Terdapat pelbagai masalah kulit yang dialami dikalangan individu seperti jerawat, kulit sensitif, sunburn dan juga jeragat. Pada harini, terdapat ramai dikalangan individu yang mengalami masalah jeragat. Harini ciksue akan berkongsi berkenaan jeragat. Jom hapuskan jeragat di wajah!
APA ITU JERAGAT ?
Jeragat ialah sejenis penyakit kulit yang tidak berbahaya. Jeragat bermula dengan tompok tompok kecil yang memenuhi bahagian muka anda seperti dahi, pipi, hidung dan kawasan sekitar mulut.
Tompok jeragat selalunya berwarna lebih gelap dari warna kulit asal dan ini menyebabkan tona kulit anda kelihatan tidak sekata.
Bagi mereka yang berkulit cerah, kebiasaannya tompok jeragat akan berwarna coklat. Manakala mereka yang berkulit gelap pula akan mendapat tompok yang berwarna hitam.
Kadangkala, saiz jeragat yang kecil ini akan kelama-lamaan membesar kemudiannya bercantum dengan jeragat yang lain. Dan akhirnya memenuhi setiap ruang di wajah anda .
Ada 3 JENIS JERAGAT
1) EPIDERMAL
Jenis ini hanya melibatkan kawasan kulit luar. Ia boleh diatasi dengan produk penjagaan kulit wajah yang semulajadi. Jenis ini juga menunjukkan jeragat yuang berwarna coklat cair dan kelihatan gelap di bawah lampu.
2) DERMAL
Jeragat jenis ini terjadi di bawah lapisan kulit. Bagi mereka yang mengalami masalah jeragat jenis ini perlu perhatian lebih dari aspek pemakanan dan penjagaan kulit wajah. Ia kelihatan seperti warna perang dan tidak kelihatan gelap di bawah cahaya lampu.
3) CAMPURAN
Maksudnya, wajah memiliki kedua-dua jenis jeragat iaitu dermal dan epidermal. Jenis ini memerlukan penjagaan rapi bagi mengelakkan ia terus merebak ke seluruh wajah dan menyebabkan kulit menjadi kusam.
Ada 9 PUNCA JERAGAT iaitu:
1) Cahaya matahari
Cahaya matahari mengandungi sinar uv yang menyebabkan kerosakan sel kulit dan kesan sinar uv yang berlebihan ini bukan sahaja menyebabkan pigmentasi dan jeragat malah boleh membawa kepada kanser kulit.
2) Kehamilan
Majoriti wanita hamil akan mengalami keadaan hormon tidak menentu. Keadaan ini bukan sahaja mengundang kegatalan, kulit pecah, ekzema dan lain-lain malah boleh menyebabkan terjadinya jeragat. Biasanya jeragat akan pudar selepas bersalin malah ada juga yang tidak pudar. Kebanyakan 80% wanita mengandung mengalami masalah jeragat.
3) Rawatan hormon
Kajian menunjukkan rawatan hormon yang mengandungi estrogen atau progesteron atau pun pertukaran hormon seperti implan akan mengundang masalah jeragat.
4) Ubat-ubatan
Pengambilan beberapa jenis ubat-ubatan yang memeberi side effect kepada keupayaan kulit untuk merawat dan menghasilkan sel yang aktif.
5) Hypothyroid
Biasanya dia dikenali sebagai keadaan paras hormon thyroid yang rendah.
6) Tidak berdisiplin
Penjagaan muka yang tidak berterusan. Contohnya tidur malam pun biarkan mekap tanpa dicuci. Tak boleh begitu ye kawan-kawan.
7) Hormon tidak seimbang
Hormon tidak seimbang menyebabkan jeragat untuk tumbuh dengan banyak dan mengambil masa yang lama untuk pulih dari jeragat ini
8) Salah memilih skincare
Dengan pemakaian produk yang mempunyai bahan kimia merbahaya. Bila pakai kulit ok je. Bila stop guna kulit jadi makin teruk pula.
9) Wangian
Biasanya pewangi, sabun wangi, kosmetik dan lain-lain wangian yang menusuk hidung akan menyebabkan tindak balas phototoxic yang mana antara punca jeragat.
Cara Mencegah Jeragat
1. Gunakan pelembap wajah yang mengandungi SPF ataupun sunblock untuk mengelak terkena sinaran ultra ungu yang boleh merosakkan kulit. Pilih krim yang mempunyai kandungan SPF 15 hingga 30 yang sesuai dengan cuaca kita di Asia.
2. Bawa payung sekiranya perlu untuk melindungi kulit dari jam 12 tengah hari hingga 4 petang daripada terkena pancaran matahari.
3. Amalkan gaya hidup sihat, minum sekurang-kurangnya 3 liter air sehari, hindari stres melampau, jauhi rokok dan amalkan diet yang seimbang.
4. Gunakan produk kulit atau alat solek yang sesuai dan selamat.
5. Hati- hati ketika mengambil sebarang ubat-ubatan. Kerana sesetengah ubat boleh menggalakkan lagi penghasilan pigmentasi pada kulit.
Set Jeragat Shaklee Kembalikan Kulit Cantik Dan Sihat
1. Vitamin E
Ia adalah vitamin yang terkenal sebaga vitamin untuk awet muda.
1 kapsul vitamin E sehari membantu melambatkan penuaan, mengurangkan kedut, garis halus, parut, acne dan bintik penuaan, jeragat ataupun pigmentasi.
