Monday 19 June 2023

8 Petua Tradisional Hilangkan Jeragat Secara Semulajadi


Jeragat adalah tompokan atau pigmentasi warna hitam atau coklat yang timbul di kulit muka dan ia adalah satu gejala yang sangat digeruni oleh semua wanita.

Bila ia dah mula bertapak di wajah, untuk menghilangkannya bukan suatu perkara yang mudah.Jeragat degil ini kadang-kadang disebut juga sebagai tompok-tompok penuaan kerana ia lebih cenderung berlaku dikalangan wanita yang dah berumur.

Walaubagaimana pun tak mustahil ia boleh berlaku pada usia muda.
Jeragat sebenarnya tidak merbahaya tetapi kehadirannya boleh buat akak -akak jadi stress tak tidur malam mencari penyelesaian pada masaalah jeragat degil ini.

Bagaimana Jeragat Degil Ini Boleh Terjadi?

Ada beberapa faktor yang boleh menyebabkan jeragat timbul di kulit muka.Antaranya ialah:

>pendedahan secara berlebihan terhadap cahaya matahari,
>faktor genetik atau keturunan.
>kesan dari pengunaan kosmetik yang mengandungi bahan kimia berbahaya.
>kesan dari penggunaan pil perancang keluarga.
>ketidakseimbangan hormon dalam tubuh.

Petua hilangkan jeragat degil cara tradisional!

Kami tidak akan menafikan bahawa langkah terbaik untuk menghapuskan jeragat di wajah adalah dengan pengambilan ubatan atau rawatan klinikal yang telah diperakui oleh pakar dermatologi.

Pun begitu, itu bukan bermakna anda tidak boleh berbuat sebarang cara yang lain sebagai langkah alternatif. Sebenarnya, penggunaan bahan tradisional termasuk lidah buaya telah lama terkenal.Selain lidah buaya, ada banyak lagi petua hilangkan jeragat degil cara tradisional seperti di bawah:

1.Cuka Epal

Cuka epal boleh membantu untuk mengurangkan tompok-tompok gelap pada kulit yang disebabkan oleh hyperpigmentasi. Ia mempunyai sifat mencerah kulit yang sangat baik serta sifat-sifat astringen yang boleh membantu memulihkan warna semula jadi kulit anda.

Campurkan  cuka dan air dalam jumlah yang sama. Sapukan capuran ini pada bahagian yang ada tompok jeragat. Biarkan selama 2-3 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
Ulang sebanyak 2 kali sehari dan lakukan ini berterusan selama 2 minggu.

2. Yogurt

Yoghurt mengandungi asid laktik yang boleh membantu untuk memudarkan jeragat. Ia sangat sesuai digunakan oleh mereka yang berkulit sensitif.

Caranya ialah dengan meyapu sedikit yogurt pada kawasan yang berjeragat tersebut.
Biarkan beberapa minit sehingga ia kering.
Kemudian bilaslan dengan air. Sapukan dengan sedikit pelembab.
Ulang cara ini sekali sehari sehingga mendapat hasil yang memuaskan.

3. Aloe Vera Bermanfaat Untuk Rambut Dan Kulit

Seperti semua orang tahu, aloe vera mempunyai banyak manfaat seperti kesihatan rambut. Selain bermanfaat untuk rambut aloe vera juga boleh dijadikan sebagai bahan semulajadi untuk menghilangkan jeragat. Sebelum menggunakan aloe vera kena pastikan muka bersih selepas tu baru sapukan gel aloe vera tersebut. Biarkan kering dan selepas itu bilas menggunakan air suam

4. Teh Hijau Mengurangakan Pengeluaran Minyak

Selalunya orang minum teh hijau untuk kesihatan badan, tapi ramai yang tidak tahu yang teh hijau ni juga mampu untuk menghilangkan jeragat. Menurut sumber yang Ohmedia baca, teh hijau mempunyai faedah yang dapat mengurangi pengeluaran minyak dan dapat menghalang penyerapan adrogen dalam kulit. Sapukan pes teh hijau di seluruh bahagian muka, biarkan kering dan dibilas menggunakan air suam.

5. Kulit Kayu Manis Menyokong Perjalanan Kulit

Kebiasaannya orang guna kulit kayu manis ni sebagai rempah untuk memasak. Tetapi kulit kayu manis ini juga sangat berguna sebagai penghilang sakit secara semulajadi untuk jerawat dan memainkan peranan penting dalam menyokong penjanaan kulit semula. Penggunaan kulit kayu manis ini mestilah dicampur dengan 3 sudu besar madu. Madu adalah antibiotik semulajadi yang boleh membantu melembapkan kulit kita. Sapukan ke bahagian jeragat dan biarkan selama 15 minit. Selepas itu, basuh muka menggunakan air suam dan keringkan muka dengan tuala yang bersih.

6. Lemon Sebagai Vitamin Penghilang Jeragat Degil

Lemon yang dikategorikan sebagai keluarga oren ini mengandungi asid dan vitamin yang dapat menghapuskan jeragat yang degil. Mungkin sesetengah orang akan rasa sakit bila lemon ini disapukan di muka kerana rasanya yang menyengat. Tetapi cara ini juga mampu menghilangkan jeragat. Sapukan di bahagian yang berjeragat dan selepas selesai basuh muka dengan air sejuk.

