Friday, 2 June 2023

7 Kata-kata Motivasi Usahawan

Dunia keusahawanan bukanlah sesuatu yang berkaitan dengan menjadi kaya dan ternama semata-mata. Ia tidak semudah yang dilihat dengan mata kasar, tidak sesenang yang kita fikirkan. Ada usahawan yang tidak berani untuk bermula, ada yang tersungkur di tengah jalan, dan ada pula yang tidak dapat maju kehadapan. 

1. Cuba! Jangan Tak Cuba

Kita tak akan tahu selagi belum mencuba. Jangan takut! Luaskan hati kita untuk mencuba sesuatu yang baru. Ia mungkin akan membebankan kita, tetapi kita akan belajar banyak perkara daripada ini. Sebaliknya, mereka yang berhenti mencuba adalah orang yang gagal.

2. Jangan Berangan-Angan,
Jadikan Impian Kenyataan!

Jangan hanya jadi pemimpi saja, tapi jadilah pengejar mimpi yang hebat dan jadikan mimpimu suatu kenyataan. Kerana impian bukan sekadar angan-angan, tapi harus diperjuangkan. Jangan pernah menyerah pada mimpimu, jadikan ia kenyataan.

3. Bisnes Yang Bagus Adalah Yang Dijalankan

Bukan Sekadar Kata-Kata
Sesuatu perubahan tidak akan berlaku kalau setakat berkata-kata di mulut sahaja, tindakan perlu dibuat. Jika ilmu sudah ada, modal sudah ada, dan pelan pun dah ada, mulakanlah perniagaanmu dengan yakin. Dalam melakukan perubahan itu pastilah akan datang pelbagai dugaan, tetapi terimalah ia sebagai cabaran untuk kita mara ke hadapan.

4. Mula Mereka Bertanya Mengapa?
Kemudian Akan Bertanya Bagaimana?

Tak usah ambil peduli dengan kata-kata orang tentang kelemahan dan impian anda. Satu-satunya cara untuk mendiamkan mereka adalah dengan membuktikannya. Jadikan kata-kata pedas mereka sebagai pembakar semangat anda untuk membuktikan kepada mereka bahawa anda boleh mencipta sesuatu yang mereka fikir adalah mustahil. Percayalah, ia bukan seperti yang orang katakan, tetapi ia adalah tentang impian besar yang perlu anda realisasikan.

5. Perjalanan Seribu Batu Bermula Dari Satu Langkah

Untuk mendahului mana-mana perlumbaan, kita haruslah mengambil langkah pertama. Usain Bolt juga tidak mungkin memenangi perlumbaan 100m dengan bermula di garisan penamat. Tidak mengapa untuk bermula dengan perlahan, yang penting kita perlu tahu untuk memaksimumkan momentum yang dicapai. Mari belajar bagaimana untuk mengekalkan momentum dalam bisnes.

6. Jangan Berbicara Dengan “Mungkin”
Katakan “Aku Boleh”!

Berbicara dengan “mungkin” akan menyebabkan kita kurang keyakinan lalu tidak akan dapat mencapai apa-apa. Namun, bila anda katakan “aku boleh”, anda pasti dalam melakukan segala sesuatu. Namun, bila sudah ada idea, janganlah gelojoh untuk terus melakukannya, fikirkan sejenak adakah ia bersesuaian dengan kemampuan anda. Bila sudah pasti, ayuh lakukan! Anda pasti boleh!

7. Perancangan Adalah Seperti Peta.

Tanpanya, Perjalanan Bisnes Kita Sesat
Ibarat perjalanan tanpa peta, kita tidak akan tahu arah tujuan, lalu kita akan sesat. Sama seperti perniagaan tanpa perancangan dan strategi, anda akan kebingungan – apa yang nak dicapai, mana dahulu perlu dicapai, bila tempoh masanya, bagaimana nak mencapainya, semua tak ada, lalu perjalanan bisnes anda mungkin akan berakhir dengan kegagalan.

Kejayaan pada hari esok adalah bermula daripada hari ini. Tindakan kita, sikap kita, dan motivasi diri kita hari ini bakal menentukan kejayaan kita pada hari esok. Gali, cari dan zahirkan segala potensi diri. Asah, gilap dan maksimakan kelebihan dan keistimewaan diri kita! Untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu ada kata-kata motivasi diri yang cukup tinggi. Semoga kata-kata motivasi ini dapat membantu para usahawan mencapai kejayaan!

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#teamleadership
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan

No comments:

Post a Comment

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee!

Anda ingin turunkan berat badan?? Anda tercari-cari set kurus yang selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serta bahan kimia yang merbaha...