Tuesday, 12 September 2023

Set Pregnancy Shaklee Lengkap 6 Nutrisi Penting Untuk Wanita Mengandung



Kehamilan pastinya saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri yang telah berkahwin, terutama sekali bagi pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata.


Waktu ini tubuh dan emosi si ibu sangat fragile. Maka, si ibu perlukan rehat dan nutrisi yang cukup, untuk kesihatan jasmani dan juga rohani.


Ini kehamilan pertama anda? Tahniah! Wajib baca artikel ini sampai habis tau… 😀


Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil


Setelah disahkan hamil, si ibu perlu mula menitikberatkan kesihatan dirinya, kerana kini nutrisi badannya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk si comel di dalam rahim nya.



Sepanjang 9 bulan ini, tubuh wanita mengandung akan,


• Menghasilkan 50% lebih banyak darah.

• Metabolisme ibu akan membakar tenaga setiap masa demi pembahagian sel dan pertumbuhan organ yang sangat pantas.

• Menggunakan lebih banyak nutrisi dan air.

• Bekerja keras menghasilkan plasenta bayi, yang akan lengkap bila kandungan berusia 4 bulan.


Oleh itu, pengambilan nutrisi dan vitamin yang baik sepanjang kehamilan akan,


• Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.

• Mengekalkan kesihatan si ibu.

• Mengurangkan komplikasi kehamilan.


Sesetengah ibu mengalami masalah morning sickness yang kronik sepanjang kehamilan. Ini menyebabkan wanita mengandung kerap muntah, tiada selera makan, sekaligus menyebabkan kekurangan nutrisi dan zat-zat yang diperlukan oleh badan.


Di sinilah vitamin prenatal memainkan peranan yang penting.


6 Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil



6 jenis nutrisi penting yang perlu diamalkan oleh ibu hamil untuk menyokong kesihatan ibu, dan juga bayi di dalam kandungan ialah:


(1) Multivitamin Multimineral (Vita-Lea Iron Formula )

Multivitamin lengkap dengan Zat Besi. Ibu hamil perlukan ekstra zat besi untuk hasilkan lebih haemoglobin, yang penting untuk mengangkut oksigen kepada bayi.


Kekurangan zat besi boleh menyebabkan risiko anemia kepada si ibu.




(2) Asid Folik & B-Complex

8 kumpulan Vitamin B yang penting, lengkap dengan Asid Folik.



B-Complex menukarkan gula kepada tenaga, memberi tenaga dan menenangkan si ibu. Asid folik penting untuk pembentukan neural tube bayi, yang kemudiannya akan membentuk tulang belakang dan otak bayi. Kekurangan asid folik menyebabkan risiko neural tube defects.


(3) Vitamin-C

Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan asid folik, meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.



Selain daripada itu, Vitamin C bantu menyokong tisu yang sihat, pertumbuhan otot dan tulang. Secara umumnya, Vitamin C baik untuk kesihatan dan menyokong sistem imun sihat.


(4) Kalsium, Magnesium & Vitamin D (OsteMatrix )

Apabila si ibu mengandung, bayi di dalam kandungan perlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat.



Kalsium juga penting untuk kontraksi otot yang baik. Selain daripada itu, pengambilan kalsium yang mencukupi akan melindungi kepadatan tulang.


Jika ibu tidak mendapat kalsium yang cukup dari diet harian, bayi akan mengambilnya daripada tulang ibu, yang akan memberi risiko Osteoporosis kepada ibu di masa akan datang.



Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1,000mg kalsium sehari – sebelum, sepanjang dan selepas kehamilan. Tanpa bekalan kalsium, magnesium dan vitamin D yang cukup, ibu akan cenderung mendapat Osteopenia, dan lama kelamaan menjadi Osteoporosis.


(5) Minyak Ikan Omega-3 (OmegaGuard)

Omega-3 dan DHA penting untuk pembentukan otak dan penglihatan bayi ketika di dalam kandungan ibu. Selepas kelahiran bayi pula, DHA terus diperlukan dengan kadar tinggi terutama ketika bayi berusia di antara 18 hingga 24 bulan pertama kehidupan.



Ibu perlukan 300 mg DHA sepanjang kehamilan, dan selepas melahirkan bayi.


(6) Protein (ESP Soy Protein Isolate Powder)

Protein menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi di dalam kandungan. Selain daripada itu, protein memberi tenaga untuk ibu sepanjang hari.



Protein ESP kami merupakan sumber protein Non-GMO yang menyediakan tenaga berkekalan, dan memberi rasa kenyang berpanjangan (kurang rasa lapar). Asid Amino penting untuk pembinaan sel dalam badan ibu, serta membantu dalam pertumbuhan pesat sel-sel badan bayi.


saya percaya ibu-ibu berazam untuk berikan yang terbaik kepada bakal anak anda sejak dari dalam kandungan lagi. Nutrisi yang lengkap bukan sahaja membantu perkembangan bayi yang baik malah untuk kesihatan ibu juga. Berminat untuk mendapatkan nutrisi lengkap semasa hamil dengan produk Shaklee?


Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma bertaraf premium. Saya akan memberi konsultasi dahulu pada puan mengikut keperluan. Amat penting sekali untuk saya tahu tentang masalah puan jika ada. Contohnya masalah kencing manis, darah tinggi atau sebagainya.


Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :






FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Friday, 8 September 2023

Keperluan Asid Folik Untuk Wanita Mengandung Zaman Sekarang



Asid folik untuk wanita mengandung sentiasa menjadi topik penting yang dibincangkan oleh bakal ibu atau para wanita diluar sana.


Hal ini kerana masih ramai yang tidak tahu akan kepentingan asid folik untuk ibu mengandung.


Pentingnya ia sehinggakan ia sangat disarankan untuk para wanita mengambilnya sebaik sahaja merancang untuk hamil.


Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda mengenai asid folik.


Asid Folik Untuk Wanita Mengandung


Asid folik merupakan vitamin penting yang merupakan sebahagian daripada komponen utama di dalam vitamin B9.


Ia dikenali sebagai folat dan tujuannya adalah untuk menghasilkan sel baru didalam badan setiap hari.


Beza Asid Folik dan Folat


Ramai juga yang tertanya-tanya samada sama atau tidak asid folik dan folat ini.


Ia merupakan dua komponen yang berbeza dan folat merupakan satu terma umum untuk menerangkan pelbagai jenis vitamin B9.


Asid folik pula merupakan salah satu daripada jenis folat yang ada.


Secara umumnya, ia merupakan salah satu daripada bahan yang dihasilkan dalam bentuk sintetik.


Hal ini kerana ia tidak terhasil secara semulajadi dan digunakan sebagai suplemen.


Kepentingan Asid Folik Untuk Wanita Mengandung




Asid folik sangat diperlukan oleh bakal ibu kerana ia akan membantu bayi untuk:


• Mengelakkan kecacatan pada otak

• Mengelakkan kecacatan saraf tunjang


Segala kecacatan ini biasanya berlaku pada fasa awal perkembangan dan pembentukan bayi didalam rahim ibu.


Ia biasanya berlaku dalam tempoh 28 hari pertama kehamilan.


Apa yang lebih menyedihkan adalah ramai yang terlambat menyedarinya kerana mereka terlambat sedar bahawa mereka sudah hamil.


Dos Asid Folik Untuk Wanita Mengandung



Menurut pakar, mereka menyarankan agar pengambilan dos adalah sekitar 400 mg setiap hari.


Sebaik sahaja anda merancang untuk hamil, anda perlu mengambilnya sebulan sebelum.


Ada juga beberapa kes yang melaporkan bahawa ramai wanita yang mengalami kehamilan di luar jangkaan.


Untuk kes sebegini, jadikanlah pengambilan asid folik sebagai suplemen harian dan dosnya juga adalah 400 mg setiap hari.


Apa yang paling penting adalah tanya doktor anda untuk memastikan anda mendapat dos yang secukupnya.


Ikut saranan dan nasihat daripada doktor anda sekiranya dos yang anda ambil kurang daripada yang sepatutnya.


Anda boleh pertimbangkan juga untuk menukar jenama suplemen anda.


Berapa Lama Anda Perlu Ambil Asid Folik?



Asid folik ibu mengandung biasanya perlu diambil sekitar sebulan atau tiga bulan sebelum kehamilan.


Sebaik sahaja anda disahkan hamil, anda boleh sambung mengambilnya sehingga 5 minggu kehamilan.


Namun, ramai juga yang mencadangkan supaya pengambilan asid folik diteruskan dalam dos yang dibenarkan.


Keperluan asid folik ibu mengandung ini sangat penting untuk memastikan kandungan anda kurang berisiko untuk mengalami kecacatan.


Kesan Kekurangan Asid Folik



Risiko yang akan berlaku jika anda kekurangan asid folik adalah ia mampu untuk meningkatkan risiko kecacatan kelahiran atau neural tube defects (NTD).


Kecacatan NTD ini melibatkan perkembangan saraf tunjang bayi dan perkembangan otak.


Antara kecacatan yang paling biasa dialami adalah:


• Spina bifida : Ia berlaku apabila saraf tunjang dan bahagian tulang belakang bayi anda tidak berjaya untuk ditutup sepenuhnya

• Anencephaly : Merupakan sejenis gangguan yang sangat teruk terhadap perkembangan otak

• Encephalocele : Ia menyebabkan tisu otak mulai menonjol keluar ke kulit melalui bukaan yang ada pada tengkorak

Bagi si ibu pula, mereka akan mengalami masalah kekurangan folat seperti:


Keletihan

• Sakit kepala

• Kulit pucat

• Sakit mulut dan lidah


Supplemen Vitamin B Complex untuk ibu mengandung



Keistimewaan vitamin B Complex Shaklee


• Vitamin B-Complex paling lengkap di pasaran, ada semua 8 jenis vitamin B termasuk asid folik. Kebanyakan vitamin B yang dijual di pasaran tak lengkap. 

