Monday, 9 October 2023

7 TIPS MEMILIH VITAMIN C TERBAIK

 


Assalamualaikum! Hari ini imah mahu kongsi 7 tips memilih vitamin c terbaik.


Kenapa vitamin c shaklee?? Kerana Saya sudah makan vitamin C ini selama 9 tahun. Syukur Saya semakin yakin dengan vitamin c yang selamat dan tiada bahan kimia.


7 Sebab kenapa anda wajib pilih Vitamin C Shaklee ?


1️⃣ Tahan 6 bulan. Makan 1 biji sehari.

Spend 40sen sehari untuk kesihatan dan kulit cantik.




2️⃣ Sumber natural.

Bukan sintetik vitamin. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.(boleh buat masker untuk muka juga)




3️⃣ Bersifat Sustained Release .

Teknologi yang lepaskan daripada 1 tablet. 100mg setiap 1 jam selama 5 jam. So vitamin c kekal effective untuk badan kita selama sekurangnya 5 jam


Vitamin C adalah sejenis water soluble vitamins. Maknanya kalau kita telan. Dia terus serap. Yang badan tak guna. Akan keluar balik.


Shaklee ada teknologi ni so tak da lah membazir telan Vitamin C. Semua confirm serap dalam badan.




4️⃣ 1 tablet Vitamin C Shaklee (500mg) bersamaan dengan ambil 7 setengah biji Oren.



5️⃣ Mempunyai Bioflavonoids.

membantu penyerapan Vitamin C sepenuhnya dan memelihara Vitamin C daripada teroksida. Tanpa Bioflavanoids vitamin c kurang kadar penyerapannya. 




6️⃣ Vitamin C Shaklee ni ada LANDMARK STUDY.

Yang telah buktikan tiada kesan mudarat kepada pengguna Vit C ni lebih 20 tahun.



7️⃣ Kerana anda tidak makan buah dan sayur setiap hari sebab tu anda perlu ambil vitamin C untuk cukupkan keperluan badan setiap hari.




TESTIMONI VITAMIN C SHAKLEE









Semoga 7 tips memilih vitamin c terbaik berguna kepada semua pembaca.


So, dia adalah item WAJIB ada untuk setiap individu. Dah la murah. Boleh tahan sampai 6 bulan pulak tu. Tak percaya? Meh cuba.


Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok


FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ,SUNGAI BULOH & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA



#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Sunday, 8 October 2023

Apa Yang Perlu Anda Tahu Mengenai Vitamin C?




Vitamin C dianggap sebagai vitamin serba boleh kerana senarai manfaatnya yang mengagumkan. Hari ini, imah nak kongsikan beberapa soalan-soalan yang mungkin ditanya mengenai Vitamin C ini.



Soalan 1. Adakah lebih baik mengambil dos vitamin C yang lebih tinggi pada satu masa atau mengambil dos vitamin C yang kecil sepanjang hari?


Vitamin C tidak dihasilkan oleh badan, oleh itu kita perlu menambah vitamin penting ini melalui diet. Walaupun anda mengambil kuantiti vitamin C yang tinggi, badan anda hanya boleh menyerap apa yang diperlukan dan membuangnya jika berlebihan. 


Pilihan untuk mengambil vitamin C melalui Sustained Release Vita-C Plus™ dimana 100mg vitamin C dilepaskan setiap jam, sepanjang lima jam bagi memastikan penyerapan maksimum pada badan. 


Warga emas dan mereka yang merasa tidak sihat mungkin memerlukan rangsangan tambahan vitamin C bagi perlindungan tambahan.



Soalan 2 : Saya makan makanan sihat termasuk buah-buahan dan sayuran. Perlu kah saya mengambil vitamin C?


Kandungan vitamin C dalam buah-buahan dan sayuran mungkin berbeza-beza, terutamanya selepas membasuh, memotong dan memasak. Untuk mendapatkan 500mg vitamin C, anda perlu makan buah oren sebanyak 7.5 biji, 6 cawan brokoli atau 119 batang lobak merah. 


Adalah mustahil untuk mencapainya dalam diet harian, kerana kos yang tinggi. 


Cara bijak adalah dengan mengambil melalui suplemen. Sustained Release Vita-C Plus™ hanya memberikan kos 55 sen sahaja setiap biji!



