Semua orang sedang menghadapi masalah kewangan. Ada yang di berhentikan kerja dan ada pula yang diberi cuti tanpa gaji. Melihat pada keadaan ekonomi Malaysia sekarang ramai yang menanggung kesan negetif. Oleh itu kita perlu ambil satu tindakan bagi meningkatkan ekonomi diri sendiri dan keluarga.
Salah satu cabangnya ialah dengan melakukan Bisnes Online. Saya sendiri telah melakukan bisnes online ini hampir 5 tahun secara serius.
Dalam entri ini saya nak kongsikan 10 Tips Bisnes Online Bagi Mereka Yang Baru Nak Mula. Untung adalah nombor 2 bagi saya.
Untuk mengekalkannya dan terus bertahan, ini adalah perkara yang perlu anda titikberatkan jika nak bisnes online ini kekak efektif.
1. Cari Ilmu Berkaitan Bisnes Online
Kenapa perlu cari ilmu? Sebab kalau kita ada pengalaman tanpa ilmu segala cabang bisnes tak akan menjadi dan tak cukup.
Orang yang berjaya pun tak pernah putus mencari ilmu untuk memperbaiki taraf bisnes dari masa ke semasa. Apatah lagi kita yang baru nak berjinak-jinak dalam bisnes online.
Dengan adanya ilmu yang cukup, kita boleh mulakan bisnes tanpa rasa takut rugi dan mungkin tiada keuntungan.
2. Mulakan bisnes online dengan modal paling rendah.
Masa nak mula bisnes tu jangan nak keluarkan modal besar-besar terus. Sebab takut silap langkah, bahaya.
Mulakan dengan bisnes kecil-kecil dulu.
Bagi yang bisnes online, mulakan dari dropship. Kemudian baru upgrade jika kena pada waktunya.
Jangan tamak jika kita sudah mendapat untung yang banyak kerana orang yang tamak itu selalu rugi. Ingat!!!
3. Sentiasa melihat kisah motivasi dan kejayaan orang lain.
Dalam sifat manusia pasti ada rasa cemburun Rasa cemburu itulah yang boleh digunakan untuk kebaikanm Bila tengok kisah-kisah kehidupan dalam perniagaan diorang memang boleh dijadikan inspirasi.
Cemburu itulah yang membawa kepada sifat positif untuk berkaya macam mereka. Mungkin lebih dari mereka
Jadikan kisah jatuh bangun mereka dalam bisnes sebagai pengajaran dan tambah baikkan pada hidup anda. Bila down... tonton movie, baca buku-buku ysmg boleh menaikkan semula semangat anda.
4. Pergi seminar perniagaan dan yang berkaitan.
Pergi la seminar apa-apa pun tak kisah. Training ke, motivasi ke, yang penting ianya boleh kekalkan momentum anda untuk berada dalam circle yang positif.
Dengan hasil seminar yang kita pergi mungkin diantaranya akan membuatkan kita untuk ikut apa yang mereka kongsikan untuk meraih kejayaan dalam bisnes online.
Sekarang pun seminar boleh juga kita ikuti melalui online tidak hanya tertumpu kepada seminar secara bersemuka. Nak seribu daya, tak nak seribu dalih.
5. Ingat semula tujuan besar untuk mulakan bisnes online (BIG WHY)
Semua orang ada BIG WHY dalam hidupnya. Kalau tak de tu, cuba fikirkan semula. Sebagai contoh:
• nak bawa mak pergi umrah
• nak beli kereta baru
• nak pergi melancong
• nak bayar rumah habis
• tak nak ada hutang
Bila rasa putus asa, kecewa dan marah dengan orang lain atau diri sendiri, ingat semula BIG WHY anda, usah peduli apa kata orang. Mereka tak tahu apa MATLAMAT kita, tapi kita tahu apa MATLAMAT kita.
6. Dapatkan Mentor dan mula belajar. Pastikan mentor yang pakar dalam marketing offline dan online.
Sebelum anda mula buat bisnes online, pastikan anda dapatkan mentor yang betul-betul layak untuk guide anda dulu. Pastikan mentor yang bakal bimbang anda itu adalah pakar dalam marketing secara offline dan online.
Tiga Faktor Utama yang buat orang baru gagal dalam bisnes online antaranya:
✓ Tiada Mentor yang pakar untuk membimbing dengan cara yang berkesan.
✓ Tiada Produk yang berkualiti yang sustain lebih 20 tahun.
✓ Tiada Sistem yang membantu untuk lebih mudahkan bisnes berkembang.
