Amalan gaya hidup sihat merupakan kunci utama kepada kesejahteraan insan. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Amalan gaya hidup sihat didefinisikan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cergas, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit berlandaskan keadaan sosial dan masyarakat. Definisi ini menegaskan bahawa status gaya hidup yang sihat ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat, berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.
1. Stress ( Jauhkan Diri Daripada Tekanan Diri )
Pengamalan juga melibatkan pengurusan tekanan diri atau stres. Tekanan diri adalah gejala negatif yang semakin menular dalam kalangan masyarakat pada masa kini. Ianya melibatkan tekanan yang sukar dikawal sama ada di tempat kerja atau tempat belajar selain daripada masalah rumah tangga. Seseorang yang mengalami tekanan diri ini perlulah bijak mencari formula untuk menguruskannya supaya fikiran tidak kusut sehingga mengganggu kehidupan harian kita serta akhirnya boleh menjejaskan kesihatan diri.
Antara langkah yang dapat dilakukan untuk menangani tekanan diri ialah seperti:-
• Meminta pendapat atau pandangan orang yang lebih pakar ataupun kaunselor
• Berkongsi masalah dengan rakan atau keluarga
• Mendekatkan diri kepada Tuhan serta aktiviti keagamaan untuk terus memotivasi diri
Tekanan diri yang dapat diuruskan dengan baik membolehkan diri kita supaya hidup lebih bahagia dan sihat. Gaya hidup yang sihat memerlukan kita supaya terus aktif dan keluar dari rasa kemurungan disebabkan tekanan diri mahupun kehidupan yang tidak teratur.
2. Screening ( Menghindarkan diri daripada aktiviti negatif yang boleh menjejaskan kesihatan )
Selain itu, kita juga hendaklah mengelakkan aktiviti-aktiviti yang negatif yang memberi impak tidak baik terhadap tubuh badan kita. Hal ini demikian kerana aktiviti sedemikian boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan kita dalam jangka masa panjang. Contoh aktiviti negatif tersebut adalah seperti:-
✓ Penagihan dadah
✓ Ketagihan arak
✓ Seks rambang
✓ Menghisap rokok
Secara jelasnya, tabiat seperti menghisap rokok ini boleh menyebabkan seseorang mendapat penyakit jantung dan paru-paru. Dengan menghindari merokok juga, anda juga dapat menggunakan wang tersebut untuk menabung dan bercuti atau melakukan aktiviti-aktiviti lain yang dapat memberi keseronokkan. Tambahan pula, dengan meminum arak akan mendatangkan implikasi teruk kepada mental serta fizikal kepada mereka yang mengambilnya. Selain itu, dengan terjebaknya seseorang itu kepada penagihan dadah juga boleh menyebabkan punca berlakunya gejala sosial dalam masyarakat.
Sebagai peringatan, sesiapa yang terjebak dalam aktiviti negatif ini bukan sahaja akan menerima kemudaratan kepada diri sendiri, bahkan juga dipandang serong malahan bakal disisihkan oleh masyarakat. Oleh itu, marilah kita semua meningkatkan kesedaran dan kefahaman kita terhadap bahaya penyalahgunaan dadah mahupun rokok serta arak. Mengawal dan mencegah daripada berlakunya kegiatan buruk ini bukan sahaja untuk menjamin kesihatan individu semata-mata malahan memberi kebaikan kepada masyarakat.
3. Stomach ( Amalkan Makanan Yang Lengkap Nutrisi & Seimbang )
Perkara paling penting dalam mengamalkan gaya hidup sihat adalah dengan mengamalkan pemakanan yang seimbang. Ianya meliputi pengambilan pelbagai jenis makanan berdasarkan piramid makanan yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Antara makanan-makanan yang paling utama atau perlu diambil berdasarkan piramid makanan adalah makanan yang tinggi kandungan karbohidrat seperti:
• Nasi
• Bijirin
Hal ini diperlukan kerana karbohidrat membekalkan tenaga untuk membolehkan tubuh badan kita dapat menjalankan pelbagai urusan kehidupan seharian. Seterusnya, pengambilan makanan yang digalakkan berdasarkan piramid makanan adalah seperti:-
• Sayur-sayuran
• Buah-buahan
Mengambil makanan tersebut dengan secukupnya penting untuk membekalkan vitamin serta serat kepada badan manusia. Di samping itu, berdasarkan piramid makanan juga, ia menganjurkan pengurangan makanan yang mengandungi lemak, minyak, garam, dan gula. Ini kerana ia dapat mengelakkan pelbagai penyakit kronik seperti serangan jantung, diabetes, darah tinggi dan sebagainya.
4. Supplemen Kesihatan
Supplemen kesihatan yang kita ambil bertujuan melengkapkan nutrisi untuk tubuh badan kita, kena pastikan organ dalam tubuh badan kita dapat nutrien yang diperlukan untuk kekal sihat.
Ramai antara kita yang masih ragu-ragu akan kepentingan supplemen kepada diri kita. Ada yang fikir, dah makan sayur-sayuran, buah-buahan, minum susu setiap hari dah cukup lengkap nutrisi. Tapi sebenarnya banyak lagi yang kita tak tahu tentang kemana hilangnya nutrisi makanan sebelum masuk ke mulut dan seterusnya ke dalam perut kita.