Soalan 3 : Saya mempunyai gastrik. Saya dengar bahawa pesakit gastrik tidak digalakkan untuk mengambil suplemen vitamin C


Ini adalah salah tanggapan. Terdapat pelbagai sumber suplemen vitamin C yang diperbuat daripada bahan-bahan yang tidak akan menyebabkan sakit gastrik. Pilih vitamin C yang diekstrak dari jagung yang lembut serta kurang sensitif pada perut.



Soalan 4 : Berapa banyak vitamin C yang perlu saya makan setiap hari? 


Kajian yang dijalankan oleh Institut Perubatan (IOM) menunjukkan bahawa pengambilan vitamin C yang tinggi mempunyai risiko ketoksikan yang rendah dan kesan buruk telah dilaporkan apabila penggunaan harian adalah 3000mg/ hari. 


Kementerian Kesihatan Malaysia telah menggariskan pengambilan vitamin C maksimum kepada 2000mg/hari.



Soalan 5 : Shaklee Sustained Release Vita-C Plus™ mempunyai komponen yang dipanggil bioflavonoid. Apakah ia? 


Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. 


Sebagai contoh, anda boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus. Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. 


Di Shaklee, kami menggunakan bioflavonoid daripada buah sitrus, memberi anda kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.


Ingin cuba Sustained Release Vita-C Plus Shaklee ? Boleh order sendiri dengan sertai team imah klik sini gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).





Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok



FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA



#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Saturday, 7 October 2023

7 Sebab Mengapa Saya Memilih Vitamin Shaklee Terbaik Dunia!




Hi Assalamualaikum, terima kasih kerana melawat blog kami. 


Syukur Alhamdulillah, Sebagai pengguna dan pengedar shaklee yang buat bisnes shaklee sejak tahun 2018, saya rasa sangat teruja dan bangga sebab bukan calang-calang syarikat yang mampu dapat award tersebut.


Ia juga telah membuktikan bahawa Shaklee Supplements terbaik yang menjadi pilihan nombor 1 rakyat Malaysia. Alhamdulillah rasa lagi semangat nak kongsikan kebaikan supplements shaklee supaya lebih ramai yang dapat manfaatnya.


Kini dah lebih 5 tahun saya jadi pengguna setia Shaklee. 


Ramai juga yang tanya, kenapa saya pilih Shaklee, sedangkan banyak jenama supplements lain di luar sana?


Sebenarnya, saya dah pernah guna beberapa supplements jenama lain sebelum ni. 


Tapi, saya rasa sangat serasi dengan Vitamin Shaklee.


Jemput baca my Shaklee Effect : Testimoni Shaklee Membuat Jeragat Saya Semakin Hilang.


Selain dah dapat Shaklee Effect yang best, saya juga rasa sangat yakin nak gunakan supplements Shaklee kerana beberapa faktor. 


Jom saya share dengan anda semua 7 SEBAB MENGAPA SAYA PERLU MEMILIH VITAMIN SHAKLEE bukan produk lain.


1. PRODUK SHAKLEE SUDAH WUJUD LEBIH 100 TAHUN 



Buat pengetahuan anda, syarikat shaklee telah wujud di muka bumi ni dah lebih 5 dekad (50 tahun lebih) dan telah menerajui produk kesihatan semulajadi yang terulung di dunia. Pengasas produk shaklee adalah Doktor Forrest C.Shaklee & pada tahun 1915 beliau telah mencipta "vitalised minerals" iaitu multivitamin yang tertua di dunia yang kini dikenali sebagai Vita-lea (ishh tak sangka kan usia vitalea ni dah genap 100 tahun, huhu). Pendek kata, apabila produk dah berusia ratusan tahun & syarikat pun dah berabad lama, sudah pastilah produk shaklee ni sangat diyakini & selamat, betul tak..?? 



Produk yang dihasilkan oleh company Shaklee sejak 100 tahun lalu.



2. PRODUK SHAKLEE TERBUKTI SELAMAT



Apa yang istimewanya produk shaklee ni adalah ia dicipta oleh saintis tau. shaklee mempunyai lebih 60 orang saintis bertauliah yang terdiri daripada pelbagai kaum, bangsa & agama ( melayu je belum ada lagi hehe). Para saintis shaklee menjalankan ujikaji klinikal tehadap produk-produk sebelum dikeluar & dipasarkan demi memastikan produknya selamat.


Shaklee memiliki makmal kajian & penyelidikan sendiri di Hayward California dan makmal kedua dibina di Standford University in Palo Alto, California.


