Kehamilan pastinya saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri yang telah berkahwin, terutama sekali bagi pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata.
Waktu ini tubuh dan emosi si ibu sangat fragile. Maka, si ibu perlukan rehat dan nutrisi yang cukup, untuk kesihatan jasmani dan juga rohani.
Ini kehamilan pertama anda? Tahniah! Wajib baca artikel ini sampai habis tau… 😀
Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil
Setelah disahkan hamil, si ibu perlu mula menitikberatkan kesihatan dirinya, kerana kini nutrisi badannya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk si comel di dalam rahim nya.
Sepanjang 9 bulan ini, tubuh wanita mengandung akan,
• Menghasilkan 50% lebih banyak darah.
• Metabolisme ibu akan membakar tenaga setiap masa demi pembahagian sel dan pertumbuhan organ yang sangat pantas.
• Menggunakan lebih banyak nutrisi dan air.
• Bekerja keras menghasilkan plasenta bayi, yang akan lengkap bila kandungan berusia 4 bulan.
Oleh itu, pengambilan nutrisi dan vitamin yang baik sepanjang kehamilan akan,
• Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.
• Mengekalkan kesihatan si ibu.
• Mengurangkan komplikasi kehamilan.
Sesetengah ibu mengalami masalah morning sickness yang kronik sepanjang kehamilan. Ini menyebabkan wanita mengandung kerap muntah, tiada selera makan, sekaligus menyebabkan kekurangan nutrisi dan zat-zat yang diperlukan oleh badan.
Di sinilah vitamin prenatal memainkan peranan yang penting.
6 Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil
6 jenis nutrisi penting yang perlu diamalkan oleh ibu hamil untuk menyokong kesihatan ibu, dan juga bayi di dalam kandungan ialah:
(1) Multivitamin Multimineral (Vita-Lea Iron Formula )
Multivitamin lengkap dengan Zat Besi. Ibu hamil perlukan ekstra zat besi untuk hasilkan lebih haemoglobin, yang penting untuk mengangkut oksigen kepada bayi.
Kekurangan zat besi boleh menyebabkan risiko anemia kepada si ibu.
(2) Asid Folik & B-Complex
8 kumpulan Vitamin B yang penting, lengkap dengan Asid Folik.
B-Complex menukarkan gula kepada tenaga, memberi tenaga dan menenangkan si ibu. Asid folik penting untuk pembentukan neural tube bayi, yang kemudiannya akan membentuk tulang belakang dan otak bayi. Kekurangan asid folik menyebabkan risiko neural tube defects.
(3) Vitamin-C
Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan asid folik, meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.
Selain daripada itu, Vitamin C bantu menyokong tisu yang sihat, pertumbuhan otot dan tulang. Secara umumnya, Vitamin C baik untuk kesihatan dan menyokong sistem imun sihat.
(4) Kalsium, Magnesium & Vitamin D (OsteMatrix )
Apabila si ibu mengandung, bayi di dalam kandungan perlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat.
Kalsium juga penting untuk kontraksi otot yang baik. Selain daripada itu, pengambilan kalsium yang mencukupi akan melindungi kepadatan tulang.
Jika ibu tidak mendapat kalsium yang cukup dari diet harian, bayi akan mengambilnya daripada tulang ibu, yang akan memberi risiko Osteoporosis kepada ibu di masa akan datang.
Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1,000mg kalsium sehari – sebelum, sepanjang dan selepas kehamilan. Tanpa bekalan kalsium, magnesium dan vitamin D yang cukup, ibu akan cenderung mendapat Osteopenia, dan lama kelamaan menjadi Osteoporosis.
(5) Minyak Ikan Omega-3 (OmegaGuard)
Omega-3 dan DHA penting untuk pembentukan otak dan penglihatan bayi ketika di dalam kandungan ibu. Selepas kelahiran bayi pula, DHA terus diperlukan dengan kadar tinggi terutama ketika bayi berusia di antara 18 hingga 24 bulan pertama kehidupan.
Ibu perlukan 300 mg DHA sepanjang kehamilan, dan selepas melahirkan bayi.
(6) Protein (ESP Soy Protein Isolate Powder)
Protein menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi di dalam kandungan. Selain daripada itu, protein memberi tenaga untuk ibu sepanjang hari.
Protein ESP kami merupakan sumber protein Non-GMO yang menyediakan tenaga berkekalan, dan memberi rasa kenyang berpanjangan (kurang rasa lapar). Asid Amino penting untuk pembinaan sel dalam badan ibu, serta membantu dalam pertumbuhan pesat sel-sel badan bayi.
saya percaya ibu-ibu berazam untuk berikan yang terbaik kepada bakal anak anda sejak dari dalam kandungan lagi. Nutrisi yang lengkap bukan sahaja membantu perkembangan bayi yang baik malah untuk kesihatan ibu juga. Berminat untuk mendapatkan nutrisi lengkap semasa hamil dengan produk Shaklee?
Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma bertaraf premium. Saya akan memberi konsultasi dahulu pada puan mengikut keperluan. Amat penting sekali untuk saya tahu tentang masalah puan jika ada. Contohnya masalah kencing manis, darah tinggi atau sebagainya.
Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.
Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :
FOR COD AREA 👇
SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA
DELIVERY SELURUH MALAYSIA
#blogmegashaklee
#projekmegablogshaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#teamleadership
#pengedarshakleelabuan
#codvitaminshakleelabuan
No comments:
Post a Comment