Sebenarnya business online Shaklee ni paling mudah nak buat. Saya buat Shaklee ni sejak masih bekerja tahun 2018 dulu lagi. Tahun 2023 saya Baru mula ada blog,blog ni jadi kedai online saya.
Pengalaman saya, memang syoknya berniaga part time, gaji dapat, untung bisnes pun dapat.
Kalau orang Shaklee, bonus Shaklee masuk tengah bulan. Gaji masuk hujung bulan. Memanglah best. Tapi, ada tapi bagi anda yang nak berniaga secara part time.
Tak salah nak buat bisnes part time, tapi anda perlu tahu yang anda perlu cekap dan jangan sampai mengabaikan tugas hakiki atau kerja full time anda. Ada sesetengah tempat kerja sangat menghalang pekerjanya terlibat dengan aktiviti perniagaan.
Ada sesetengah syarikat pula, memang bagi support. Tapi dengan syarat tertentu. Contoh macam syarikat saya bekerja, memang support kalau staff nak buat bisnes. Tapi, bukan di dalam waktu bekerja.
Di luar waktu bekerja takpe. Buatlah bisnes apa pun. Sebab syarikat pun tahu, zaman sekarang ni, tinggal di bandar memang tak cukup kalau harapkan gaji semata-mata. Dalam keadaan ekonomi yang huru-hara ni, ramai orang terpaksa berbisnes sambil bekerja.
Berdasarkan pengalaman saya sendiri, bekerja full time, dan bisnes secara part time. Walaupun buat bisnes part time, dengan income yang masyukkkk, tapi berjaya perform di tempat kerja. Masih berjaya kekalkan prestasi kerja.
Saya kongsikan dengan anda 7 Tips Bisnes Sambil Kerja. Semoga jadi inspirasi dan panduan untuk anda.
7 Tips Business Online Sambil Bekerja
1. Pilih Bisnes Yang Tidak Ganggu Kerja Hakiki
Mulakan dengan yang ringan-ringan dulu! Kita dah lah tak biasa nak berniaga, lepas tu nak berniaga sambil kerja pula tu. Besar tanggungjawabnya. Jadi kita mulakan dengan bisnes yang mudah-mudah dulu.
Contohnya kalau teringin nak buat Grab, kena fikir buat Grab akan libatkan masa, tenaga dan waktu tidur. Jadi kalau waktu tidur terganggu, adakah akan effect waktu kerja hakiki kita. Kena pertimbangkan macam tu.
Saya memilih business online Shaklee sebab modal kecil tapi untung besar. Tak perlu keluarkan duit beribu-ribu untuk mulakan bisnes Shaklee. Modal tak sampai RM100 kot! Masa saya daftar dulu FREE aje. And then boleh buat secara part time.
Hanya dari rumah dan buat secara online.
Alhamdulillah, waktu kerja saya kerja. Waktu lapang saya akan berbisnes.
Imah kena kekalkan profesionalisme. Kena asingkan kerja hakiki dan kerja sendiri.
2. Sanggup Korbankan Masa
Semua orang ada 24 jam. Ada orang memanfaatkan 24 jam ini sehingga jadi jutawan, ada orang tak buat apa-apa dengan 24 jam yang ada.
Bekerja dan berbisnes dalam 24 jam yang ada adalah sangat memenatkan.
Imah mungkin perlu korbankan waktu rehat dan tidur kerana di saat orang lain santai-santai tengok tv atau tidur, pada masa itulah Saya akan busy buat persediaan untuk bisnes part time saya.
Macam saya yang berniaga online, waktu malam lah waktu yang sesuai untuk cek balik order dan pertanyaan yang saya terima pada waktu siang.
Jangan ganggu waktu kerja dengan berbisnes, itu tak baik namanya. Tak berkat gaji yang anda dapat nanti. Kita nak kan setiap wang yang kita dapat tu mendapat keberkatan. Baru lah bisnes boleh maju.
3. Rancang Masa Untuk Posting Marketing
Jika anda berniaga online, dan anda ada FB Page, anda perlu pandai jadualkan posting-posting anda. Sediakan posting anda awal-awal dan jadualkannya.
Bila buat bisnes, kena buat marketing. Bila kita buat posting, ia ibarat kita buka kedai.
Kalau tak ada posting, kedai tutup.
Ada macam maca cara yang dia buat. Ikut mana yang sempat.
Biasanya dia tulis blog dan di FB.
Anda memang WAJIBKAN diri, setiap hari mesti tulis sharing di FB untuk kongsi apa yang boleh dikongsikan dengan sahabat FB.
Since benda ni perlu KOMITMEN, dia memang dah set dan "allocate" masa untuk buat semua ni.
Busy? Sampai bila pun busy. Jadi, konsisten sharing setiap hari. Itu kata kunci.
Orang tak beli hari ni, dia percaya orang akan beli pada hari lain.
Macam saya, posting saya adalah sebelum mula kerja, tengahari waktu lunch hour, petang lepas kerja dan waktu malam. Ini dululah waktu saya masih bekerja.
Sebab kami bisnes secara berjemaah, kami selalu share idea-idea untuk posting dalam group whatsapp. So, kami boleh gunakan semua material yang group kami contribute untuk buat posting di FB dan juga blog.
4. Lantik Pembantu
Anda juga boleh lantik saudara mara, atau kenalan untuk bantu jadi admin page anda. So pada waktu anda bekerja pembantu anda ini boleh tolong layan PM, WhatsApp, Telegram, DM dan segala bentuk komunikasi di media sosial.