Shaklee melaburkan 300 juta USD dalam research & development sedangkan syarikat lain melaburkan lebih benyak untuk pengiklanan demi melariska produk. Selain itu, lebih 83,000 ujian QC dijalankan setiap tahun ke atas produk


Selain mempunyai barisan saintis sendiri, Shaklee juga mempunyai ahli botani khas dan mereka akan menjalankan lebih 350 ujian ke atas setiap bahan-bahan botani terbaru untuk mengesan logam berat, racun perosak atau mana-mana bahan cemar yang merbahaya.


Para saintis shaklee menjalankan ujian klinikal ke atas manusia bukan haiwan untuk membuktikan secara saintifik yang produk-produk shaklee boleh diutilisasikan dan selamat ke atas tubh badan manusia. 


3.  PRODUK SHAKLEE DISAHKAN HALAL



Semua produk Shaklee yang dijual di Malaysia, telah mempunyai Sijil Halal dari Islamic Services of America (ISA) yang diiktiraf JAKIM.


Pada semua botol Shaklee juga, ada logo Halal dari ISA.


Jadi kita tak perlu risau, sila gunakan semua produk Shaklee yang didaftarkan di Malaysia tanpa was-was. 


Tapi untuk produk Shaklee yang dijual di USA, Canada, Japan dan lain-lain negara, mungkin ada yang tidak disahkan halal. 


Jadi berhati-hati ya kalau ada penjual yang jual produk Shaklee tidak didaftarkan di Malaysia. Pastikan anda dapatkan produk Shaklee dari distributor yang sah sahaja.


4. PRODUK SHAKLEE BERKESAN : BUKTI KAJIAN LANDMARK 



Produk Shaklee merupakan satu-satunya supplements di dunia yang ada ‘Landmark Study’ – Ujian yang dijalankan oleh pihak ke 3 untuk menguji keberkesanan supplements shaklee.


Dipendekkan cerita, Landmark Study ni mengkaji “betul ke multi-vitamin ni ada kesan untuk jangka masa panjang?”. Kajian ini membandingkan orang yang tak makan apa-apa vitamin, orang yang macam vitamin brand popular lain & orang yang makan vitamin Shaklee. Dalam kajian ini, orang yang makan vitamin Shaklee sudah menggunakannya sekurang-kurangnya 20 tahun. Ya, 20 tahun! Malah, banyak yang dah gunakannya selama 30-40 tahun!


Ini yang menarik perhatian Dr Bruce Daggy sampai berhenti kerja di GlaxoSmithKline hanya untuk berkhidmat di Shaklee.


Kalau nak tahu, ini kajian paling bersejarah dalam dunia nutrisi. Sampai sekarang pun, ia masih satu-satunya kajian seumpamanya pernah dilakukan. Melibatkan jumlah peserta yang ramai & untuk tempoh penggunaaan yang sangat lama (sampai 40 tahun tu!). Tambahan pula, kajian ini diterbitkan dalam jurnal antara impact factor tertinggi dalam bidang nutrisi.



5. PRODUK SHAKLEE DIGUNAKAN ATLET OLYMPIC & ANGKASAWAN NASA



Shaklee menjadi pilihan atlit sukan Olimpik, bukan setakat SUKMA atau Sukan Komanwel je. Atlit-atlit ini 'powered by Shaklee' menunjukkan mereka memang benar-benar menggunakan produk Shaklee untuk perform, bukan hanya di bayar untuk bergambar je.


Kehebatan dan keberkesanan produk Shaklee telah menarik perhatian pihak agensi kerajaan seperti NASA.



Kita semua tahu betapa cerewetnya NASA dalam memilih apa-apa bahan, produk atau servis dalam misi mereka. Dalam pada cerewet sebegitu pun, NASA tetap pilih Shaklee untuk membangunkan formula khas untuk bekalan nutrisi angkasawan mereka sampai hari ini. Astro-Ade namanya. Formula khas ini NASA gunakan untuk setiap misi angkasa mereka.



Bukan itu saja, Scott Kelly yang merupakan manusia paling lama pernah menetap di ISS; setahun lamanya, juga konsisten menggunakan produk Shaklee sepanjang berada di sana. Dan vitamin yang mereka gunakan tu (selain Astro Ade) adalah formula vitamin yang sama dengan produk Shaklee di bumi. Kalau lah angkasawan dengan macam-macam ancaman; seperti keadaan tinggi UV, pun terbukti sihat Shaklee, apetah lagi kita yang di bumi kan?


