Friday 8 September 2023

Keperluan Asid Folik Untuk Wanita Mengandung Zaman Sekarang



Asid folik untuk wanita mengandung sentiasa menjadi topik penting yang dibincangkan oleh bakal ibu atau para wanita diluar sana.


Hal ini kerana masih ramai yang tidak tahu akan kepentingan asid folik untuk ibu mengandung.


Pentingnya ia sehinggakan ia sangat disarankan untuk para wanita mengambilnya sebaik sahaja merancang untuk hamil.


Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda mengenai asid folik.


Asid Folik Untuk Wanita Mengandung


Asid folik merupakan vitamin penting yang merupakan sebahagian daripada komponen utama di dalam vitamin B9.


Ia dikenali sebagai folat dan tujuannya adalah untuk menghasilkan sel baru didalam badan setiap hari.


Beza Asid Folik dan Folat


Ramai juga yang tertanya-tanya samada sama atau tidak asid folik dan folat ini.


Ia merupakan dua komponen yang berbeza dan folat merupakan satu terma umum untuk menerangkan pelbagai jenis vitamin B9.


Asid folik pula merupakan salah satu daripada jenis folat yang ada.


Secara umumnya, ia merupakan salah satu daripada bahan yang dihasilkan dalam bentuk sintetik.


Hal ini kerana ia tidak terhasil secara semulajadi dan digunakan sebagai suplemen.


Kepentingan Asid Folik Untuk Wanita Mengandung




Asid folik sangat diperlukan oleh bakal ibu kerana ia akan membantu bayi untuk:


• Mengelakkan kecacatan pada otak

• Mengelakkan kecacatan saraf tunjang


Segala kecacatan ini biasanya berlaku pada fasa awal perkembangan dan pembentukan bayi didalam rahim ibu.


Ia biasanya berlaku dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan.


Apa yang lebih menyedihkan adalah ramai yang terlambat menyedarinya kerana mereka terlambat sedar bahawa mereka sudah hamil.


Dos Asid Folik Untuk Wanita Mengandung



Menurut pakar, mereka menyarankan agar pengambilan dos adalah sekitar 400 mg setiap hari.


Sebaik sahaja anda merancang untuk hamil, anda perlu mengambilnya sebulan sebelum.


Ada juga beberapa kes yang melaporkan bahawa ramai wanita yang mengalami kehamilan di luar jangkaan.


Untuk kes sebegini, jadikanlah pengambilan asid folik sebagai suplemen harian dan dosnya juga adalah 400 mg setiap hari.


Apa yang paling penting adalah tanya doktor anda untuk memastikan anda mendapat dos yang secukupnya.


Ikut saranan dan nasihat daripada doktor anda sekiranya dos yang anda ambil kurang daripada yang sepatutnya.


Anda boleh pertimbangkan juga untuk menukar jenama suplemen anda.


Berapa Lama Anda Perlu Ambil Asid Folik?



Asid folik ibu mengandung biasanya perlu diambil sekitar sebulan atau tiga bulan sebelum kehamilan.


Sebaik sahaja anda disahkan hamil, anda boleh sambung mengambilnya sehingga 5 minggu kehamilan.


Namun, ramai juga yang mencadangkan supaya pengambilan asid folik diteruskan dalam dos yang dibenarkan.


Keperluan asid folik ibu mengandung ini sangat penting untuk memastikan kandungan anda kurang berisiko untuk mengalami kecacatan.


Kesan Kekurangan Asid Folik



Risiko yang akan berlaku jika anda kekurangan asid folik adalah ia mampu untuk meningkatkan risiko kecacatan kelahiran atau neural tube defects (NTD).


Kecacatan NTD ini melibatkan perkembangan saraf tunjang bayi dan perkembangan otak.


Antara kecacatan yang paling biasa dialami adalah:


• Spina bifida : Ia berlaku apabila saraf tunjang dan bahagian tulang belakang bayi anda tidak berjaya untuk ditutup sepenuhnya

• Anencephaly : Merupakan sejenis gangguan yang sangat teruk terhadap perkembangan otak

• Encephalocele : Ia menyebabkan tisu otak mulai menonjol keluar ke kulit melalui bukaan yang ada pada tengkorak

Bagi si ibu pula, mereka akan mengalami masalah kekurangan folat seperti:


Keletihan

• Sakit kepala

• Kulit pucat

• Sakit mulut dan lidah


Supplemen Vitamin B Complex untuk ibu mengandung



Keistimewaan vitamin B Complex Shaklee


• Vitamin B-Complex paling lengkap di pasaran, ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap. 

Sangat penting untuk memilih vitamin B-Complex yang lengkap kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain.


• Mengandungi 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.


• Kandungan 200mg Asid folik di dalam setiap biji vitamin B Complex dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti hasil ciptaan para saintis Shaklee ini menjadi kemestian untuk ANDA memilih vitamin B Complex Shaklee ini!


Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai asid folik.


Ia sangat penting bukan sahaja untuk kandungan dan juga diri anda.


Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat memahami dengan sebaiknya kepentingan asid folik untuk wanita mengandung.


Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :





FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA



#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

No comments:

Post a Comment

Cantik Dan Sihat Dengan Set Kurus Shaklee!

Anda ingin turunkan berat badan?? Anda tercari-cari set kurus yang selamat dan berkesan tanpa kesan sampingan serta bahan kimia yang merbaha...