Sangat penting untuk memilih vitamin B-Complex yang lengkap kerana setiap satu vitamin B ini akan berfungsi dengan lebih baik dan melengkapi satu sama lain.


• Mengandungi 100% biotin untuk mendapat keseimbangan dan keberkesanan yang sempurna.


• Kandungan 200mg Asid folik di dalam setiap biji vitamin B Complex dengan kadar kebolehserapan (bioavailability) yang sangat tinggi dan berkualiti hasil ciptaan para saintis Shaklee ini menjadi kemestian untuk ANDA memilih vitamin B Complex Shaklee ini!


Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini mengenai asid folik.


Ia sangat penting bukan sahaja untuk kandungan dan juga diri anda.


Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat memahami dengan sebaiknya kepentingan asid folik untuk wanita mengandung.


Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :





FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA



#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Tuesday, 22 August 2023

8 Doa Yang Bagus Untuk Wanita Dan Diri Sendiri Wajib Diketahui!



Doa adalah cara kita berkomunikasi dengan Sang pencipta sebagai bentuk syukur ataupun mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ada banyak jenis doa untuk diri sendiri yang perlu kita ketahui dan amalkan.


Wajib hukumnya bagi umat Muslim untuk selalu bersyukur terhadap nikmat dan rezeki yang diberikan Sang Pencipta.


Tanda syukur ini bisa dengan memanjatkan doa untuk diri sendiri, orang tua, keluarga atau orang lain.


Berdoa juga merupakan salah satu wadah kita untuk mengadu, meminta pertolongan, serta memohon ampunan kepada Allah SWT.


Untuk itu, mari cari tahu kumpulan doa untuk diri sendiri yang bisa diamalkan sebagai umat Muslim.


Nabi Muhammad SAW menganjurkan umat Muslim untuk mengutamakan doa untuk diri sendiri terlebih dahulu sebelum mendoakan orang lain.


Terlepas dari itu, bukan berarti Islam mengajarkan 'keegoisan', melainkan ini syariat yang telah diturunkan dari Sang Pencipta.


Mendoakan diri sendiri terlebih dahulu merupakan hal yang wajib dilakukan sebelum memohon doa untuk anggota keluarga seperti anak, suami atau istri, orang tua ataupun orang lain.


Hal tersebut telah difirmankan oleh Allah dalam Al Quran surat Ibrahim ayat 41 :


رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ


Artinya :


“Ya Tuhanku, beri ampuni aku dan kedua orang tuaku dan untuk orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab (hari kiamat).’’ (QS Ibrahim ayat 41).


Allah juga berfirman dalam Al Quran surat Al Hasyr ayat 10 :


وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


Artinya:


Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa:


“Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang” (QS Al-Hasyr ayat 10).


Selain itu, ada juga hadist Riwayat Tarmidzi yang berbunyi :


‘’Nabi Muhammad ketika menyebut seseorang kemudian mendoakan orang tersebut, maka beliau memuliakan dengan doa untuk diri sendiri terlebih dahulu.” (H.R Tirmidzi).


Berikut kumpulan doa untuk sendiri yang bagus wanita amalkan.


1. Doa Murah Rezeki


Sebagai manusia, memanjatkan doa untuk dimurahkan rezeki tentu menjadi hal yang senantiasa kita ucapkan,.


Hal ini diperuntukkan agar rezeki dan nikmat yang kita dapat mendapatkan keberkahan di dunia dan di akhirat.


Untuk memohon dicukupkan segala rezeki, doanya seperti dalam surat At-Taubah ayat 129.


Contoh doa untuk diri sendiri tersebut berbunyi,"


حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ


“Hasbiyallahu la ilaha illa huw, ‘alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul-‘arsyil-‘aẓīm.”


Artinya : “Cukuplah Allah Bagiku, tiada tuhan selainnya. Hanya kepadanya aku bertawakal, dan Dialah Tuhan yang memiliki Arasy (singgasana) yang agung.” (QS At-Taubah ayat 129).


2. Doa Sembuh dari Sakit


Doa untuk meminta kesembuhan dari penyakit yang diderita juga termasuk dalam doa untuk diri sendiri agar lebih baik.


Permohonan doa ini agar penyakit yang kita derita lebih diringankan rasa sakitnya hingga diberikan kesembuhan.


Doa ini juga berlaku untuk mendoakan keluarga ataupun orang terdekat kita untuk kesembuhan diri.


Berikut adalah doa untuk memohon kesembuhan dari segala macam penyakit.


أَعُوذُ بِاَللَّهِ وَقُدْرَتِهِ مِنْ شَرِّ مَا أَجِدُ وَأُحَاذِرُ


“A’udzu billahi wa qudrotihi min syarri maa ajidu wa uhaadzir.”


Artinya: “Aku berlindung kepada Allah SWT dan kuasa-Nya dari keburukan apa yang kurasakan dan ku khawatirkan.” (HR. Muslim no. 2202)


3. Doa Dipermudah Segala Urusan


Kenikmatan dari Sang Pencipta bisa dalam berbagai bentuk, salah satunya segala urusan kita yang dimudahkan.