6. PRODUK SHAKLEE TERBUKTI BERKESAN


• Shaklee tidak pernah mengiklankan produk secara komersial di dalam television dan Shaklee tak pernah ada duta produk seperti produk-produk lain. Itulah yang membuktikan Shaklee betul-betul berkesan

• Duta Shaklee adalah semua pengguna Shaklee yang dah merasa kebaikannya

• Tetapi sudah ramai artis-artis yang amalkan Produk Shaklee  sekarang antaranya Erra Fazira, Rita Rudaini, Asyraf Muslim dan ramai lagi lah

• Testimoni pengguna pula belambak-lambak. Hanya google jer testimoni Shaklee beribu-ribu keluar. 


Alhamdulillah mereka dah dapat yang terbaik dari Shaklee. Anda bila lagi. Masih ragu-ragu dengan Shaklee? Buanglah rasa ragu-ragu tu dan yakinlah dan percayalah sahklee memang selamat.


7. PRODUK SHAKLEE SESUAI UNTUK SEISI KELUARGA



Shaklee mempunyai rangkaian supplements yang sesuai untuk kesihatan seisi keluarga, iaitu daripada kanak-kanak, remaja, dewasa, warga emas, ibu hamil dan ibu menyusu. 


Selain supplements, Shaklee juga ada produk untuk dapatkan berat badan ideal, produk skincare Youth dan produk pembersihan rumah yang semuanya diperbuat dari bahan semulajadi tanpa bahan kimia berbahaya.


Semuanya dah lengkap dalam Shaklee. Best kan!


Sekarang anda dah tahu kenapa Shaklee adalah SUPPLEMENTS TERBAIK di Malaysia.


Jadi inilah masa terbaik untuk anda cuba produk Shaklee. 


Amacam hebatkan background vitamin shaklee kegemaran ramai rakyat Malaysia ni?


Ni baru 7 je saya kongsikan. Sebenarnya banyak lagi. Tapi yg 7 ni je pun dah menyebabkan saya dan ramai lagi pengguna supplements terbaik ni untuk setiap berpuluh tahun lamanya.


So kalau korang nak pilih supplements, pastikan korang pilih Shaklee ye. Dannn kalau nak beli produk shaklee pastikan pilih saya sebagai pengedar shaklee supaya korang dapat bimbingan untuk pilih vitamin shaklee yang sesuai untuk keperluan korang.


Last but not least, nak set kurus shaklee, set bersalin shaklee, set mengandung shaklee, set kulit cantik shaklee dan macam-macam vitamin shaklee yang lain, meh beli daripada saya – Pengedar Shaklee yang dibimbing oleh Pakar Nutrisi Shaklee dan Doktor Perubatan.


Jangan bertangguh lagi, jom cuba produk Shaklee yang merupakan SUPPLEMENTS TERBAIK di Malaysia sekarang. Mungkin inilah detik perubahan tahap kesihatan anda. Jom contact saya sekarang!




Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok



FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ,SUNGAI BULOH & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA



#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Thursday, 5 October 2023

Kepentingan Vitamin C yang Perlu Anda Tahu



Vitamin C shaklee adalah vitamin yang sentiasa menjadi keperluan utama kepada sistem tubuh. Ia memberi kesan positif kepada pelbagai aspek manfaat kesihatan tubuh.


Malangnya tubuh manusia tidak dapat menghasilkan atau mengeluarkan sendiri vitamin C.


Ini bermakna sumber bekalan vitamin C kita yang utama hanyalah berdasarkan kepada faktor pemakanan. Sumber makanan tinggi vitamin C seperti yang terkandung di dalam buah-buahan dan sayuran perlu ada dalam diet kita sehari-hari, dan termasuk juga suplemen.


Kekurangan vitamin C dalam tubuh akan menyebabkan kesan buruk kepada tahap kesihatan. Ini termasuklah kesan mudah dijangkiti virus, luka lambat sembuh, masalah pendarahan gigi & gusi, lemah sendi & tulang, cepat letih dan pelbagai lagi.


Manfaat Vitamin C Sangat Penting!


Vitamin C shaklee adalah sangat penting untuk membantu pertumbuhan menyeluruh dan membaik pulih sel.


Ia berperanan utama menyokong sistem imun tubuh menentang pelbagai jenis penyakit berjangkit seperti flu dan demam selesema.


Ia merupakan bahan antioksidan yang sangat berkuasa menentang radikal bebas, meningkatkan kesihatan tubuh dan membantu proses penyembuhan dengan lebih cepat.


