Friday, 14 July 2023

KEUNIKAN VIVIX YANG TIADA PADA SUPLEMEN LAIN



Tahukah anda Vivix adalah salah satu produk Shaklee yang amat popular saat ini. Vivix ni banyak khasiat dan manfatnya untuk kesihatan kita. Bukan setakat minuman botani biasa, Vivix juga mengandungi Resveratrol yang amat baik untuk bantu tingkatkan sistem imun tubuh badan kita. Cecair merah pekat yang buat semua orang akan jatuh cinta. Keunikan Vivix memang akan membuat kita jatuh cinta jika mengetahuinya.


Cara Vivix Shaklee Memberi Nutrisi Pada Sel Dan Cara Vivix Shaklee Bertindak Pada Sel


Vivix bertindak sehingga ke akar umbi kerana terus sampai  kepada sel-sel badan kita. Tahu kan tubuh badan kita ni terdiri daripada berjuta-juta sel yang kemudiannya membentuk organ-organ, sel darah dan seterusnya melengkapkan satu sistem badan manusia yang sangat kompleks.


Vivix bertindak melalui 4 cara : 


1.Meningkatkan Pertahanan Sel


Badan mempunyai "Suis induk" yang dikenali sebagai Nrf2 untuk mengaktifkan proses detoksifikasi dan pertahanan sel. Gabungan polifenol yang sempurna telah diakui secara sinergis mengaktifkan "suis induk" supaya dapat:


• Mengurangkan keradangan dengan mengoptimumkan sistem imun.

• Meningkatkan proses detoksifikasi terutamanya di hati.

• Meningkatkan tahap antioksidan dalam badan.

• Mengurangkan tekanan biologi dalam badan.



2. Meningkatkan Tenaga Sel


Sel kita mengandungi "loji kuasa" tenaga dipanggil mitokondria. Ia menghasilkan tenaga supaya anda merasa bertenaga sepanjang hari. Walau bagaimanapun, pengeluarannya menurun dengan peningkatan umur dan gaya hidup tidak sihat. 


Polifenol dikenali untuk:

• Menggalakkan fungsi mitokondria yang sihat supaya ia meningkatkan pengeluaran tenaga secara optimum.

• Membantu meningkatkan pengeluaran mitokondria jadi badan mempunyai lebih banyak "loji kuasa" untuk menghasilkan tenaga.


3. Menggalakkan Pemulihan Sel


Sel-sel anda terdedah kepada pelbagai serangan daripada radikal bebas atau pencerobohan alam sekitar yang merosakkan DNA anda setiap hari, yang boleh mengakibatkan kematian sel. 


Polifenol boleh membantu:

• Melindungi kerosakan DNA.

• Menyokong mereplikakan DNA untuk fungsi sel yang lebih sihat.


4. Mengoptimumkan Prestasi Sel


Semakin badan berusia, fungsi organ merosot, memburukkan penyakit degeneratif seperti jantung, ginjal dan diabetes. 


Kajian menunjukkan bahawa:

• Polifenol dari benih dan kulit anggur muscadine boleh menggalakkan kesihatan dan jangka hayat sel.

• Penggunaan polifenol daripada anggur muscadine mungkin mempunyai beberapa faedah dalam mempengaruhi perkembangan keadaan kencing manis.

• Polifenol campuran anggur muscadine, ekstrak Polyganum Cuspidatum, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah boleh menghentikan kerosakan selular.

• Polifenol mungkin mempunyai kesan perlindungan terhadap sistem kardiovaskular dan meningkatkan kepekaan insulin.


Keunikan Ramuan Vivix Shaklee


Ramuan Vivix shaklee mengandungi campuran polifenol yang hebat membantu anda mendapatkan sel yang sihat dan kesihatan yang hebat secara menyeluruh. 


Vivix shaklee 10 kali ganda lebih berkuasa daripada Resveratrol sahaja.




1. Anggur Muscadine



Ramuan Anggur Muscadine yang terkandung di dalam Vivix shaklee adalah anggur luar biasa dengan kromosom tambahan mengandungi asid elagik dan elagitanin. Ia berfungsi sebagai:


• Menghalang dan mengurangkan pertumbuhan sel yang tidak normal

• Memanjangkan umur dan pengeluaran tenaga pada peringkat sel

• Mengawal atur tahap glukosa darah yang sihat


2. Elderberi Eropah



Elderberi Eropah yang terkandung di dalam Vivix shaklee mengandungi antosianin. Antosianin adalah polifenol yang membantu terhadap sel:


• Meningkatkan perlindungan imun

Properti anti-bakteria dan anti-virus

• Menggalakkan perkembangan sel-sel normal dan sihat


3. Lobak Ungu



Lobak Ungu adalah salah satu ramuan yang terkandung di dalam vivix. Ia mengandungi antosianin di mana adalah polifenol yang membantu meningkatkan kesihatan sel :


• Menggalakkan penglihatan yang sihat

• Meningkatkan keanjalan salur darah

• Mengurangkan keradangan


4. Polygonum Cuspidatum/Knotweed Jepun



Polygonum Cuspidatum yang terkandung di dalam Vivix shaklee mengandungi resveratrol. Ia membantu :


• Menggalakkan kadar keradangan yang sihat

• Meningkatkan peredaran darah

• Merencatkan pergumpalan platelet darah


SHAKLEE VIVIX® merupakan Kejayaan Revolusi dari Shaklee dalam menghasilkan Minuman Botani yang Lazat untuk manfaat manusia sejagat. 