Dengan sertai Team Bisnes kami, anda boleh elakkan kesilapan ini kerana kami ada kelebihan; Mentor yang Pakar Internet Marketing, Produk sudah 100 tahun berkualiti tinggi dan juga kami ada Sistem yang boleh membantu kembangkan bisnes online anda ke tahap yang lebih advanced lagi.
Ketiga-tiga faktor ini yang akan membantu anda bersama Team Bisnes kami.
7. Mesti kena jatuh cinta dengan produk.
Kita tak boleh jual apa-apa pun kalau kita tak bangga dengan apa yang kita ada.
Macam mana kita nak bercakap tentang produk kita, produk shaklee yang terbaik kalau kita tak rasa bangga pun, kita tak rasa menghargai apa yang kita ada.
Begitu juga produk Shaklee yang paling terbaik antara semua produk shaklee iaitu Peluang Bisnes Shaklee. Business Opportunity. Ini lah produk shaklee paling baik.
Namun, kalau kita tak cinta, kita tak sayang, kita nak cerita kepada orang pun kita tak yakin.
Oleh itu mesti cinta, faham, sayang pada bisnes shaklee dan pada produknya.
8. Berusaha untuk mengumpul database pelanggan
Database is the biggest asset in business
Itu yang sering kita dengar, tapi apakah sebenarnya yang dimaksudkan tu?
Maksud nya di sini ialah menyimpan emel pelanggan seperti menyimpan emas.
Kita sering terputus hubungan dengan rakan2 sekolah atau pun jiran tetangga di sebabkan kehilangan telefon atau menukar handfon baru.
Namun, seseorang tidak pernah akan kehilangan emel. Alamat emel yang dibina sepuluh tahun yang lalu akan tetap utuh disimpan di alam maya.
9. Bina Satu Blog
Bagi saya, blog ialah tempat yang tepat untuk mulakan bisnes online. Ia adalah tempat untuk kita cari dan kumpulkan prospek.
Kalau anda tak pandai nak menulis ataupun nak update setiap minggu, buat landing page pun dah okey. Asalkan ada tempat untuk anda sampaikan mesej.
Bila kita dah berjaya kumpulkan audiens di satu tempat, kita boleh menjual dengan mudah.
Saya sendiri sebenarnya menjual di blog.
Melalui Kartel Digital ini misalnya, saya buat duit dengan menjadi affiliate bagi beberapa produk digital.
Walaupun tujuan utama saya ialah untuk share cara buat duit online dengan anda, saya gunakan juga peluang ini untuk jana wang secara pasif.
Kalau anda nak buat blog dan tak tahu macam mana nak bermula, ikuti panduan yang saya dah tulis ni.
10. Jangan putus berdoa dan ingat Allah pemberi rezeki
Setiap apa yang kita nak lakukan, semua adalah dari rancangan yang telah diaturkan oleh Allah SWT. Kita yang membentuk perancangan yang ditetapkan itu berjaya atau sebaliknya. Kekayaan tanpa doa dan selalu ingat pada Allah SWT pasti akan pincang di mana-mana keadaan.
Lupa diri juga adalah punca kejayaan itu gagal ditengah jalan.
Doa merupakan elemen yang penting untuk mencapai sebuah kejayaan. Tetapi doa mungkin dianggap perkara yang remeh bagi sesetengah orang. Manakala orang yang mengaku dirinya islam, doa merupakan medium yang paling berkesan dalam menentukan arah tuju kehidupan.
Boleh di katakan setiap detik kehidupan sehari kita,pasti ada doa-doa yang tertentu,kerana doa itu merupakan senjata dalam memperolehi kejayaan
Semoga 10 tips bisnes online di atas ini mampu membantu anda yang baru nak mula.
Kunci kejayaan sebenar adalah terletak kepada displin diri dan bukan hanya bergantung kepada kebijaksanaan yang dimiliki semata-mata.
Orang yang mempunyai tabiat yang positif merupakan orang yang semakin dekat dengan kejayaan kerana meletakkan diri mereka dalam persekitaran yang berjaya.
Mula Sekarang !
Anda boleh mulakan bisnes online sekarang dengan menghubungi saya ,Anda boleh Call/ Whatsapp/SMS. di 019-7662580
Klik butang di bawah untuk respon pantas
Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :
Facebook Page , Instagram & TikTok
Bagi yang berminat untuk mencuba dan menjana pendatan bersama bisnes online Shaklee ini boleh terus menghubungi Imah. Nanti Imah akan terangkan dan bantu anda. Klik gambar untuk pautan whatsapp.
FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN
#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#teamleadership
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan
No comments:
Post a Comment