Antara manfaat utama Vitamin C ialah baik untuk:


#1 – Menyokong Kekuatan Sistem Imun 


Sistem imun adalah sistem pertahanan tubuh yang kompleks meliputi sel, tisu dan organ yang melindungi tubuh daripada ancaman luar termasuk partikel berbahaya dan mikroorganisma patogen seperti bakteria, virus dan fungi.


Vitamin C dapat membantu meningkatkan pengeluaran interferon dalam tubuh. Interferon terhasil secara automatik apabila sistem imun mengesan kehadiran atau ancaman patogen. Ia bertindakbalas dengan meningkatkan keupayaan sel untuk mengaktifkan sistem pertahanan selular.


Vitamin C juga dapat membantu meningkatkan fungsi fagosit dan limfosit di dalam sel darah putih.


Fagosit adalah sejenis sel darah putih yang berfungsi menangkap atau memakan patogen dan partikel berbahaya. Ia kemudian dihadam dan dihancurkan secara enzimatik.


Limfosit pula adalah sejenis darah putih yang boleh menghasilkan antibodi untuk memusnahkan serangan antigen (patogen) yang masuk ke dalam tubuh.


Namun, kedua-duanya membawa fungsi yang sama dalam sistem imun tubuh yang utama.


Pengambilan dos harian vitamin C yang mencukupi mampu membantu tubuh meningkatkan fungsi sistem imun untuk menentang infeksi (penyakit secara jangkitan) dengan lebih baik berbanding mereka yang ada masalah kekurangan vitamin C.


#2 – Melambatkan Kesan Tanda Penuaan


Vitamin C juga sangat diperlukan tubuh untuk menghasilkan kolagen. Kolagen adalah sejenis protein yang berperanan penting didalam mengekalkan kekuatan sistem struktur rangka asas tubuh.


Kolagen yang cukup dapat menghalang pembentukan kedut pada kulit, garis-garis halus penuaan dan pigmentasi pada kulit (tompok kulit gelap akibat sinar uv matahari). Ia juga dapat membantu kesihatan kulit dengan tona kulit dan warna yang lebih sekata.


Malangnya, apabila kita semakin tua, tubuh semakin kurang upaya menghasilkan kolagen antaranya disebabkan oleh masalah kekurangan sumber vitamin C.


#3 –  Membantu Mempercepatkan Proses Penyembuhan


Vitamin C diperlukan tubuh untuk menyembuhkan luka, membaikpulih dan mengekalkan kesihatan tisu, kartilaj, tulang, gigi, gusi dan kulit.


Kajian menunjukkan masalah kekurangan vitamin C dalam tubuh berkaitrapat dengan pembentukan kolagen dan mengakibatkan proses penyembuhan luka menjadi lambat.


Individu yang mengalami masalah kekurangan vitamin C yang teruk akan mengalami kehilangan gigi dengan lebih cepat, gusi mudah berdarah dan kehilangan kekuatan tulang.


#4 – Meningkatkan Kecekapan Penyerapan Zat Besi


Kehadiran vitamin C dapat membantu mempercepatkan proses penyerapan zat besi ke dalam tubuh.


Zat besi adalah mineral utama yang sangat penting untuk pembentukan serta proses penghasilan sel darah merah dan hemoglobin.


Kebaikan Vitamin C untuk Kesihatan


• Membantu meningkat sistem imun badan.

• Membantu membina sel darah merah yang lebih sihat untuk bantu penyerapan zat besi dan bantu sel darah putih menentang jangkitan bakteria dan kuman.

• Mengurangkan risiko penyakit insomnia.

• Memberi tenaga dan mengurangkan risiko badan letih dan lesu.

• Membantu mengatasi masalah resdung. (Boleh diambil bersama Alfalfa untuk kesan lebih baik)

• Membantu menurangkan pengoksidaan di saluran darah. Jadi, dapat bantu mengekalkan paras kolestrol dan tekanan darah yang lebih sihat.

• Mengurangkan risiko penyakit buta akibat katarak

• Membantu menurunkan paras asid urik. Bagus untuk yang ada masalah gout.

• Menghasilkan bahan pemancar sarah (neurotransmitter)

• Membantu mengurangkan risiko penyakit batu karang pundi hempedu

• Membantu mengurangkan stress 


Kebaikan Vitamin C untuk kecantikan



• Membantu pembentukan kolagen dalam badan dengan cara mengekalkan enzim aktif yang bertindak untuk penghasilan kolagen.

