kurus dengan cepat secara keseluruhannya.

1. Kurangkan karbohidrat, lebihkan protein

Salah satu cara yang paling berkesan sebagai tips kurus dengan cepat badan adalah dengan cara mengurangkan pengambilan karbohidrat untuk beberapa hari.

Kajian juga telah membuktikan bahawa pelan diet yang mengurangkan pengambilan karbohidrat adalah pelan terbaik untuk menurunkan berat badan seseorang.

Pengurangan pengambilan karbohidrat dalam tempoh beberapa hari juga boleh mengurangkan berat air dalam tubuh.

Namun, untuk menggalakkan anda berasa kenyang dan kurang berasa lapar, banyakkan pengambilan protein tanpa lemak sebagai ganti kepada karbohidrat tersebut.

2. Setkan Berat Badan Ideal Yang Ingin Dicapai

Berapa kurus anda ingin kurus? Berapa kilogram anda ingin kurangkan? Setkan target ini terlebih dahulu.

Kemudian, tulis pada kertas dan tampal dalam bilik ditempat yang anda akan lihat setiap hari. Kerta itu sepatutnya berbunyi..

“AKU NAK BERAT BADAN ___ KG PADA ___”

Cth : Aku nak berat badan 60KG pada 31/12/2018

Target perlu spesifik & realistik. Tak guna kita setkan target yang tidak realistik dan akhirnya kita tak rasa kita boleh capai. Ia akan merendahkan motivasi kita untuk capai target tersebut.

3. Kurangkan pengambilan kalori harian

Antara salah satu cara untuk kurus dalam masa seminggu yang paling berkesan adalah dengan langkah mengurangkan pengambilan kalori harian.

Semakin berkurang kalori yang diambil setiap hari, maka semakin mudahlah berat anda untuk menurun.

Berikut adalah antara cara untuk kurus dengan cepat melalui pengiraan pengambilan kalori harian:

Kira pengambilan kalori: Untuk memudahkan pengiraan kalori harian, muat turun sebarang aplikasi pengiraan kalori di telefon pintar anda. Dengan cara ini, anda akan dapat mengira pengambilan kalori selain jumlah nutrien daripada makanan yang anda makan

Elakkan pengambilan snek: Pengambilan snek antara waktu makan hanya akan meningkatkan jumlah kalori harian tanpa anda sedari. Oleh itu, kurangkan atau elakkan sebarang pengambilan snek antara waktu makan. Jangan sesekali makan selepas anda menikmati makan malam anda

Kurangkan sebarang sos: Salah satu cara mudah lain untuk mengurangkan kalori adalah dengan mengurangkan pengambilan sos pencicah makanan seperti sos cili, mayones dan juga kicap

Banyakkan makan sayur: Tingkatkan pengambilan sayur-sayuran dan kurangkan pengambilan karbohidrat dan makanan berkanji

Elak minuman manis: Cuba banyakkan pengambilan air kosong dan kurangkan pengambilan minuman bergula

4. Kurangkan kekerapan memasukkan makanan ke dalam mulut

Percaya atau tidak kalau saya kata, perut kita ada memori? Perut kita akan ingat habit makan kita.

Kalau kita kerap memasukkan sesuatu ke dalam mulut, perut akan cepat lapar dan sentiasa minta diisi setiap masa.

Cuba renungkan, kenapa bulan puasa kita boleh sabar tak makan waktu siang? Sebab kita train perut untuk tidak rasa lapar dan pada akhir-akhir sebelum raya, kita memang tidak rasa lapar walaupun hari sudah petang.

Jadi saya sarankan, jika tuan puan serius untuk kuruskan badan, cuba elak masukkan apa-apa ke dalam mulut dalam sela masa 6 jam sekali. Jadikan ianya satu habit yang berterusan.

5. Kurangkan minuman bergula

Ini ialah tips yang sangat mudah untuk diamalkan. Minuman bergula sebenarnya adalah penyumbang kalori yang besar yang kita tidak sedar. Dalam masa yang ia juga sesuatu yang paling mudah untuk dielakkan.

Amalkan bila kita makan di kedai makan, kita order air kosong. Atau setidak-tidaknya minuman kurang manis.

Saya syorkan paling banyak hanya ambil 1 gelas minuman bergula setiap hari.

6. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan

Apabila kita kurangkan pengambilan kalori, ada kebarangkalian keseimbangan dan kualiti diet kita akan berkurang. Jadi untuk menjaga keseimbangannya, saya cadangkan kita makan lebih banyak buah-buahan tempatan yang rendah kalori seperti tembikai, tembikai susu atau jambu batu. Kita juga digalakkan untuk lebihkan sayur-sayuran dan ulam-ulaman yang berwarna hijau didalam diet harian kita seperti daun pegaga, bayam, tomato dan timun jepun. Daun pegaga membantu untuk sesiapa yang inginkan kelihatan awet muda sentiasa kerana kandungan anti-oxidantnya tinggi.

Selain membekalkan nutrien, buah-buahan membekalkan vitamin dan anti-oksidan untuk badan kita agar kekal sihat.

7. Banyakkan Minum Air Masak

Tahukan anda, otak kita sebenarnya tidak tahu adakah perut kita sedang lapar atau dahaga. Tapi pada kebayakkan masa, kita mentafsir signal tersebut sebagai lapar dan untuk menyelesaikan, kita makan.

Padahal sebenarnya kita cuma dahaga dan hanya perlu minum segelas air untuk hilangkan rasa “lapar” tadi.

Saya syorkan anda minum sekurang-kurang 8 gelas air sehari.

8. Mulakan rutin bersenam dan bersukan

Bagi membakar kalori dan juga lemak badan dengan lebih cepat, kerapkan bersenam dan bersukan setiap hari selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Anda juga boleh mencuba sebarang aktiviti dengan intensiti tinggi seperti angkat berat, berjoging dan berlari.

Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam dan bersukan secara khusus, anda masih boleh membakar lebih kalori dalam tubuh anda melalui peningkatan aktiviti harian yang lebih aktif.

Ubah gaya hidup anda kepada cara hidup yang melibatkan lebih banyak pergerakan seperti menaiki pengangkutan awam ke tempat kerja.

Jika pejabat anda tidak berada di tingkat yang terlalu tinggi, gunakan tangga berbanding lif.

Jika anda berada di rumah, anda boleh terus kekal aktif dengan cara melakukan pelbagai aktiviti lain seperti mencuci dan membersihkan kawasan rumah.

9. Intermittent Fasting

Semua mesti agak kenal atau pernah dengar tentang Intermittent Fasting (IF) ini. Diet jenis ini semakin popular untuk mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Hal ini kerana ianya sedikit lebih senang dan kurang ketat berbanding dengan kaedah pengawalan kalori makanan yang diambil (pembatasan kalori). 

IF merupakan kaedah senang untuk diamalkan. Kita boleh mengambil makanan secara normal tanpa sekatan. Hanya pada-waktu-waktu tertentu sahaja kita dilarang mengambil makanan, tetapi tempoh tersebut tidaklah lama. Contohnya makanan hanya dimakan di dalam masa yang ditentukan dalam sehari atau minggu

Secara umumnya, terdapat dua jenis asas diet IF. Pelbagai banyak variasi dan paling popular adalah: 16/8, 18/6 dan 20/4. Nombor-nombor ini mewakili tempoh masa sekatan makanan dan masa pengambilan makanan. Contohnya, jika anda memilih 16: 8, masa ini terdiri 16 jam tanpa makanan dan kemudian 8 jam tempoh masa untuk makanan. Jadi anda boleh setkan masa tersebut. Contohnya untuk tidak makan antara 8 malam sehinggalah 12 tengah hari esoknya.  Waktu makanan anda adalah dari waktu 12 tengah hari sehinggalah 8 malam. Jika anda ingin lebih ketat lagi, mungkin mengurangkan masa pemakanan kepada 6 jam taupun 4 jam sahaja. 

Banyak hasil kajian sains telah menunjukkan keberkesanan diet IF ini. IF juga terbukti dapat mengurangkan tekanan darh tinggi menurut kajian oleh Malinowski et. al (2019).

10. Tidur yang Cukup

Percaya tak kalau kami kata, orang yang tak tidur dengan secukupnya akan mengalami masalah berat badan. Susah nak kurus. Kenapa? Kalau kita tidur lambat, berjaga sampai pukul 3.00 pagi, dijamin kita akan rasa lapar. Bila lapar mulalah nak masuk dapur cari makanan. Bila tak cukup tidur, metabolism kita juga akan berkurangan. Macam mana nak bakar lemak?


Rumusan

Dengan pengambilan kalori yang kurang keperluan badan disertakan dengan aktiviti membakar kalori yang intensif, saya yakin anda akan dapatkan turunkan berat badan anda tanpa gagal.

Nak tahu lebih lanjut tentang Set Kurus Shaklee boleh klik entry seterusnya.

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan

No comments:

Post a Comment

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee!

Anda ingin turunkan berat badan?? Anda tercari-cari set kurus yang selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serta bahan kimia yang merbaha...