Karenanya, ada doa untuk diri sendiri untuk meminta kemudahan dan kelancaran untuk segala urusan di dunia.


Doa untuk meminta kemudahan dalam segala urusan terdapat dalam Al Quran surat Al-Kahfi ayat 10.


Adapun doa itu berbunyi:


رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا


“Rabbana Atina Mil Ladungka Raḥmataw wa Hayyi` Lana Min Amrina Rasyada.”


Artinya: “Ya Tuhan-Ku, karuniakan kami rahmat dari sisi-Mu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami.” (QS Al-Kahfi ayat 10).


4. Doa Kebaikan di Dunia dan Akhirat


Contoh doa untuk diri sendiri selanjutnya adalah untuk mendapatkan kebaikan di dunia ataupun akhirat. Doa ini juga dikenal sebagai doa 'sapu jagat'.


Meskipun tergolong dalam doa yang singkat, makna dari doa ini cukup besar dan berdampak baik untuk kita sehari-hari.


Amalkan doa untuk diri sendiri agar lebih baik ini dalam memohon segala kebaikan di dunia maupun di akhirat. Adapun biasanya dibaca setelah berdzikir, shalat, ataupun sebelum mengerjakan sesuatu.


Doa untuk kebaikan diri ini tertulis dalam surat Al-Baqarah ayat 201 yang berbunyi:


رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


“Rabbana atina fid-dun-ya ḥasanataw wa fil-akhirati ḥasanataw wa qina ‘ażaban-nar.”


Artinya: “Ya Tuhan kami berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, selamatkanlah kami dari siksa api neraka.” (QS Al-Baqarah ayat 201).


5. Doa Keteguhan Hati


Sebagai manusia, tak jarang kita berbuat kesalahan di setiap tindakan, baik disengaja ataupun tidak disengaja.


Untuk menghindarkan diri dari berbagai dosa yang mungkin dilakukan, ada baiknya untuk mengamalkan doa keteguhan hati ini.


Doa untuk diri sendiri ini dipanjatkan agar menjadi pribadi yang lebih baik dan tetap istiqamah berada di jalan Allah SWT dengan menghindari segala larangan-Nya.


Isi doa tersebut seperti:


ﻳَﺎ ﻣُﻘَﻠِّﺐَ ﺍﻟْﻘُﻠُﻮﺏِ ﺛَﺒِّﺖْ ﻗَﻠْﺒِﻰ ﻋَﻠَﻰ ﺩِﻳﻨِﻚَ


“Ya muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinik.”


Artinya: “Wahai Dzat yang Maha Membolak-balikkan hati, teguhkanlah hatiku di atas agama-Mu.” (HR. At-Tirmidzi).


6. Doa Meminta Pertolongan


Contoh doa untuk diri sendiri ini menjadi salah satu yang sering diamalkan setiap harinya agar mendapat pertolongan dari Sang Pencipta.


Meminta perlindungan dari segala musibah dan kesulitan salah satunya melalui doa kepada Allah SWT.


Doa untuk mendapat pertolongan Allah SWT sesuai dengan bacaan Al Quran pada surat An-Nisa ayat 75.


رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَٰذِهِ الْقَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا


“Rabbana akhrijna min hażihil-qaryatiẓ-ẓalimi ahluha, waj’al lana mil ladungka waliyya, waj’al lana mil ladungka naṣīra.”


Artinya: “Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini (Mekkah) yang penduduknya zalim. Berilah kami pelindung dan sisi-Mu dan berilah kami penolong dari Sisi-Mu.” (QS An-Nisa ayat 75).


7. Doa Kekuatan Iman


Menjaga keimanan sebagai umat Muslim tentu tak semudah yang dibayangkan. Terkadang ada saja godaan yang membuat kita kadang 'goyah' ataupun lengah.


Maka dari itu, terdapat doa untuk diri sendiri agar menjadi umatnya yang teguh dalam iman.


Doa ini juga dipanjatkan untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT serta dijauhkan dari siksaan api neraka.


Doa yang bisa dipanjatkan dalam meminta kekuatan iman adalah seperti berikut:


رَبَّنَا إِنَّنَا آمَنَّا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


“Rabbana innana amanna fagfir lana żunụbana wa qina ‘ażaban-nar.”


Artinya: “Wahai Tuhan-ku, kami benar-benar beriman, maka ampuni dosa-dosa kami dan selamatkan kami dari siksa api neraka.’’ (QS Al-Imran ayat 16).


8. Doa untuk Kedua Orang Tua


Allahummaghfirli wa liwaa lidhayaa warham humaa kamaa rabbayaa nii shaghiraa”


Artinya: “Ya Allah ampunilah semua dosa-dosaku dan dosa-dosa kedua orang tuaku dan sayangilah mereka sebagaimana mereka menyayangiku pada waktu aku kecil.”