Taklah anda risaukan pelanggan akan lari bila anda hanya boleh layan mereka pada waktu malam sahaja. Macam saya, saya ada template tertentu untuk saya reply pada customer. Ayat biasa saya reply, saya akan bagitau saya masih bekerja dan saya akan reply pada waktu tengahari atau lepas waktu kerja.
Untuk elak customer tertunggu-tunggu, biasanya saya akan bagi link blog saya untuk diorang baca. Ni pun strategi namanya. Sebab sibuk lah saya kene selalu update blog sebab ia adalah platform dan tempat saya berkongsi ilmu.
5. Hire Runner
Untuk produk Shaklee, biasanya bila customer order. Memang dia akan order secara online je. Then Shaklee yang poskan.
Tapi ada kes, customer yang dekat dekat nak. Jika customer tak boleh nak pick up, dia akan guna runner.
Sekarang dah banyak ada servis runner. Guna jer.
Dan customer kalau dah urgent, memang tak kisah nak bayar.
Nak pos barang just in case needed, dia akan guna easyparcel. Memang mereka akan pick up barang di rumah untuk pos. Kan senang.
Macam saya, buat business online Shaklee. Bila customer order, kita klik klik saja Shopping di www.shaklee2u.com.my. Shaklee yang akan poskan barang terus ke depan pintu rumah customer. Saya tak perlu susah-susah ke pejabat pos lagi dah. Banyak jimat masa.
Boleh juga buat sedikit stock di rumah. Sebab kalau ada customer yang tinggal berdekatan nak Cash On Delivery, boleh terus hantar selepas waktu kerja.
Jangan kata orang yang bekerja je boleh buat, suri rumah yang sangat sibuk dengan urusan anak-anak dan rumah tangga juga boleh buat tau. Student pun ramai yang dah join bisnes Shaklee dan menjana pendapatan hingga 4 angka sebulan.
6. Jadualkan Masa Untuk Belajar dan Coaching Agent
Banyak perniagaan ditimpa masalah bila peniaga tidak ada masa untuk upgrade ilmu dan tak turunkan ilmu kepada stokis, agen dan dropship. Ramai juga peniaga yang gagal untuk meluangkan masa untuk berhubung dengan stokis, agent dan dropship.
Inilah akan jadi punca stokis, agent dan dropship anda lari kepada bisnes lain. Saya tak luangkan masa untuk bersama dan mendidik mereka.
Oleh kerana Saya masih lagi bekerja, Saya kena pandai bahagikan masa, mungkin beberapa kali seminggu untuk berhubung dengan mereka.
Jangan lupa, anda juga perlu cari masa untuk upgrade ilmu anda sendiri.
Group saya sendiri ada kelas-kelas online yang kami buat untuk anak-anak buah downline semua belajar tentang ilmu produk Shaklee, kelas Nutrisi, kelas bisnes, coaching. Semua kami buat secara online dan waktu adalah di luar waktu kerja atau weekend.
Kami selalu buat cross coaching. Setiap orang contribute untuk memberi dan berkongsi. Mentor akan buat jadual dan assign task bergilir-gilir kepada setiap orang.
Kena put extra effort untuk sediakan material. Material juga kena buat di luar waktu kerja. Buat sedikit demi sedikit sampai siap. Tak siap harini, sambung esok. Kene pandai manage masa.
7. Jangan Salah Guna Waktu Bekerja
Kesalahan utama bagi orang berbisnes sambil bekerja ialah mengabaikan tugas di tempat kerja sebab nak berniaga. Jadi anda perlu bijak nak settlekan urusan kerja tanpa mengabaikan perniagaan anda.
Jika anda betul-betul berminat untuk berniaga dan anda rasa perniagaan anda boleh pergi jauh, set satu target bila anda mahu berniaga sepenuh masa.
Pastikan simpanan anda cukup dan yang penting pastikan anda ada cukup ilmu untuk menjalankan perniagaan, memasarkan perniagaan dan menguruskannya dengan lebih sistematik.
Kenapa Saya Buat Business Online Walaupun Ada Kerja Tetap?
Alhamdulillah, saya masih lagi berjaya kekalkan prestasi saya. Bos pun takde masalah dengan kita. Bila bos nampak kita perform, diorang siap bagi support lagi bisnes part time kita. Almost semua bos saya beli suplemen dari saya.
Sebab bisnes part time saya adalah benda yang membantu semua orang dapatkan kesihatan yang lebih baik. Bila staff sihat, of cause boleh bekerja dengan lebih baik, jarang sakit, jarang MC. So at the same time membantu syarikat juga.
Ingat, kita berniaga bukan setakat untuk cari wang dapur tetapi untuk lebih memberi manfaat kepada diri sendiri, keluarga dan orang sekitar. Jika berlaku pertembungan, dahulukan kerja hakiki. Keberkatan amat penting untuk kebahagiaan berpanjangan.
Apa pun, selalu mohon pada Allah permudahkan segala urusan kerja hakiki dan juga bisnes part time kita. Kita rancang sebaiknya, betulkan niat kerana Allah, Allah pasti akan uruskan selebihnya.
Let's do the best, Allah will do the rest!
Saya doakan anda semua diberi peluang oleh Allah untuk menikmati peluang buat bisnes dan dalam masa yang sama, berjaya di dalam kerjaya masing-masing.
Belajar sesuatu?
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya dan saya akan membantu anda turut sama berjaya.
Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ |
Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580
FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN
#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleelabuan
No comments:
Post a Comment