• Membantu mencerahkan kulit dengan lebih sekata.

• Membantu mengatasi masalah jerawat

• Membantu mengatasi masalah kulit akibat kerosakan daripada terdedah kepada UV matahari.

• Melindungi kolagen daripada kerosakan oksidatif.

• Mempercepatkan penyembuhan luka, ulser atau melecur.

• Bertindak sebagai anti-radang.




Adakah Anda Cukup Vitamin C?




Sepertimana yang dinyatakan awal lagi, vitamin C hanya boleh didapati melalui sumber pemakanan harian kita.


Faktor pemakanan yang sihat mampu menghalang masalah kekurangan vitamin C. Jika tidak, pelbagai tanda kekurangan vitamin C akan muncul.


Kurang mengambil berat tentang pengambilan vitamin C setiap hari, bakal menyebabkan pelbagai gangguan terhadap sistem utama tubuh.


Kesan kekurangan vitamin C dalam tubuh ini juga akan mengakibatkan timbulnya pelbagai masalah penyakit dikemudian hari.


Pengambilan vitamin C boleh ditingkatkan dengan pengambilan suplemen disamping pemakanan biasa harian.


Kebaikan vitamin C yang cukup setiap hari, dapat memberi anda sokongan terhadap tahap kesihatan yang lebih baik dan juga membantu menjaga kecantikan kulit.


Tahukah anda, vitamin C lebih mudah diambil dalam bentuk suplemen. Ia juga mudah di dapati dan terdapat pelbagai jenama & jenis di dalam pasaran.


Suplemen vitamin C yang bagus mampu membekalkan vitamin C yang berkualiti dan secukupnya untuk keperluan kita seharian. Lebih penting lagi ia bukan sekadar nama suplemen vitamin C, tetapi ia perlulah selamat, semulajadi dan berkesan untuk kesihatan anda.


Punca vitamin C terhapus


• Rokok dapat hapuskan 50-100mg vitamin C

• Vitamin C terhapus jika anda dalam keresahan

• Pil tahan sakit hapuskan vitamin c

Makan lebih 12 pil vitamin C akan menyebabkan cirit birit


Dapatkan vitamin C anda hari ini! Kami boleh berikan suplemen vitamin C terbaik untuk anda. Hubungi kami untuk pertanyaan lanjut, lebih info dan kosultasi percuma.




Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok



FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ,SUBANG JAYA,PETALING JAYA & SUNGAI BOLUH

DELIVERY SELURUH MALAYSIA


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Thursday, 14 September 2023

Suplemen Shaklee Untuk Ibu Mengandung Zaman Sekarang



Setiap kehamilan adalah perkara yang sangat indah untuk pasangan yang telah berumah-tangga. Masa ini kita akan berikan yang terbaik untuk anak kita especially dari sudut pemakanan kerana apa yang kita makan akan beri kesan bukan sahaja kepada diri ibu, bahkan kepada bayi dalam kandungan.


Nutrien yang lengkap sangat penting kepada kedua ibu dan bayi untuk:


• Membekalkan vitamin dan mineral yang cukup kepada ibu

• Mengurangkan masalah kesihatan semasa hamil

• Membantu proses perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan

mengurangkan komplikasi semasa bersalin


Set Hamil Shaklee


Set hamil Shaklee adalah set lengkap untuk ibu yang sedang hamil bermula dari awal kehamilan sehingga lepas bersalin.



Vita-lea Iron Plus


• Sumber vitamin dan mineral yang lengkap untuk diet seimbang

• Bantu pertumbuhan dan perkembangan bayi

• Bantu tambah darah dan mengekalkan paras hemoglobin normal

• Memberi tenaga



B-Complex with Folic Acid


• Lengkap dengan 8 jenis vitamin B (B1, B2, B3, B5, B6, B12, asid folik, biotin seperti dalam RDA)

• Membantu tumbesaran saraf tunjang bayi yang sihat

• Bantu tambah darah dan cegah    preeclampsia semasa hamil

• Mengurangkan kesakitan

• Mengurangkan letih dan lesu

• Melawan tekanan- meredakan sakit kepala, tekanan, dan insomnia



Sustained Release Vita-C Plus


• Sustained release (pembebasan berterusan) secara semulajadi membebaskan 100mg vitamin C ke dalam darah setiap jam memastikannya lebih banyak di serap dan lebih cepat berkesan

