Bermimpi untuk melancong ke seluruh dunia tetapi kekangan wang sering menjadi penghalang kepada impian tersebut? Sememangnya melancong merupakan antara hobi yang mahal dan sukar untuk dilaksanakan bagi kebanyakan orang.
Sebelum melancong, pastinya anda memerlukan perancangan yang baik dan teratur supaya percutian anda penuh keseronokan dan memberikan kenangan yang cukup bermakna buat anda sekeluarga. Jom ikuti panduan tips travel di bawah untuk membantu melancarkan percutian anda.
1) Sediakan wang yang secukupnya kerana ia akan menyusahkan diri sendiri jika anda tidak mempunyai wang mengikut bajet yang telah ditetapkan.
2) Pastikan pakaian dan keperluan penting anda yang lain mencukupi supaya tidak berlaku pembaziran. Sebagai contoh, anda ke pantai dan tidak mempunyai pakaian mandi. Justeru anda terpaksa membeli pakaian mandi di kawasan pelancongan dan sudah tentu harganya mahal.
3) Peta sangat penting kerana ia membantu anda dalam banyak perkara. Sebaiknya belilah buku travel yang mengandungi peta, nombor telefon, alamat destinasi dan lain-lain.
4) Rancang perjalanan lebih awal seperti menempah hotel, tiket perjalanan pergi balik ke destinasi yang dituju.
5) Pastikan kenderaan yang dipandu (kenderaan sendiri) dalam keadaan bak dan selamat. Sebaiknya hantar ke pusat servis untuk diperiksa.
6) Berbaloi atau tidak untuk mendapatkan cenderamata setiap kali anda melancong? Pada zaman teknologi masa kini, untuk lebih menjimatkan wang, gunakan aplikasi gambar yang pelbagai untuk merakam segala aktiviti menarik, tempat bersejarah dan adat tempatan untuk diabadikan sebagai memori. Malah, kenangan seumpama itu dapat disimpan dengan lebih lama.
7) Bahasa amat penting. Jika melancong dalam dan luar negara, belajarlah asas bahasa dan dialek.
8) Last but not least supplemen tambahan. Maklumla bila travel jauh ni kesihatan haruslah dijaga dengan baik.
Ubatan penting sebagai langkah berjaga. Contoh boleh bawa ubat demam, sakit kepala, muntah atau mabuk, dan minyak angin.
Ada juga yang turut membawa suplemen. Ini bagi pengamal vitamin boleh bawa mana-mana yang sesuai. Contoh boleh bawa suplemen vitamin C, untuk imun, bersin dan selsema, ostenutrix (ada kalsium + magnesium untuk tulang, sakit badan, tidur lena), multivitamin vitalea untuk cukupkan nutrisi masa travel, resv untuk bantu beri tenaga sepanjang berjalan seharian, juga tinggi antioksidan.
Dan akhirnya tips travel terbaik yang boleh digunakan untuk menjimatkan belanja ketika melancong adalah untuk sentiasa “stick to the plan” atau ikut perancangan secara berdisiplin. Pasti anda mampu untuk menikmati percutian yang menarik tetapi menjimatkan.
Akhir kata, Selamat bercuti & semoga bermanfaat.
Klik gambar di bawah untuk terus kepautan wasap Imah ya.
Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :
Facebook Page , Instagram & TikTok
FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA
PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA
#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#teamleadership
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan
#pengedarshakleesubangjaya
#codvitaminshakleeusj
No comments:
Post a Comment