9. Doa Cepat Dapat Jodoh Untuk Wanita


Khas buat para wanita, anda boleh amalkan juga doa ini sebagai usaha untuk mendapatkan bakal suami yang soleh dan terbaik.


رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ زَوْجًا طَيِّبًا وَيَكُوْنُ صَاحِبًا لِى فِى الدِّيْنِ وَالدُنْيَا وَالْأَخِرَة

Bacaan Rumi : “Robbi hablii milladunka zaujan thoyyiban, wayakuuna shoohiban, lii fiddiini waddunyaa wal aakhiroh.”


Maksudnya : “Ya Rabb, berikanlah kepadaku suami yang terbaik dari sisi-Mu, suami yang juga menjadi sahabatku dalam urusan agama, urusan dunia dan akhirat.”


Di samping mengamalkan doa khas untuk mendapatkan jodoh, anda juga perlu membaiki hubungan dengan Allah dengan cara perbanyakkan solat tahajud, segerakan solat lima waktu, banyakkan bersedekah, amalan sunah dan baiki peribadi diri.


Dengan beristiqamah dalam melakukan amalan baik, Allah pasti akan meredhai hamba-Nya dan pasti akan memberikan yang terbaik untuk hidup dan doa juga lebih mudah termakbul.


Nah, itu dia kumpulan doa yang bagus untuk wanita dan diri sendiri agar lebih baik yang bisa diamalkan setiap harinya. 


Semoga bermanfaat, ya!


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Saturday, 19 August 2023

Terbukti! Vitamin E Complex Boleh Meningkatkan Kesuburan Lelaki



Menimang cahaya mata adalah sesuatu yang amat diinginkan oleh setiap pasangan yang telah berkahwin. Cuma, ada yang ingin terus mendapatkan cahaya mata, tetapi ada pula yang merancang untuk melewatkannya atas sebab masing-masing. Namun, bagi pasangan yang terus menginginkan cahaya mata, tetapi masih belum memperolehinya selepas setahun berkahwin, pelbagai kerisauan akan mula melanda fikiran sama ada suami mahupun isteri.. 


Dan tahukah anda bahawa salah satu punca kelewatan mendapat zuriat bagi sesetengah pasangan adalah disebabkan oleh masalah ketidaksuburan lelaki?



Tahukah anda, bahawa hampir 40% daripada kes kesukaran mendapat cahaya mata adalah disebabkan oleh lelaki? Ia terjadi akibat ketidaksuburan lelaki yang berpunca daripada kualiti sperma yang rendah serta bilangan sperma yang tidak mencukupi untuk 'berusaha' menembusi dinding ovum wanita. Titisan air mani yang sihat HARUS mengandungi 40juta sperma yang sihat untuk mampu menjadikan seorang wanita itu mengandung.


Antara punca yang merosakkan kualiti sperma lelaki adalah:


• Merokok

• Tidak mengamalkan pemakanan yang seimbang & sihat

• Tidak rajin bersenam

• Gemar meminum arak

• Tidak mengamalkan gaya hidup yang sihat

• Amat jarang melakukan hubungan intim dengan isteri


Terdapat 6 cara yang disarankan bagi mengatasi masalah ketidaksuburan lelaki ini iaitu:


• Tingkatkan pengambilan makanan kaya dengan unsur zat besi (zinc). Contoh makanan yang tinggi kandungan zinc ialah tiram. Selain itu banyakkan memakan daging kambing, lembu, kekacang dan majerin sunflower. Satu lagi jenis makanan yang tidak kurang pentingnya juga ialah tomato. Tomato mengandungi unsur lycopene yang mampu meningkatkan bilangan sperma.


• Amalkan pemakanan vitamin dan herba yang boleh meningkatkan penghasilan sperma. Contohnya seperti vitamin C dan E di mana ianya mampu meningkatkan keupayaan sperma untuk berenang dan bergerak. Bagi herba pula anda boleh pergi ke kedai farmasi dan cari suplemen yang kaya dengan maca, ginkgo biloba, muira puama atau horny goat weed (epimedium).


• Lakukan Senaman Kegel. Senaman Kegel ialah senaman bagi mengemut otot PC anda (otot ketika anda tahan kecing). Ianya mampu bukan sahaja menambahkan isipadu pancutan sperma malah dapat juga memberi kemampuan anda menahan dan mengawal pancutan ari mani anda ketika bersama isteri.


• Pastikan anda setiasa terhidrasi. Maksudnya, banyakkan meminum air kosong bagi mengelakkan sel-sel dalam badan anda kering. Minumlah sekurang-kurangnya 6 gelas air kosong sehari. Elakkan meminum kopi yang banyak kerana ianya akan membuatkan sel-sel sperma anda ter-dehidrasi iaitu kehilangan air dalam sel.


• Kerapkan lakukan hubungan intim bersama isteri anda. Ya, memang apa yang anda baca ini benar. Anda perlulah banyakkan hubungan intim bersama isteri anda untuk meningkatkan lagi kebarangkalian agar persenyawaan sperma anda dan ovum isteri anda boleh berlaku. Sel sperma hanya mampu bertahan dan subur setiap 24-36 jam sekali. Selepas tempoh masa tersebut, sel-sel sperma akan ‘dikitar semula’ dan akan menghasilkan semula sel-sel sperma yang baru di mana ianya akan mencapai tahap kematangan 24-36 jam seterusnya.