• Bantu mengurangkan pendarahan gusi yang kerap berlaku semasa hamil

• Membina sel darah merah untuk penyerapan zat besi yang lebih baik

• Meningkatkan bacaan hemoglobin

• Mengekalkan tekanan darah sihat



OsteMatrix


• Sumber kalsium, magnesium dan beberapa mineral lain

• Mengatasi sembelit semasa hamil

• Mencegah kejang dan kebas-kebas

• Membantu pertumbuhan tulang dan rawan

• Mengimbangi tekanan darah

• Mengurangkan sakit pinggang dan belakang semasa hamil

• Memperbaiki masalah tidur dan mengurangkan tekanan




Omega Guard


• Sumber Omega 3 dengan 7 jenis asid lemak Omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA, ALA dan banyak lagi pada kadar yang seimbang

• Membantu tumbesaran dan perkembangan otak janin, sistem saraf dan retina

• Membantu pembinaan organ yang sihat dan sempurna

• Mengawal kolesterol dan tekanan darah

• Menstabilkan emosi dan memelihara kesihatan mental




ESP Shaklee


• Sumber protein sihat yang bebas kolesterol, mudah dihadam

• Indeks glisemik rendah membantu ibu mengawal gula darah dan diabetes semasa hamil

• Memberi tenaga segera

• Membantu membina sel yang sihat

• Mengurangkan gastrik, meredakan pedih ulu hati










Pengambilan makanan berkhasiat sangat-sangat penting semasa kehamilan sebab ia akan beri effect kepada bayi dan perkembangannya hingga ia membesar. 


Dengan nutrisi yang cukup, 


kehamilan lebih sihat dan kurang masalah kesihatan

emosi lebih stabil dan positif

badan lebih bertenaga

bayi juga tumbung dan berkembang dengan sihat sempurna insyaAllah

Untuk maklumat lanjut dan nak dapatkan Set Hamil Shaklee ini, boleh hubungi saya.


Untuk order dan pertanyaan, klik gambar di bawah ini untuk terus menghubungi kami melalui whatsapp. InsyaAllah, fast respond dari kami. (^_^).




Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :


Facebook Page , Instagram & TikTok



FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA



#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

Tuesday, 12 September 2023

Set Pregnancy Shaklee Lengkap 6 Nutrisi Penting Untuk Wanita Mengandung



Kehamilan pastinya saat yang paling dinanti-nantikan oleh semua pasangan suami isteri yang telah berkahwin, terutama sekali bagi pasangan yang pertama kali menimang cahaya mata.


Waktu ini tubuh dan emosi si ibu sangat fragile. Maka, si ibu perlukan rehat dan nutrisi yang cukup, untuk kesihatan jasmani dan juga rohani.


Ini kehamilan pertama anda? Tahniah! Wajib baca artikel ini sampai habis tau… 😀


Kepentingan Vitamin Untuk Ibu Hamil


Setelah disahkan hamil, si ibu perlu mula menitikberatkan kesihatan dirinya, kerana kini nutrisi badannya bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk si comel di dalam rahim nya.



Sepanjang 9 bulan ini, tubuh wanita mengandung akan,


• Menghasilkan 50% lebih banyak darah.

• Metabolisme ibu akan membakar tenaga setiap masa demi pembahagian sel dan pertumbuhan organ yang sangat pantas.

• Menggunakan lebih banyak nutrisi dan air.

• Bekerja keras menghasilkan plasenta bayi, yang akan lengkap bila kandungan berusia 4 bulan.


Oleh itu, pengambilan nutrisi dan vitamin yang baik sepanjang kehamilan akan,


• Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.

• Mengekalkan kesihatan si ibu.

• Mengurangkan komplikasi kehamilan.


Sesetengah ibu mengalami masalah morning sickness yang kronik sepanjang kehamilan. Ini menyebabkan wanita mengandung kerap muntah, tiada selera makan, sekaligus menyebabkan kekurangan nutrisi dan zat-zat yang diperlukan oleh badan.


Di sinilah vitamin prenatal memainkan peranan yang penting.


6 Vitamin Penting Untuk Ibu Hamil



6 jenis nutrisi penting yang perlu diamalkan oleh ibu hamil untuk menyokong kesihatan ibu, dan juga bayi di dalam kandungan ialah:


(1) Multivitamin Multimineral (Vita-Lea Iron Formula )

Multivitamin lengkap dengan Zat Besi. Ibu hamil perlukan ekstra zat besi untuk hasilkan lebih haemoglobin, yang penting untuk mengangkut oksigen kepada bayi.