7. Putih Telur Hanyir Tetapi Berkesan

Mungkin cara ini tidak disukai oleh sesetengah orang kerana baunya yang amis dan hanyir. Jika tiada bahan lain untuk digunakan maka putih telur harus di cuba. Seperti biasa, muka harus dibersihkan terlebih dahulu. Sapukan putih telur di bahagian jeragat. Biarkan kering dan sapu untuk lapisan yang kedua. Selepas kering sepenuhnya barulah boleh dibasuh dengan air suam.

8. Skrub menggunakan serbuk oat untuk cara hilangkan jeragat secara tradisional

Siapa sangka oat bukan hanya boleh dimakan bahkan disapu pada kulit? Untuk pengetahuan anda semua, ia akan bertindak sebagai agen pengelupasan kulit semula jadi selain mampu bekerja demi memastikan kulit sentiasa bersih dari segala macam jenis noda.

Boleh disapukan begitu sahaja atau dicampurkan bahan seperti madu serta susu, ia biasa dijadikan sebagai masker kulit wajah. Apa yang menarik, ia boleh digunakan pada waktu tidur malam!

Cara Hilangkan Jeragat Melalui Nutrisi Supplemen

Untuk menjaga dan menyerlahkan kesihatan bermula dari dalam adalah melalui bantuan nutrisi pemakanan seimbang.

Khasiat pemakanan seimbang tidak hanya tertakluk kepada pemakanan biasa seharian.  Ia turut boleh dibantu melalui pengambilan suplemen tertentu

Di Shaklee, terdapat beberapa suplemen yang boleh membantu mengatasi masalah jeragat di muka. Senarai suplemen tersebut ialah:

#1 . Vivix (Highly recomended)
Sebagai cara yang paling mudah dan cepat untuk mengatasi masalah jeragat kronik, cadangan pengambilan Vivix adalah sangat diutamakan.

Vivix membantu mengatasi masalah jeragat dengan sangat berkesan kerana keupayaan fungsinya memperbaiki sel secara dari dalam sehingga ke peringkat DNA.

Vivix membantu mengatasi masalah jeragat dengan sangat berkesan kerana keupayaan fungsinya memperbaiki sel secara dari dalam sehingga ke peringkat DNA.

Vivix meningkatkan keaktifan regenerasi sel untuk menggantikan semula sel-sel kulit yang terjejas atau rosak.ivix meningkatkan keaktifan regenerasi sel untuk menggantikan semula sel-sel kulit yang terjejas atau rosak akibat jeragat.

#2 . Vita-Lea
Melengkapkan keperluan nutrisi tubuh agar sistem tubuh dapat berfungsi dengan lebih baik

#3 . Sustained Release Vita- C
Sebagai antioksidan melawan radikal bebas. Penting untuk pembentukan kolagen. Ia menyekat pembentukan pigmentasi seterusnya mengurangkan komplikasi jeragat.

#4 . Alfalfa Complex
Membantu menyingkirkan toksin dari dalam tubuh, komposisi darah dan saluran usus

#5. Vita-E Complex 
Antioksidan melawan radikal. Membantu keseimbangan hormon dan mengawal kadar minyak dalam liang kulit. Membantu memudarkan parut dan jeragat

#6. ESP (Energizing Soy Protein) 
Membantu menghasilkan sel baru yang lebih sihat. Secara langsung mengurangkan kesan kulit mati dan kekerapan terjadinya jeragat.Kulit akan menjadi lebih sihat, lebih cantik, cerah dan bebas cela

#7 . Zinc Complex
Membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka bagi jeragat yang serius.

#8 . GLA Complex
Membantu menstabilkan hormon dalam tubuh. mempunyai vitamin E untuk kesihatan kulit.

#9 . Collagen Powder
Kolagen adalah komponen penting dalam tubuh kita. Ia sangat penting untuk keanjalan dan kekuatan kulit, rambut, kuku, otot, tulang, mata, salur darah dan sebagainya.Collagen Powder mampu memudarkan jeragat jika diambil dengan konsisten.

Apa Perlu Buat Sekarang?

Ok, nampaknya macam terlalu banyak yang nak kena ambil. Jangan risau, hubungi saya untuk bantuan dan konsultasi khusus mengenai langkah mengatasi jeragat di  muka.

Jika anda mengalami permasalahan yang sama seperti di atas, segera hubungi saya. Dapatkan konsultasi eksklusif dan panduan mengatasi masalah untuk pulihkan kulit rosak akibat kosmetik.

“Kerana Dirimu Begitu Berharga”.

Hubungi kami PENGEDAR SHAKLEE LABUAN | ♥ ID 1161149 ♥ | 

Call/SMS/WhatsApp : 019 766 2580

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook Page , Instagram & TikTok

FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN

#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#teamleadership
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan

No comments:

Post a Comment

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee!

Anda ingin turunkan berat badan?? Anda tercari-cari set kurus yang selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serta bahan kimia yang merbaha...