• Rajin bersenam. Tak perlu anda menjadi seperti seorang atlet atau pemain bola sepak bertaraf dunia. Hanya sekadar berjogging pun sudah memadai. Senaman mampu meningkatkan kadar pengaliran darah ke bahagian zakar anda serta meningkatkan tahap testosterone. Apa yang pastinya, senaman ialah baik untuk kesihatan seks anda.



Vitamin E Complex Shaklee merupakan salah satu supplement vitamin Shaklee yang disarankan untuk diambil oleh para suami yang telah sekian lama mencuba untuk memperolehi zuriat. Ini kerana Vitamin E Complex ini mengandungi bahan-bahan yang mampu membantu meningkatkan tahap kesuburan lelaki; dari aspek meningkatkan kualiti serta bilangan sperma. 


Antara kandungan Vitamin E Complex ini adalah:




1. Vitamin E semulajadi - Vitamin E merupakan sumber yang kuat untuk imuniti dan kulit & mata yang sihat. Ia juga bertindak sebagai anti oksidant bagi badan manusia. Ia mampu melindungi sel-sel badan manusia daripada rosak.


2. Selenium - Selenium memainkan peranan penting dalam meningkatkan metabolisme serta mencegah kanser prostat pada lelaki. Antara sumber makanan yang mengandungi tinggi selenium adalah kekacang, ikan tuna, ikan kod, daging serta bijirin.


3. Ekstrak biji anggur - Ia berasal daripada biji anggur merah yang diekstrak minyaknya. Ia amat berkesan dalam melancarkan sistem peredaran darah, mengurangkan kadar kolesterol jahat (LDL), mengurangkan bengkak disebabkan kecederaan serta bertindak sebagai anti oksidant. Ia juga dipercayai mampu mengurangkan risiko kanser.


Justeru, kepada mereka yang telah sekian lama berusaha untuk mendapatkan cahaya mata, pengambilan Vitamin E Complex ini boleh menjadi satu lagi ikhtiar untuk mendapatkan si comel yang amat diidamkan selama ini! Insya Allah, dengan iringan doa & tawakkal, ia akan membuahkan hasil suatu hari nanti.. (^_^)


Suami anda merokok? Risau dengan kualiti sperma suami sebab dah lama sangat tak dapat anak? Jom ikhtiar dengan cara yg sihat! Saya consult anda.


Harga retail sebotol (120biji): RM160

*Sebotol untuk kegunaan/pengambilan 4 bulan.


Beli SEKARANG! Hanya klik button ini.




Bagi yang berminat untuk mencuba dan menjana pendatan bersama bisnes online Shaklee ini boleh terus menghubungi Imah. Nanti Imah akan terangkan dan bantu anda. Klik gambar untuk pautan whatsapp.



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok



FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

#pengedarshakleesubangjaya

#codvitaminshakleeusj

Supplemen Terbaik Vitamin Untuk Wanita 30 Tahun Ke Atas



Kecantikan dan kesihatan mempengaruhi seorang wanita. Diet seimbang, gaya hidup sihat, kerap bersenam dan 8 gelas air sehari serta suplemen ialah amalan terbaik.


Suplemen terbaik vitamin untuk wanita berumur 30 tahun, 40 tahun dan 50 tahun ke atas. Bila dah masuk umur 30an ni memang dah kena jaga kesihatan dan ambil vitamin. Fasa ini macam-macam penyakit mula muncul dan proses penuaan juga dah mula berlaku.


Ok apa suplemen yang sesuai untuk wanita umur 30an, 40an dan 50an? imah pun dah umur lebih 40 tahun juga ni. So, Imah nak kongsikan apa yang bagus dan sesuai berdasarkan pengalaman Imah sendiri juga.


Suplemen Vitamin untuk wanita umur 30an, 40an dan 50an


1. Multivitamin juga penting. Umur dah lebih 30 ni dengan kerja dan rutin harian hidup kita pastinya agak sukar untuk dapat vitamin dan mineral cukup dari makanan harian.


Macam imah sendiri juga tak lengkap nak cukup semua nutrisi dalam makanan harian. Jadi, imah tambah dengan makan multivitamin Vitalize. Dalam dia ada 25 vitamin dan mineral penting untuk fungsi badan



2.Kalsium dan Magesium


Dua mineral ni sangat penting untuk kesihatan tulang, jantung. membantu tidur lebih lena, badan lebih cergas tak sakit badan. Boleh amik mineral ini dalam Ostenutrix macam imah makan tiap hari. Dalam Ostenutrix ini ada kalsium, magnesium, vitamin D, mangan, zinc.



3. Omega 3 


Sangat diperlukan badan kita wanita terutama bila dah makan macam-macam dan umur makin bertambah, senang untuk dapat risiko kolesterol LDL tinggi, darah tinggi, sakit jantung, dan sakit sendi.