Keistimewaan Vivix Shaklee



Minuman botani lazat yang mengandungi campuran botani Anggur Muscadine, Ekstrak Eldeberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.


Keistimewaan Vivix shaklee adalah berasaskan daripada bahan semulajadi iaitu:



• Dengan kemajuan saintifik, campuran proprietari berasaskan anggur muscadine, salah satu buah yang paling jarang didapati dan paling kuat, digabungkan dengan campuran Rejuvetrol™ yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah.

• Meningkatkan kepekatan asid elagik dan elagitanin yang apabila digabungkan dengan polifenol lain menghasilkan kuasa antioksidan yang sangat hebat.

• Semulajadi - tiada perisa tiruan, pemanis, pewarna atau pengawet.

• Proses pengekstrakan yang telah dipaten bantu mengekalkan bioaktif polifenol.

• Dicipta daripada penyelidikan klinikal yang berjaya termasuk Kajian Landmark, salah satu kajian klinikal terbesar tentang kesan jangka panjang pengambilan suplemen dan Kajian Telomere.

• Diuji lebih daripada 16,000 kali untuk keselamatan dan kualiti semasa dicipta.

Minuman botani yang lazat.

• Disahkan halal oleh Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf oleh JAKIM.


Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Vivix Shaklee


Anggur muscadine mengandungi polifenol yang tinggi


ANGGUR MUSCADINE YANG AMAT BERKUASA di antara 8,000 jenis anggur di dunia, anggur Muscadine adalah salah satu anggur terbesar dan jarang didapati. Besar, tebal dan penuh dengan antioksidan, telah menarik perhatian saintis di Shaklee, untuk menjadikannya dalam bentuk minuman yang sihat, juga pekat.


• Kulit dan Benih yang Tebal = Kuasa Antioksidan

• Lebih Kromosom = Kuasa Antioksidan Tambahan

• Polifenol = Kawan Baik Kesihatan Anda


Keunikan Campuran Sempurna Polifenol


Selain buah anggur Muscadine yang amat berkuasa, ia juga dicampurkan dengan Rejuvetrol™ yang sedang dipatenkan iaitu campuran Ekstrak Knotweed Jepun, Ekstrak Lobak Ungu dan Ekstrak Eldeberi Eropah untuk meningkatkan keberkesanan dan memberikan spektrum perlindungan yang lebih luas. 


Shaklee menggunakan proses ekstrak yang dipatenkan untuk mengekalkan kuasa antioksidan dan polifenol supaya anda boleh hidup sihat dan bertenaga dengan minuman botani yang lazat ini! 


Manfaat Polifenol



Bila kita mengambil tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan yang ada polifenol, kita akan mendapat antioksidan yang tinggi :


• Melindungi dan memperbaiki DNA

• Merangsang prestasi sel, melambatkan pembentukan AGE protein

• Meningkatkan tenaga sel, memperbaharui dan mengembalikan sel

• Melambatkan pemendekan Telomere dalam kromosom DNA.


Vivix juga mengandungi Resveratrol


Resveratrol di dalam Vivix 10 kali ganda lebih hebat dari resveratrol itu sendiri. Dan setiap hidangan Vivix ( satu sudu) menyediakan 100 mg resveratrol. 


Resveratrol ini juga mengandungi resveratrol semulajadi sebanyak 98% kandungannya. Ini menunjukkan Vivix adalah suplemen anti-penuaan terbaik. Ia sangat tulen dan unik.



Apakah Resveratrol yang terkandung dalam Vivix?



Kebaikan resveratrol di dalam Vivix Shaklee ini bersamaan 3000 gelas arak merah. Tetapi Vivix Shaklee 10x lebih bertenaga daripada resveratrol. 


Dan ia TIDAK mengandungi alkohol sebaliknya Vivix Shaklee menggunakan bahan semulajadi yang terbaik dan bermanfaat untuk kesihatan menyeluruh.


FUNGSI RESVERATROL


• meningkatkan tahap kesihatan

• berdasarkan kajian, resveratrol berupaya perlahankan penuaan seldan rangsang jangka hidup sel untuk lebih lama dan beri kesan positif pada DNA


Macam mana hebat tak Vivix? Memang tak hairan lah sesapa yang pernah try Vivix pasti akan repeat order. Bagi diorang kesihatan sangat bernilai dan tak terbayar dengan wang ringgit.


Jika dah ada keterujaan tu cepat-cepat lah hubungi Imah 019-7662580 ya. In Sha Allah anda akan dapat layanan istimewa dengan konsulatasi yang lengkap.


Untuk info lebih lagi boleh kilk dalam blog anakkuwira.com


In Sha Allah dalam entry lepas ni saya akan kupaskan macam mana Vivix bertindak menolong mereka yang sedang mengalami penyakit berbahaya dan serius. Wallhualam.


Bagi yang berminat untuk mencuba dan menjana pendatan bersama bisnes online Shaklee ini boleh terus menghubungi Imah. Nanti Imah akan terangkan dan bantu anda. Klik gambar untuk pautan whatsapp.



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :

Facebook Page , Instagram & TikTok



FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

No comments:

Post a Comment

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee!

Anda ingin turunkan berat badan?? Anda tercari-cari set kurus yang selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serta bahan kimia yang merbaha...