Majoriti makanan yang kita makan telah termusnah nutrisinya semasa proses penyediaannya lagi. Ini menyebabkan kita hanya dapat rasa lazat daripada makanan tersebut tetapi tanpa nutrisinya.
Dos untuk setiap nutrisi yang diperlukan oleh tubuh adalah berbeza. Ada sebahagian nutrisi yang tubuh kita perlukan adalah lebih berbanding nutrisi-nutrisi yang lain.
5. Sports ( Kerap Bersenam )
Senaman ni banyak faedahnya, antaranya adalah membantu mengawal berat badan dan menjadikan tulang lebih kuat. Semasa bersenam, kita menggerakkan banyak anggota tubuh dan badan akan mengeluarkan peluh. Ia akan membuatkan tubuh badan kita terasa lebih segar dan cergas dengan pengaliran darah yang baik setelah bersenam. Tahap gula dalam darah juga akan lebih stabil apabila kita kerap bersenam dan tidak berlebihan berat badan.
6. Sleep ( Dapatkan tidur yang cukup )
Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur anda, jangan hari ini tidur jam 12 malam, esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi. Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari. Walau sesibuk mana pun anda, pastikan tidur anda mencukupi.
Mulakan amalan gaya hidup sihat dengan mengubah sikit demi sikit dalam setiap aspek kehidupan. Mulakan dengan langkah kecil dan tambah baik dari semasa ke semasa. Ingat, ia adalah sebuah perjalanan bukannya destinasi.
7. Solat untuk sihat
Semua ibadat yang diperintahkan Allah SWT memberikan kesan positif buat pelakunya. Mukjizat sains disingkap oleh pakar satu demi satu dalam ibadat rutin yang kita laksanakan.
Dengan berkembangnya ilmu pengetahuan, kita mendapat pengertian dan hakikat ilmiah yang begitu menakjubkan.
Manusia mencari pelbagai cara untuk hidup dengan sihat. Benarlah kata-kata, ‘Mencegah lebih baik daripada merawat.” Pentingnya ibadat, ia mampu mencegah pelbagai jenis penyakit sama ada dari sudut fizikal, mental mahu pun sosial.
Ia terbukti secara ilmiah dari sudut perubatan. Dalam kajian pensyarah Universiti Malaya, Prof Madya Dr Fatimah Ibrahim yang juga penulis buku Solat Dari Perspektif Sains mendapati ada kesan pergerakan solat terhadap komposisi badan, denyutan jantung dan rawatan mati pucuk. Ternyata, manusia memerlukan solat untuk hidup lebih sihat. Ia keperluan bukan beban. Dengan solat, seseorang dapat kerehatan dan menjadi tempat mereka memohon pertolongan.
Kini terdapat banyak pusat kesihatan di seluruh dunia mengubati penyakit dengan berpuasa. Puasa sebagaimana puasanya umat Islam adalah paling ideal dan pertengahan untuk diamalkan.
Ibadat solat, puasa, zakat dan haji adalah Rukun Islam. Apabila dikaji, ia ternyata berperanan bagi mengubati pelbagai jenis penyakit.
Umat Islam perlulah menghargai dan mensyukuri nikmat Rukun Islam itu dan mengamalkannya secara bersungguh-sungguh.
Lakukannya dengan penuh ikhlas kerana Allah SWT akan menganugerahkan nikmat kesihatan, in- sya-Allah. Namun, ikhtiar saintifik lain juga jangan ditinggalkan.
Apabila usaha kita lebih menyeluruh, kesannya juga pasti lebih baik.
Walau apapun penemuan sains, kita perlu sentiasa ingat bahawa syariat Islam seperti solat, puasa, zakat dan haji termasuk ibadat yang bersifat madhah dan mengikat bagi setiap umat Islam.
Seharusnya ia dilaksanakan dengan penuh kesedaran. Sebab itulah, generasi awal terdahulu tetap beribadat kerana mereka yakin setiap syariat, baik berupa perintah atau larangan pasti ada hikmah dan manfaat yang kembali kepada orang yang melaksanakannya.
Mereka setia mentaati Allah SWT meskipun belum banyak antara manusia mengetahui hikmah dan manfaat syariat pada masa itu.
Pada zaman ini, kita yang dianugerahkan pengetahuan hasil penemuan sains terhadap hikmah ibadat sepatutnya dapat meningkatkan lagi iman kita. Dalam kajian ilmiah oleh Dr Jamal Muhammad Az-Zaki dalam buku Hidup Sihat Tanpa Ubat beliau mendedahkan perkaitan antara syariat dan kesihatan manusia yang bersifat fizikal dan mental.
Akhir sekali, bagi melengkapkan kesemuanya, anda perlulah melindungi gaya hidup sihat anda ini. Andai berlakunya musibah seperti kemalangan, sakit atau kematian, perlindungan takaful mampu menyelamatkan anda dan keluarga.
Sesihat mana pun kita, kematian itu pasti, jadi sediakan hibah takaful buat orang yang tersayang. Kita juga tidak mampu menjamin kesihatan kita pada masa akan datang, sebaik mana pun kita menjaga kesihatan, risiko sakit masih ada, ambillah kad perubatan bagi melindungi kewangan anda.
Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ |
Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580
FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN
#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#teamleadership
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan
No comments:
Post a Comment