Pentingnya Omega 3 sebab ia bersifat tinggi anti radang, membantu mengawal keradangan dalam badan kita. Keradangan tinggi dalam badan disebabkan stress, kurang tidur, merokok, banyak makan makanan ringan, yang tinggi gula dan lemak. Ini memang gaya hidup kebanyakan dari kita kan? Sebab tu Gee sangat rekomen Omega 3.


Boleh ambil suplemen Omega Guard, ada kandungan Omega 3 yang tinggi. 



4. GLA Complex


GLA lebih pada untuk membetulkan balik hormon dalam badan. Jika period tak menentu atau hormon tak stabil boleh amik GLA ni. Juga sesuai buat wanita yang merancang untuk hamil juga boleh diamalkan awal sejak dari lepas berkahwin. 



5. Protein soya ESP


Protein penting untuk membina otat dan kulit yang anjal. Bila dah mula umur 30an, badan kita akan mula berubah. Otot dah kurang, kulit mula kendur dah tak tegang, kulit kusam dan tak berseri, badan mula rasa cepat letih.


Sebab tu imah suka rekomen protein ESP untuk wanita sebab ada banyak manfaat badan kita dapat. Paling best bila minum soya ESP ni kenyang dan bertenaga. Boleh buat minum pagi-pagi. Biasa kita wanita pagi dah sibuk banyak tugas nak dibuat kan? Lagi-lagi yang ada anak kecik, suami dan bekerja. Memang tak sempat nak minum pagi. 



6. Pertama sekali wajib ambil Vitamin C. Semua tahu kan vitamin C penting untuk sistem imun badan. Jika jenis mudah jatuh sakit, kerap demam selsema dan bersin tu rajin-rajinlah makan vitamin C tiap hari.


Vitamin C juga bagus untuk kulit, ia membantu dalam merangsang penghasilan kolagen dalam badan kita. Kolagen kita ni bila dah umur 20an akan berkurang 1 peratus setiap tahun. Cuba kira sekarang dah umur berapa? Mesti dah banyak kan? Lepas ini kena lagi rajin amik vitamin C tiap hari jika nak awet muda.



Ok ada banyak pilihan suplemen untuk wanita. Boleh ambil ikut keperluan dan masalah masing-masing. Berminat nak tau suplemen apa yang sesuai boleh hubungi imah terus. Nantii imah guide mana yang sesuai. klik gambar untuk pautan segera whatsapp.



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok


FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

#pengedarshakleesubangjaya

#codvitaminshakleeusj

Sunday, 6 August 2023

Coqtrol Shaklee Tingkatkan Tenaga,Kesuburan,Memperbaiki Peredaran Darah,Kecantikan Kulit & Kesihatan Menyeluruh




Tahukah anda bahawa Coenzyme Q10, atau juga dikenali sebagai CoQ10 dihasilkan secara semulajadi oleh badan kita dan fungsinya sangat penting untuk kesihatan. Namun begitu ia akan merosot seiring dengan usia dan gaya hidup. Seawal usia 20 tahun, badan kita mula mengalami kesukaran untuk menghasilkan CoQ10. Hal ini mampu mengundang pelbagai risiko penyakit seperti sakit jantung, brain disorder dan kanser.


Apa Itu Coq-Trol Plus


Coq-Trol Plus merupakan Coq-enzym (coq10) merupakan formulasi terbaru daripada Shaklee yang merupakan zat makanan larut lemak yang hadir semulajadi dan boleh didapati dalam semua bahagian tubuh dan bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisma tenaga.


CoQ10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan.


Namun, ia lebih banyak ditemui dalam organ-organ yang bekerja lebih keras seperti jantung, hati, buah pinggang dan pankreas kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini.


 Banyak kajian yang telah mengaitkan masalah kesihatan yang dikaitkan dengan kekurangan CoQ10 di mana masalah ini dikaitkan dengan penghasilan tenaga yang rendah atau fungsi otot yang lemah seperti kegagalan jantung, sindrom keletihan kronik dan juga migrain.


Faedah,Fungsi dan Kebaikan Coq-Trol (Coq10)


1. Membekalkan Tenaga



Kandungan CoQ10 yang lebih tinggi menghasilkan lebih banyak tenaga di dalam sel anda serta membekalkan tenaga dengan lebih cekap. Oleh itu, anda boleh menjalani hari anda dengan bertenaga, cergas, dan berkeyakinan! 


Peningkatan CoQ10membantu:

• Meningkatkan kekuatan otot.

• Mempercepatkan pemulihan luka.


2. Memperbaiki Peredaran Darah



Coq10 dapat membantu mengukuhkan otot-otot jantung, menyokong keupayaan mengepam darah dan memperbaiki perdearan darah ke seluruh badan.


 CoQ10 juga bertindak sebagai antioksidan kuat dan membantu melindungi arteri bagi menangangi masalah pengoksidaan lipoproteins berkepekatan rendah (LDL) dan memudahkan pengaliran darah. Ini adalah penting untuk menyokong fungsi saluran darah termasuk pengaliran darah ke jantung. 