Ianya mampu memulihkan tekstur kulit dan ton muka, dada dan otot peha. selain itu, Vitamin E juga dapat membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit.
2. Vitamin C (Sustained Release Vita C plus)
Pengambilan Vitamin C setiap hari secara konsisten akan memberikan kulit yang lebih cerah, seterusnya melambatkan simptom penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi, jerawat dan jeragat.
Vitamin C adalah penting untuk merangsang pembentukan kolagen dalam badan.
Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.
Oleh itu, ianya mampu untuk menghilangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik.
Selain itu ia adalah anti-oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semulajadi tubuh dan mampu menghapuskan radikal bebas ia menyebabkan sel-sel kulit mati.
3. Protein (Energizing Soy Protein)
Protein adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia.
Protein yang cukup di dalam badan dapat menjaga dan menghasilkan sel-sel baru yang sihat.
Malah, dengan pengambilan sumber protein yang mencukupi setiap hari dapat menghasilkan kulit yang lebih gebu, lembut, halus dan cantik. Ianya juga dapat membantu mengurangkan kesan tompok hitam(jeragat).
Jika badan tidak mempunyai protein yang cukup, jeragat atau pigmentasi amat sukar untuk dihilangkan. Secara kesimpulannya, sumber protein yang baik adalah kunci untuk kulit yang sihat dan cantik.
4. Vivix
Mengandungi sangat tinggi antioksidan. Antioksidan ini yang membantu mengawal lebihan radikal bebas dalam badan.
Kena tahu ya yang jeragat sebenarnya kesan radang/inflamasi pada kulit akibat radikal bebas. Radikal bebas apabila terlalu banyak menyebabkan melanin (pigmen gelap) terhasil tidak normal.
Melanin menjadi terlalu banyak hingga belakunya jeragat.
Dan jeragat akan menjadi makin teruk dan menebal apabila sering terdedak kepada cahaya matahari.
Resveratrol yang terdapat di dalam Vivix Shaklee ini juga telah diuji 95% ia dapat menghalang kerosakan sel yang menyebabkan jeragat berlaku. Ia bertindak dengan cara meneutralkan kesan sinar UV pada kulit.
Vivix shaklee membantu membaiki sel-sel di dalam badan termasuk sel kulit.
Jeragat juga sebenarnya tanda sel-sel kulit kita mula rosak dan penanda awal penuaan kulit sudah berlaku.
Vivix mengandungi campuran polifenol dan resveratrol yang 13 kali ganda lagi berkesan untuk melawan kerosakan sel-sel dan melawan penuaan pada peringkat selular (DNA).
5. Gla complex
Bantu betulkan hormon yang bermasalah
Diantara faktor mengapa jeragat sukar untuk dihapuskan adalah kerana masalah hormon yang tidak seimbang.
Sebab itu, kalau kita sapu krim tiada kesan atau buat rawatan laser, ia muncul kembali.
Sebenarnya pengambilan Gamma Lenolenic Acid (GLA) sangat penting kepada kita kaum wanita bagi membantu menstabilkan hormon setiap masa.
Ia membantu menghilangkan jeragat dengan cara mengawal paras hormon estrogen dan testosteron.
Apabila hormon kita stabil, kulit kita akan menjadi lebih sihat dan kuat.
Bermula dari situ, kita dapat melihat jeragat akan mulai pudar dan lama-kelamaan hilang.
6. Collagen powder
Bantu tingkatkan Kolagen Di dalam Tubuh dan Cerahkan Kulit.
Selepas usia 20 tahun, purata kadar kehilangan kolagen di dalam badan adalah di sekitar 1-4 g setiap hari.
Apabila kolagen semakin berkurangan, kulit akan mula melemah dan hilang keanjalan.
Sel kulit akan hilang kekuatan dan menjadi mudah rosak.
Di antara kesan kerosakan sel kulit adalah timbulnya jeragat dan pigmentasi.
Kita boleh mengambil suntikan kolagen namun risiko yang mungkin anda alami adalah berlakunya alahan atau jangkitan. Kesannya juga adalah untuk sementara waktu.
Kita juga boleh mengambil krim luaran. Namun molekul kolagennya terlalu besar untuk diserap ke dalam kulit maka kita tidak akan dapat kesan seperti yang kita harapkan.
Collagen Powder Shaklee merupakan kolagen yang paling berkesan dan terbaik yang kita boleh jumpa.
Ia mempunyai berat molekul kolagen yang amat rendah iaitu sebanyak 1000 Dalton berbanding molekul kolagen biasa 300,000 Dalton.
Jisim molekul yang rendah = kadar penyerapan unggul.
SET JERAGAT PREMIUM
1. Vivix
2. Collagen powder
3. Vitamin e
4. Gla complex
5. Vitamin c
6. Esp
SET JERAGAT MEDIUM
1. Esp
2. Gla complex
3. Vitamin c
SET JERAGAT BUDGET
1. Gla complex
2. Vitamin c
Kesan depends pada tahap kronik jeragat seseorang.
Untuk masalah jeragat biasanya memang amik masa yang lama. Sebab jeragat ni berpunca dari lapisan ketiga kulit kita.
So kita kena hapuskan dari akar umbi.
Saya percaya produk Shaklee ini dapat membantu menambah baik kecantikan dan kesihatan anda. Segera hubungi Imah 0197662580 untuk saya bantu anda.
Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :
FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN
#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#teamleadership
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan
No comments:
Post a Comment