Kekurangan zat besi boleh menyebabkan risiko anemia kepada si ibu.




(2) Asid Folik & B-Complex

8 kumpulan Vitamin B yang penting, lengkap dengan Asid Folik.



B-Complex menukarkan gula kepada tenaga, memberi tenaga dan menenangkan si ibu. Asid folik penting untuk pembentukan neural tube bayi, yang kemudiannya akan membentuk tulang belakang dan otak bayi. Kekurangan asid folik menyebabkan risiko neural tube defects.


(3) Vitamin-C

Vitamin C membantu penyerapan zat besi dan asid folik, meningkatkan kesuburan dan mengurangkan risiko kelahiran bayi pra-matang.



Selain daripada itu, Vitamin C bantu menyokong tisu yang sihat, pertumbuhan otot dan tulang. Secara umumnya, Vitamin C baik untuk kesihatan dan menyokong sistem imun sihat.


(4) Kalsium, Magnesium & Vitamin D (OsteMatrix )

Apabila si ibu mengandung, bayi di dalam kandungan perlukan kalsium untuk pembentukan tulang dan gigi yang kuat, serta untuk pertumbuhan jantung, saraf dan otot yang sihat.



Kalsium juga penting untuk kontraksi otot yang baik. Selain daripada itu, pengambilan kalsium yang mencukupi akan melindungi kepadatan tulang.


Jika ibu tidak mendapat kalsium yang cukup dari diet harian, bayi akan mengambilnya daripada tulang ibu, yang akan memberi risiko Osteoporosis kepada ibu di masa akan datang.



Ibu hamil perlukan sekurang-kurangnya 1,000mg kalsium sehari – sebelum, sepanjang dan selepas kehamilan. Tanpa bekalan kalsium, magnesium dan vitamin D yang cukup, ibu akan cenderung mendapat Osteopenia, dan lama kelamaan menjadi Osteoporosis.


(5) Minyak Ikan Omega-3 (OmegaGuard)

Omega-3 dan DHA penting untuk pembentukan otak dan penglihatan bayi ketika di dalam kandungan ibu. Selepas kelahiran bayi pula, DHA terus diperlukan dengan kadar tinggi terutama ketika bayi berusia di antara 18 hingga 24 bulan pertama kehidupan.



Ibu perlukan 300 mg DHA sepanjang kehamilan, dan selepas melahirkan bayi.


(6) Protein (ESP Soy Protein Isolate Powder)

Protein menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi di dalam kandungan. Selain daripada itu, protein memberi tenaga untuk ibu sepanjang hari.



Protein ESP kami merupakan sumber protein Non-GMO yang menyediakan tenaga berkekalan, dan memberi rasa kenyang berpanjangan (kurang rasa lapar). Asid Amino penting untuk pembinaan sel dalam badan ibu, serta membantu dalam pertumbuhan pesat sel-sel badan bayi.


saya percaya ibu-ibu berazam untuk berikan yang terbaik kepada bakal anak anda sejak dari dalam kandungan lagi. Nutrisi yang lengkap bukan sahaja membantu perkembangan bayi yang baik malah untuk kesihatan ibu juga. Berminat untuk mendapatkan nutrisi lengkap semasa hamil dengan produk Shaklee?


Hubungi saya sekarang untuk konsultasi percuma bertaraf premium. Saya akan memberi konsultasi dahulu pada puan mengikut keperluan. Amat penting sekali untuk saya tahu tentang masalah puan jika ada. Contohnya masalah kencing manis, darah tinggi atau sebagainya.


Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.



Saya juga aktif berkongsi di saluran media sosial yang lain,jemput klik link dibawah :






FOR COD AREA 👇

SELURUH KAWASAN LABUAN,USJ & SUBANG JAYA

DELIVERY SELURUH MALAYSIA


#blogmegashaklee

#projekmegablogshaklee

#shakleethrive2023

#shakleetriumph2023

#teamleadership

#pengedarshakleelabuan

#codvitaminshakleelabuan

KULIT BERJERAGAT / PIGMENTASI: PUNCA, RAWATAN & PERANAN ANTIOKSIDAN VIVIX/RESV

  Jeragat atau pigmentasi adalah kondisi kulit yang sering berlaku dalam kalangan wanita dewasa, khususnya di kawasan beriklim tropika seper...