Coq-10 tambahan dapat membantu:

• Menguatkan otot-otot jantung.

• Menyokong fungsi jantung yang sihat.

• Meningkatkan paras tenaga untuk mereka yang mengambil statin.

•  Membantu Mengawal tekanan darah


Kajian telah menunjukkan bahawa statin, ubat yang merendahkan kolesterol, menghalang pembentukan CoQ10 sebanyak 40%! Suplemen CoQ10 membantu mengekalkan kekuatan jantung anda.


3. Meningkatkan Kesuburan



Coq10 juga berfungsi untuk menyokong sistem reproduktif yang sihat dengan meningkatkan tenaga dalam sperma dan ovum yang mana membantu pasangan meningkatkan kesuburan. 


Pengambilan CoQ10 membantu:

• Meningkatkan jumlah sperma yang sihat.

• Meningkatkan pergerakan sperma.

• Meningkatkan kualiti ovum.


4. Kecantikan Kulit



CoQ10 juga terdapat di permukaan luar kulit yang melindungi kulit anda dari radikal bebas (sinaran UV) yang berbahaya dan mampu merosakkan sel kulit. Ia juga memberi tenaga kepada sel-sel yang rosak untuk memperbaiki diri mereka sendiri (regenerate), jadi kulit anda akan kekal berseri dan kelihatan lebih muda. 


Pengambilan CoQ10 membantu:

• Menganjalkan kulit dan mengurangkan kedutan.

• Meningkatkan tekstur kulit.


5. Meningkatkan Fungsi Kognitif (Kemampuan Otak)



CoQ10   mampu mengurangkan pembentukan plak amiloid di dalam otak di mana ia adalah salah satu punca utama penyakit Alzheimer. CoQ10 bertindak sebagaia antioksida yang melindungi saraf, kekalkan kesihatan sel-sel otak,meningkatkan kemampuan memori dan tumpuan.


CoQ10 yang juga membantu:

• Menjana fungsi otak yang sihat.

• Meningkatkan fokus dan fungsi-fungsi sel otak.

• Mengatasi masalah migrain


Bagaimana CoQ-Trol Plus Shaklee Bertindak?



Analogi nya coQ-Trol ni macam bateri jam. Contoh paling mudah kita guna jam loceng. Bila bateri dah lama, dah weak, bunyi alarm pun dah tak kuat. Kemudian jam saat mulai perlahan, kadang berdetik tapi jarumnya di situ sahaja.


Begitu juga sel dalam tubuh kita yang mengandungi mitocondria yang bertindak seperti jam. Semakin berusia, mitokondria yang berfungsi menjana tenaga kepada sel akan semakin lemah. Kehadiran Coenzim Q10 memberi tenaga kepada mitokondria.


Apabila kita mengambil CoQ-Trol Plus Shaklee ibarat kita menambah atau mengecas bateri dalam tubuh kita. hasilnya, tubuh kita akan lebih segar, cergas dan bertenaga. Jelas bukan? Perumpamaannya bila kita tukar bateri baru, pasti jam loceng akan berdering dengan kuat sekali. Mudah bukan?


Makanan Yang Perlu Dimakan Untuk Mendapatkan Khasiat Coq10:


Perbandingan Sebiji CoQ-Trol Plus Shaklee dengan pemakanan harian


Sebiji CoQ-Trol Plus Shaklee bersamaan dengan:

> 3 kg Daging

> 100 cawan Brokoli yang direbus

> 100 sudu besar Mminyak Canola

> 3.3 kg Mentega Kacang


Sebenarnya, tubuh badan kita mampu menghasilkan CoQ10 sendiri, tetapi keupayaan ini mula menurun pada usia 20 tahun. Ia berkurangan secara drastik pada usia 40 tahun ke atas.


Keistimewaan Coq-Trol Plus Shaklee



• Coq-Trol plus membekalkan sebatian  semulajadi Dan proprietari dengan 100mg Coenzynem Q10 bersama resveratrol dan tokoferol.

• Untuk penyerapan optimum,ia dilengkapi dengan sistem penghantaran minyak zaitun.



Berminat untuk menjadi Ahli Shaklee??


Anda akan dapat membeli dengan harga ahli, Bonus bulanan Shaklee.


Bantu orang lain untuk hidup lebih sihat dengan pemakanan sihat.


Boleh hubungi imah terus atau klik gambar untuk pautan whatsapp. Imah akan bantu bagi yang berminat nak dapatkan coq10 shaklee. 




Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok


FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

PENGEPOSAN SELURUH MALAYSIA


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

#pengedarshakleesubangjaya

#codvitaminshakleeusj

KULIT BERJERAGAT / PIGMENTASI: PUNCA, RAWATAN & PERANAN ANTIOKSIDAN VIVIX/RESV

  Jeragat atau pigmentasi adalah kondisi kulit yang sering berlaku dalam kalangan wanita dewasa, khususnya di kawasan beriklim tropika seper...